CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4184|Reply: 55

[Tempatan] Tiga sekeluarga kucing maut rumah terbakar

[Copy link]
Post time 12-10-2019 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tiga beranak selamat, kucing pula mati



Muhammad Apendy Issahak
apendy@nstp.com.my


TIGA beranak terselamat dalam kebakaran rumah dua tingkat di Taman Changkat Mewah, Batu Gajah, hari ini, namun tiga kucing peliharaan mereka mati dipercayai akibat sesak nafas.

Kebakaran pada 7.30 pagi itu mengakibatkan penghuninya, Abdul Rahim Mohd Arif, 59, melecur di kaki, tangan dan muka manakala isterinya Norzehan Abdul Rahman, 58 serta anak lelaki mereka yang berusia 20-an selamat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Megat Mohamad Dahari Megat Jamaluddin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada 7.42 pagi.

“Bomba mendapati kebakaran berlaku di bahagian tengah rumah berhampiran tangga dan anggota memadamkan kebakaran itu.
“Rumah berkenaan musnah 30 peratus dan terdapat seorang mangsa melecur susulan kebakaran itu yang diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman membabitkan 16 anggota dari BBP Batu Gajah dan Pasir Puteh itu tamat pada 9.46 pagi.

Sementara itu, difahamkan kebakaran berkenaan turut mengorbankan tiga daripada tujuh kucing peliharaan pemilik rumah terbabit.

Tiga kucing berkenaan ditemui mati di bahagian atas rumah berkenaan manakala empat lagi berjaya diselamatkan bomba.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 4:32 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2019 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian kucing..dok dlm sangkar ke...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuan Kucing tu memang nk bunuh Kucing tu kannn...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya kesian sangat si comel terperangkap kat tingkat atas. Kalau tak diorang mesti pandai cari jalan lari keluar
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya kucing tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah meow   aku lemah sikit bab kucing nih...rasanya mesti mereka bela letak dalam sangkar...x sempat lari...sedangkan tuan mereka pun ada yg melecur...sian...

I faham situasi gini...bela kat umah taman...kalau dilepaskan sesuka hati mst jiran2 marah.tu yang letak dalam sangkar....takde sapa tau kebakaran akan berlaku...   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2019 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya....
smg family tu tabah
hilang kucing ni sma mcm kehilangan ahli keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 12-10-2019 04:59 PM
Tuan Kucing tu memang nk bunuh Kucing tu kannn...

Jangan la nak memandai2 buat andaian sendiri.
Takda tuan kucing yang tergamak nak bunuh kucing sendiri kalau dah lama bela. Kalau kucing tu mati biasa je pun boleh menyebabkan kesan emosi yang panjang apa lagi kalau mati disebabkan bencana macam ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nyala api Kat tangga biar Kucing tu Tak dapat lari kannn
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
belacan_gurl replied at 12-10-2019 05:13 PM
Allah meow   aku lemah sikit bab kucing nih...rasanya mesti mereka bela letak dalam sangkar...x semp ...

jiran aku letak kucingnya dpn umh aku...bila aku x nak...dia marah2 pulok.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 12-10-2019 05:18 PM
Jangan la nak memandai2 buat andaian sendiri.
Takda tuan kucing yang tergamak nak bunuh kucing se ...

I sokong apa you tulis. Bodoh la org yg ckp tuan kucing sengaja nk bunuh kucing. Kebakaran ni bukan boleh jangka, tgk kucing2 tu gemuk2 je maknanya cukup makanan diberi oleh tuan. Pulak tu semuanya ada 7 ekor, menunjukkan tuan rumh mmg suka kucing. Cuma mungkin masa kejadian kucing2 tu ada dlm sangkar atau ada dlm bilik, kita pun tak tahu....bila dah panik, tuan pun terlupa kucing2 tu atau mungkin mereka dah cuba nk selamatkan tp gagal sbb usia mereka pun dah tua.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok rumah taman.. Mmg kalau tak kurung kucing akan jadi masalah dgn jiran..

Tabah la pada tuan kucing.. Semoga jumpa disana
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-10-2019 05:36 PM
Dok rumah taman.. Mmg kalau tak kurung kucing akan jadi masalah dgn jiran..

Tabah la pada tuan k ...


Kucing Allah ciptakan untuk dikurung ke sis?

Meols Bela Kucing xpernah kurung...hatta seekor burung
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpo boleh bela kucing lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 05:51 PM | Show all posts
belacan_gurl replied at 12-10-2019 05:13 PM
Allah meow   aku lemah sikit bab kucing nih...rasanya mesti mereka bela letak dalam sangkar...x semp ...

tu psl klu bela kucing jgn sesekali sangkarkan tanpa sebab. Biarlah lepas bebas DALAM rumah. Klu ada kecemasan derang boleh selamatkan diri klu kita panik tak sempat selamatkan derang. tengoklah berapa byk kes ular makan kucing dlm sangkar. Kucing tu terperangkap dlm sangkar tak blh buat apa apa. Aku sungguh tak faham manusia yg sangkarkan kucing. Alasannya takut jiran komplen sebab kucing berak kencing merata. Sedangkan penyelesaiannya mudah. Train kucing berak kencing dlm litter dirumah. Kucing yg dah di train akan balik kerumah utk membuang. Takkan membuang merata. Kucing mak aku semua lepas bebas luar rumah (rumah bertanah bukan apartment). tp bila nak membuang, berlari2 balik kerumah. Lagi satu, silalah mandulkan kucing2 tu. Supaya tak memancut rumah rumah jiran. Confirm semua hidup aman damai.

Kucing2 aku 9 ekor dok dlm rumah di latih berak kencing dlm litterbox. kdg2 aku dengar kucing cakar2 pintu bilik dan mengiau kuat kuat suruh kami buka pintu bila kami di ruang tamu. aku buka pintu kucing meluru pergi litterbox nak membuang. betapa bijaknya kucing klu kita latih betul2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 05:52 PM | Show all posts
sarah82 replied at 12-10-2019 05:36 PM
Dok rumah taman.. Mmg kalau tak kurung kucing akan jadi masalah dgn jiran..

Tabah la pada tuan k ...

Baca post aku kat atas nun ttg bela kucing jgn smp bg jiran komplen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2019 06:05 PM | Show all posts
siannya kepada tuan dan kucing2nya..

orang tua bela kucing mesti sayang giler..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduh..soft spot jugak. Nak nangis
Teringat anak2 bulus aku dan kegagalan menyelamatkan 12 ekor masa hawar kucing. Inside tu membuatkan kucing yg survive tak percaya kat iols lagi. Disappointed sangat gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian meow... Sedih tau kucing dok bela bertahun tetiba mati.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya...  Dah la comel montel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.427593 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list