CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5935|Reply: 28

Edisi jarum halus..Konsert BTS di Arab Saudi

[Copy link]
Post time 12-10-2019 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Karpet merah buat BTS di Arab Saudi



KUMPULAN pop tersohor dunia, BTS melakar satu lagi sejarah baharu dalam kerjaya seni mereka apabila berjaya mengadakan konsert di Arab Saudi pada Jumaat.

Di hadapan 30,000 peminat fanatik di King Fahd International Stadium di ibu negara Arab Saudi, Riyadh, konsert BTS melengkapkan impian dan hasrat peminat mereka.

BTS dalam masa sama tidak ketinggalan dikecam dan dikritik kerana bersetuju mengadakan persembahan di negara yang didakwa dikaitkan sebagai menyalahgunakan hak asasi manusia.

Undangan mengadakan konsert ini diperoleh BTS daripada Tengku Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman.

Dalam usaha menarik kedatangan pelancong selain mengembangkan ekonomi negara, kerajaan Arab Saudi semakin terbuka dalam pelbagai hubungan termasuk dalam platform hiburan.

Menjelang konsert "LOVE YOURSELF: SPEAK YOURSELF" di Riyadh, beberapa bangunan pencakar langit di bandaraya itu bertukar warna ungu sebagai tanda meraikan kehadiran mereka.

Ungu merupakan warna yang sinonim dengan kumpulan BTS yang dianggotai oleh tujuh anak muda berjiwa besar Jin, RM, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook.

Pada konsert "LOVE YOURSELF: SPEAK YOURSELF", kumpulan yang terkenal dengan aksi lincah di pentas selain ketampanan wajah setiap anggota mencetus fenomena ketika beraksi di stadium berkenaan.

Kemeriahan konsert berkenaan turut dikongsi netizen di laman media sosial.
Konsert berkenaan juga disiarkan secara penstriman langsung khusus buat tatapan peminat-peminat BTS di seluruh dunia yang tidak berkesempatan bersama-sama di di King Fahd International Stadium.

Berdasarkan rancangan Mohammed Bin Salman, baginda mahu melakukan perubahan pada Arab Saudi termasuk dalam aspek sosial dan ekonomi seiring dengan Wawasan 2030 untuk memodenkan Arab Saudi.

Selama ini, Arab Saudi terlalu bergantung pada sumber minyak, namun dalam konteks persekitaran, kebergantungan sedemikian tidak boleh lagi diguna pakai.

Justeru, dalam usaha memenuhi kehendak perubahan ekonomi selain mengalu-alukan pelaburan dari luar, pemerintah Arab Saudi berusaha untuk membuktikan kepada dunia mengenai keterbukaan mereka dalam menerima usaha sama dagangan.

Kerajaan negara itu juga sedang merancangkan untuk membangunkan sebuah lokasi sebagai pusat hiburan memandangkan selama ini, ramai rakyat Arab Saudi berkunjung ke luar negara semata-mata untuk menonton filem dan konsert.

Enggan wang dibelanjakan di luar negara, kerajaan Arab Saudi kini membenarkan pawagam beroperasi di pusat beli-belah selain mengundang artis-artis popular dunia untuk mengadakan persembahan di negara itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2019 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasni blh jemput Blackpink plk..biar tercabut serban pak arab
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tampan ka? Kelempuk je nmpknye sekoq2
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 02:24 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 12-10-2019 02:06 PM
Pasni blh jemput Blackpink plk..biar tercabut serban pak arab

kopek korea plastic kopek arab walaupun saggy2 still original sebab tu pak arab jaga baka mereka, tengok bini taib serawak dari arab baka original
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 12-10-2019 02:06 PM
Pasni blh jemput Blackpink plk..biar tercabut serban pak arab

Maybe dengan BTS yang diorang tercabut serban....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Penontonnya pakai purdah ke.mcm tak sesuai je tengok konsert kpop pakai purdah.kalau maher zen ok la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2019 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Arab ni dah dihantar 25 Nabi pun tak serik2, takdan nak tolong jiran2 yang susah, diberi minyak banyak, duit billion2 tolong lah Palestin, Yemen dll tu, apoooooo
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik kedatangan pelancong? I rs dlm byk2 negara arab saudi antara negara yg beruntung xyah perabih duit utk tourism promotion. Sbbnye mmg org akan pergi utk buat haji or umrah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2019 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-10-2019 02:24 PM
kopek korea plastic kopek arab walaupun saggy2 still original sebab tu pak arab jaga baka m ...

