CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1555|Reply: 13

[Tempatan] PENGALAMAN doktor veterinar merawat 200 anjing liar . Masyarakat keliling tetap

[Copy link]
Post time 12-10-2019 02:19 PM | Show all posts |Read mode
Doktor dicemuh rawat 200 anjing liar


KUALA LUMPUR: Murninya hati doktor veterinar ini kerana sanggup menyelamatkan dan merawat kira-kira 200 anjing liar dengan kos sendiri meskipun tindakannya mendapat cemuhan segelintir masyarakat.

Bagaimanapun, cemuhan itu tidak menjadi kudis kepada dirinya dan sebaliknya lebih giat memanfaatkan kepakarannya membantu haiwan berkenaan tanpa mengambil pusing pandangan serong orang ramai.

Dr Muhamad Taqiyudin Zainal Ulum, 31, berkata, baginya anjing sama seperti haiwan lain yang perlu diberikan rawatan sekiranya sakit, mendapat perhatian dan kasih sayang.

Kata beliau, malangnya hanya kerana anjing adalah haiwan najis menyebabkan masyarakat mewujudkan stigma negatif dan jurang terhadap haiwan itu.

“Islam agama yang mudah dan indah yang mana seseorang itu boleh melakukan proses sertu apabila menyentuh najis berat iaitu anjing.

“Saya juga tidak mempunyai masalah untuk melakukan proses ini (sertu) berulang kali dalam masa sehari selepas merawat anjing,” katanya yang menetap di Klang, Selangor.

Ini kerana, menurutnya, tanggungjawab doktor veterinar ialah memberikan rawatan kepada semua haiwan termasuk anjing dan khinzir tanpa pilih kasih.

Berkongsi pembabitan awalnya membantu dan merawat anjing secara percuma, Dr Muhamad Taqiyudin berkata, ia bermula pada 2015 apabila seekor anjing yang mengalami kecederaan patah kaki datang ke rumahnya.

“Kemudian saya membawa haiwan ini ke klinik saya di Klang untuk diberikan rawatan. Sepanjang proses pemulihan, anjing ini tinggal di rumah saya di ruangan khas yang disediakan.

“Bagaimanapun, selepas pulih daripada kecederaan, anjing ini enggan meninggalkan rumah saya dan berada di bawah jagaan saya sehingga ke hari ini,” katanya.

Menurutnya, tidak dinafikan ada jiran yang menegur kerana bunyi bising salakan anjing. Disebabkan itu juga bapanya yang aktif di masjid turut terkena tempias pandangan serong masyarakat.

“Saya gembira kerana ayah tidak pernah mengambil hati dengan perkara itu dan tidak menghalang saya untuk terus membantu serta merawat anjing.

“Malah, ayah turut membantu memberikan makanan kepada anjing yang dalam proses pemulihan. Lazimnya saya akan melepaskan semula anjing yang sudah pulih daripada kecederaan,” katanya.

Dr Muhamad Taqiyudin berkata, dia membantu anjing liar yang dijumpai di tepi jalan secara tidak sengaja sama ada dalam perjalanan ke tempat kerja atau pulang ke rumah.

“Setiap anjing ini saya bawa ke klinik dan memberikan rawatan termasuk mengembirikan haiwan itu,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2019 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya dah ada kan thread psl vet ni..ke vet lain?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm orang macik kapir ckp dkt saya ...mcm mana orang isle( not Islam) boleh terima non-muslem disekeliling mereka kalau dgn binatang pun mereka bermusuh.....saya senyum jah dkt makcik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sis tak pandang hina kat anjing liar. sis takuttttttt ! so dengan semua anjing aku takut. aku bukan takut anjing sebab nanti kena samak. aku takut dia gigit. hari tu aku jogging nyarissss kena kejar dek empat ekor anjing. menyalak-menyalak lepas tu berlari-lari anak mai kat aku. siot je
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
shahirakay replied at 12-10-2019 03:52 PM
sis tak pandang hina kat anjing liar. sis takuttttttt ! so dengan semua anjing aku takut. aku bukan  ...

Anjing boleh sense energy kita. Kalo kita takut dgn dia, dia boleh sense energy takut kita. So dia akan rasa dia dominant.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Hang rawat, pastu lepas berkeliaran.. awat tak bela atau hantar ke shelter? Bila ada yg kena tokak macam mana?

Geng majlis bandaraya gak kena tangkap, hapuskan

Tak suka anjing tak semestinya benci. Sebab anjing la susah nak berjalan2 pagi petang ber-brisk walk keliling taman.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2019 11:25 AM | Show all posts
Phobia anjing.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2019 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakitnya Kaisya digigit

“KETIKA kejadian, saya baru hendak menunaikan solat Zuhur dan terdengar tangisan anak. Saya ingatkan dia terjatuh,” kata Farhana Mahadi@Shasya, 27, menceritakan anaknya Kaisya Amanda Mohamad Sabri, cedera digigit anjing, semalam.

