CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 670|Reply: 0

[Tempatan] DULU kecam. SEKARANG lepas menang PRU-14. Projek Bandar Malaysia diteruskan

[Copy link]
Post time 12-10-2019 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Projek Bandar Malaysia diteruskan
11 October 2019


KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memutuskan untuk meneruskan Projek Bandar Malaysia dengan keluasan 486 ekar di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat setelah berunding untuk mendapatkan terma yang lebih baik kepada kerajaan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Tambah beliau, Projek Bandar Malaysia itu akan merangkumi Taman Rakyat, dengan pertambahan 5,000 unit rumah mampu milik dan peningkatan penglibatan kontraktor Bumiputera dalam projek ini.

Katanya, perolehan daripada projek ini akan dinilai dan diumumkan kelak dan akan digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB.




*****************************************************************************************************

TRX dan Bandar Malaysia bukti kejayaan 1MDB - Arul Kanda
Bernama | Diterbitkan pada Mac 20, 2018 10:39 MYT

JOHOR BAHRU: Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy mahu kejayaan 1MDB diukur berdasarkan kejayaan syarikat milik kerajaan itu merealisasikan pembinaan dua projek meganya - Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

Beliau berkata kedua-dua projek itu sekali gus menafikan segala tohmahan yang sering dilontarkan oleh pembangkang terhadap syarikat berkenaan selama ini.
Ini kerana, menurutnya tindakan melayan dan menyaman pihak pembangkang hanya akan membuang masa dan mengelirukan rakyat dengan fitnah dan informasi yang tidak benar.

"Banyak tindakan telah diambil ke atas mereka yang membuat fitnah. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah mengeluarkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua kerana mengeluarkan fitnah terhadap beliau selain Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang disaman oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atas fitnah yang dikeluarkannya berkaitan 1MDB.

"Itulah sebabnya, pada saya, kalau nak sebut pasal bab fitnah dan saman orang, kalau kita saman yang menang siapa? Peguam. Peguam juga yang kaya tetapi apa yang lebih penting kepada saya ialah membuktikan kepada mereka (pembangkang) bahawa kita boleh selesaikan segala isu berkaitan 1MDB ini," katanya ketika berucap pada program Diskusi 1Minda 1Bicara 1MDB di sini, malam tadi.

Menurut Arul Kanda, masyarakat juga boleh melihat dan menilai sendiri pembangunan yang sedang giat berjalan di sekitar TRX yang sehingga hari ini masih berjalan dan terus mendapat perhatian pelabur tempatan dan antarabangsa.

"Itu yang saya mahu tunjukkan. Walau apa pun fitnah pembangkang, syarikat 1MDB ini tidak bangkrap, masih berupaya membayar hutangnya, syarikat ini masih membangunkan aset-aset yang kita ada dan ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan oleh pembangkang sendiri dan ini jauh lebih baik daripada membuat saman fitnah kepada pembangkang.

"Sehingga kini kita telah berjaya menarik pelabur ke TRX seperti HSBC Bank Malaysia Bhd yang bakal membina ibu pejabat terbesar di Asia Tenggara selain Prudential, Affin Bank Berhad, Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi," katanya.

Menurutnyai, IMDB juga membelanjakan RM3 bilion bagi pembinaan infrastruktur di sekeliling TRX seperti pasar baharu untuk peniaga, dan pembinaan jalan terus ke lebuh raya utama seperti Terowong SMART, lebuh raya Maju (MEX) dan lebuh raya DUKE.

Kata Arul, nilai aset milik 1MDB ketika ini juga sebanyak RM43 bilion, melebihi nilai hutang semasa yang berjumlah RM31 bilion, dengan majoriti aset tersebut merupakan sektor hartanah yang dilihat mempunyai jumlah yang lebih daripada mencukupi untuk membayar hutang syarikat berkenaan.

Pembangkang menggunakan masalah perniagaan yang dihadapi 1MDB sebelum ini sebagai modal utama untuk memburukkan-burukkan kerajaan, katanya.

"Pembangkang mengaitkan Datuk Seri Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB sebagai orang yang bertanggungjawab dalam segala perkara yang berlaku berkaitan 1MDB, sedangkan pada hakikatnya jawatan berkenaan tidak mempunyai sebarang kuasa di bawah undang-undang dan Akta Syarikat.

"Mereka (pembangkang) sangat suka berkata 'sue me' atau 'samanlah saya' tetapi apabila mereka disaman, mereka akan gunakan pelbagai alasan seperti peguam mereka sakit, dokumen mereka tidak ada, dan macam-macam alasan untuk melambatkan perbicaraan," katanya.

Beliau berkata ini termasuklah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sengaja berhelah dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian tukaran asing Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1990-an.

"Tapi, kalau kita saman dia, apa yang dia cakap? Saya dah penat, saya tak tahu, orang lain habaq pada saya, saya ikut cakap orang saja, orang lain boleh cakap macam tu saya pun ikut saja. Inilah jawapan yang beliau berikan baru-baru ini dalam perbicaraan RCI," katanya.-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.054348 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list