CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1279|Reply: 12

[Tempatan] Di Malaysia, SETIAP HARI purata 5 orang bunuh diri

[Copy link]
Post time 12-10-2019 02:27 PM | Show all posts |Read mode
5 orang bunuh diri sehari
       

DIANGGARKAN lima orang membunuh diri di negara ini berpunca daripada pelbagai sebab termasuk kegagalan mengawal emosi.

Pengerusi Befrienders KL, Justin Victor, berkata kes bunuh diri memberikan kesan negatif kepada individu lain turut mencetuskan keinginan sama.

Badan bukan kerajaan (NGO) itu menyediakan sokongan kepada mereka yang berdepan tekanan itu, mendapati keinginan membunuh diri sebenarnya bermula dengan masalah kecil dipendam dan semakin lama hingga sukar dikawal.

“Penyakit mental adalah isu kompleks tetapi masyarakat tidak memahami cara berdepan dengannya,” katanya mengulas mengenai kecenderungan individu yang dilaporkan membunuh diri sejak akhir-akhir ini.

Justin berkata, semua individu perlu memainkan peranan penting bagi mengatasi isu bunuh diri terus meningkat.


Orang sekeliling terutama ibu bapa, adik-beradik, saudara dan rakan perlu positif dalam usaha membantu mereka yang berdepan masalah mental.

Stigma negatif terhadap pesakit menyebabkan orang ramai enggan mendengar dan memahami apa yang dihadapi pesakit, sebaliknya menjauhkan diri daripada mereka.

“Kebanyakan orang takut berdepan pesakit mental kerana mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk memulakan perbualan.

“Kempen seperti ‘Mari Berbual’ berupaya membantu bagi menggalakkan orang ramai saling bertanya khabar antara satu sama lain,” katanya.

Orang ramai juga perlu belajar mengenali petanda seseorang mengalami masalah mental dan bagaimana cara meminta bantuan serta siapa harus dirujuk.

Psikologi Klinikal, Ellisha Othman, berkata ibu bapa perlu memerhatikan sebarang perubahan ditunjukkan anak masing-masing kerana perubahan pelik adalah sebahagian daripada petanda awal masalah mental.


Katanya, kanak-kanak tidak pandai meluahkan apa yang mereka rasa selain perasaan gembira dan sedih. Ini selalunya dilahirkan menerusi perbuatan yang berbeza daripada biasa seperti enggan makan, kencing malam, tidak mahu ke sekolah atau tidak mahu berkawan.

“Sekiranya ada perubahan, bawa anak berjumpa pakar pediatrik terlebih dulu untuk mengenal pasti masalah sebenar sebelum dirujuk kepada pakar yang sesuai,” katanya.

Ellisha berkata, terdapat pelbagai faktor mempengaruhi masalah mental kanak-kanak termasuk tindakan membunuh diri. Ini merangkumi faktor biologi, psikologi dan sosial berbeza mengikut peringkat usia kanak-kanak terbabit.

Ibu bapa perlu rapatkan hubungan dengan anak menerusi komunikasi bagi memudahkan ibu bapa untuk mengenal pasti masalah sebenar anak.

“Mereka yang jarang bersama anak sukar mengenal pasti sebarang perubahan berlaku terhadap mereka. Ini menyebabkan masalah yang dihadapi tidak dapat diatasi lebih awal hingga boleh mengganggu kesihatan mental anak,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2019 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak lama lagi salah satu faktor bunuh diri adalah,  ada portal maya tempat meluah perasaan,  tapi tak pasal2 ada orang kopipes luahan perasaan mereka tak tahu apa tujuan.

Contoh : cari forum,  benang - sesi meluah perasaan tak boleh quote.
Tiba2 ada seorang yg suci murni tak pernah ada masalah dalam hidupnya, cemburu dengan manusia normal lain yg ada masalah kopipes luahan org lain dalam benang baru yang dibuka.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 12-10-2019 04:36 PM
Tak lama lagi salah satu faktor bunuh diri adalah,  ada portal maya tempat meluah perasaan,  tapi ta ...

Ada ka mcm tu..teruk manusia ni kan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Best ke tepon befrienders ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Stress dengan Mahathir racist la tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
M40 stress hidup terbeban minyak diapungkan, cukai ditambah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2019 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-10-2019 05:41 PM
Ada ka mcm tu..teruk manusia ni kan.

Ada ja,  sarah g lawat bod FD.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 12-10-2019 06:56 PM
Ada ja,  sarah g lawat bod FD.

Wokies nanti pi skodeng.. Tapi pengalaman sendiri kat sini.. Mmg ada hamjad yg suka2 buli org lain based apa yg org lain komen kat bod FD. Manusia ni kalau dah penyakit jiwa.. Mmg perangai pun hamjad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2019 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-10-2019 08:25 PM
Wokies nanti pi skodeng.. Tapi pengalaman sendiri kat sini.. Mmg ada hamjad yg suka2 buli org lain ...

Memang perangai hamjad.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 12-10-2019 08:31 PM
Memang perangai hamjad.

Semoga hamjad ni dpt la hidayah
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan ku ada gangguan emosi slps kena tengking dengan bos. Sgt disturbing..kesian kawan tu..after kena tengking dia rasa nak bunih diri je..nak mati je
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Smua org stress dgn ahli2 politik laknatulloh dlm msia neh. Seksa betul senegara dgn baruah2 neh smua
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Harini waras esok lusa kita taktaulagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.069016 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list