Kejadian berlaku pada 2.20 petang di sebuah taman perumahan di Kulai, Johor, ketika kanak-kanak berusia dua tahun itu bersama neneknya, Shahbanu Moin, 47, keluar untuk membeli aiskrim.

Farhana berkata, tangisan didengari agak berlainan daripada biasa, lalu bergegas turun untuk melihat kejadian sebenar.

“Saya tanya suami, dia beritahu Kaisya cedera digigit anjing jiran. Pada ketika itu, bajunya dipenuhi darah dan terdapat luka sedalam lebih dua sentimeter pada lengan dan belakang.

“Kebetulan suami baru siap untuk ke tempat kerja selepas solat Jumaat, dia segera membawa Kaisya ke unit kecemasan Hospital Kulai untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sebelum itu, Farhana berkongsi kejadian menimpa anaknya menerusi Facebook dengan menulis: “Apa perasaan anda bila anjing jiran gigit anak sampai teruk begini?

“Mami reda, tapi papa tidak boleh terima. Anak kau kat dalam tengah cuci luka, nangis jerit-jerit. Kau kat luar hanya mampu dengar dia nangis. Dan kau ikut menangis dari luar.”

Status itu mendapat pelbagai reaksi dan rata-rata menyaran supaya pasangan ini membuat laporan polis.

Farhana berkata, pada hari kejadian, penjual aiskrim kebetulan memberhentikan motosikal berdekatan rumah pemilik anjing terbabit.

Katanya, Kaisya berjalan terlebih dahulu manakala ibu mentuanya masih di belakang kerana dia berjalan agak perlahan.

“Saya diberitahu, jiran terbabit tidak menutup pintu pagar dengan rapat dan anjing itu terus menerpa ke arah Kaisya. Dia terjatuh dan cuba melawan, haiwan itu mahu menggigit mukanya.

“Waktu itu, bajunya berlumuran darah dan kami terpaksa menggunakan tisu untuk mengelak darah terus keluar. Sebaik tiba di hospital, Kaisya ditahan di wad dan doktor segera mencuci luka itu bagi mengelak jangkitan kuman,” katanya.

Bagaimanapun, Kaisya dibenarkan pulang dan doktor memberitahu kanak-kanak terbabit perlu menjalani rawatan susulan di klinik kesihatan setiap hari.

“Saya akan mendapatkan surat laporan perubatan dari hospital untuk membolehkan kami mengambil tindakan sama ada saman atau sebagainya terhadap pemilik anjing terbabit,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 9:00 PM

www.hmetro.com.my/node/506376/amp

Dah ada CCTV, tak relevan dah nak bela anjing bagai untuk jaga rumah.
Menyusahkan masyarakat! Majlis Bandaraya patut pertimbangkan untuk naikkan harga lesen bela anjing ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
My fren kena serang anjing sampai patah lengan. Walau dah bertahun2 berlaku tapi masih trauma.

Doktor ni bagus ada perasaan belas kesian sesama makhluk. Sekarang ni masa untuk educate orang ramai supaya jgn menyakiti makhluk lain. Tuan punya anjing perlu lebih bertanggungjawab. Jangan biarkan anjing peliharaan serang orang lain.

Bila ada wabak penyakit melanda haiwan, kalau lembu, sakit kuku dan mulut. Lembu2 ni akan dilupuskan. Samalah mcm selesema babi atau selesema burung. Kesian mmg kesian tapi kena fikir pulak makhluk lain yg nak hidup juga.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 12-10-2019 03:36 PM
Rasanya dah ada kan thread psl vet ni..ke vet lain?

Mcm pernah baca tahun lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 04:32 PM | Show all posts
Di harap doktor ni terus istiqomah.
Pedulikan mulut2 orang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak suka masyarakat Islam sini musuh dengan anjing, kalau nak tau kat Indon ladang2 kebun2 semua ada anjing jaga dan jaga ternakan lembu juga. Even pak arab pun bela anjing. So kena la fikir pakai otak setiap kejadian Allah swt ada gunanye ada tugas masing2 dan kita sebagai manusia pun kena pandai la guna otak kita, anjing tu pun membantu kerja2 polis dan immigration kat airport, just because Malaikat tak masuk rumah terus korang fitnah En jing kita macam2.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 13-10-2019 10:02 AM
Anjing boleh sense energy kita. Kalo kita takut dgn dia, dia boleh sense energy takut kita. So dia ...

No wonder la. Aku tengah jog, nampak sekor stray dog cari makan. Aku macam takut and doa dalam hati jangan la dia datang dekat. Sekali dia bark. Lepas tu tiba-tiba aku dengar dalam dua tiga ekor anjing lagi sahut bark dia. Andddd aku nampak depa meluru kat aku and the rest is history. Fobia lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.063489 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list