Deol ada anak x
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
MenteriWanita replied at 13-10-2019 12:46 AM
Arab ni dah dihantar 25 Nabi pun tak serik2, takdan nak tolong jiran2 yang susah, diberi minyak bany ...

Sedih rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang Arab tak buat protes ke.. Aman2 je nampak
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
imogenBones replied at 12-10-2019 04:01 PM
Maybe dengan BTS yang diorang tercabut serban....

Hahaha.....I like this comment.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
nabila11 replied at 13-10-2019 09:26 AM
Orang Arab tak buat protes ke.. Aman2 je nampak

Semua dah boleh jadi diri sendiri....tak perlu berselindung lagi kekdahnya.....so ummah meleis, bukak sikit mata. Tak payah nak agongkan sgt budaya arab tuh sampai hilang identiti sendiri....kosseerrr......
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
MenteriWanita replied at 13-10-2019 12:46 AM
Arab ni dah dihantar 25 Nabi pun tak serik2, takdan nak tolong jiran2 yang susah, diberi minyak bany ...

Mereka nih dah pincang lama... negara tempat umat Islam menunaikan ibadah haji dan umrah, tapi dialah sekutu kuat Israel dan America . Siapa yg follow international politics closely tau lah permainannya. Btw, raja2 arab yg ada sekarang adalah hasil percaturan British. Yg melawan dah awal2 kena 'cantas'. So faham2 jerlah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MentariSenja at 13-10-2019 11:16 AM

My mil ada sewa satu rumah di ampang. Penyewa nya semua koreans. Pernah berborak sekali ngan one of the tenants. Dia sendiri cerita, salah satu misi yg ingin mereka capai melalui music ialah spreading christianity. Sebab koreans majority are Christians ( I mean south korean people lah....kat north tu komunis)....tapi kalau iman kita kuat, tak perlulah takut. Cumanya, tak perlu kot taksub sangat ngan kpop nih....ni meols tengok, tak padan ngan bertudung, anak2 muda kita sanggup maki hamun sesama sendiri demi mempertahankan artis kpop pujaan derang. Tak boleh disentuh lansung. Jati diri ke laut dalam sungguh....memalukan
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 12:09 PM | Show all posts
adoiiiii what′s going on saudi?  lepas satu, satu tunduk ngan kpop ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2019 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
MentariSenja replied at 13-10-2019 11:06 AM
Mereka nih dah pincang lama... negara tempat umat Islam menunaikan ibadah haji dan umrah, tapi dia ...

Haah. Arab penunggang agama
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
MentariSenja replied at 13-10-2019 11:13 AM
My mil ada sewa satu rumah di ampang. Penyewa nya semua koreans. Pernah berborak sekali ngan one of  ...

Haah setuju budak melayu kita pernah di ajak pergi korea atas tiket kemanusiaan ngo walhal sampai sana cerita pasal agama.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 02:30 PM | Show all posts
teringat zaman dulu kala...ada kawan minta tolong aku p anta dia g konsert kpop....sekali kete ku berasap....aku takjoin, sb zaman tuh kpop pon aku xtau apa kebenda....

aduhhhh tu baru bersengkongkol anta kawan ke konsert 'kpop'

kalo aku yg g konsert tu...apa jadi ntah.....meletop terus kete ku kot.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
MentariSenja replied at 13-10-2019 11:06 AM
Mereka nih dah pincang lama... negara tempat umat Islam menunaikan ibadah haji dan umrah, tapi dia ...

Kisah Raja Faisal kena bunuh dengan anak sedara dia terang2 dah memang mabuk dunia dorang ni, semata nak kuasa, pangkat, harta dan minyak, ikut logik bukan tak boleh kongsi, kongsi2 pun banyak juga dapatnya,

Percaya sangat dengan Amerika bodoh pergi komplot nak bunuh Pak Cik dia, bebal tak habis2 dari zaman Rasullulah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 1.171550 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list