CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1071|Reply: 6

[Tempatan] Belanjawan 2020: Sakan betul tepuk meja semalam, rupanya PH diam bab 50 peratus

[Copy link]
Post time 12-10-2019 06:35 PM | Show all posts |Read mode
‘Tak perlu heboh’ geran khas RM32 juta, kata pemimpin Sarawak
October 12, 2019 6:23 PM


KUCHING: Pemimpin politik Sarawak melabelkan Belanjawan 2020 sebagai “halua mata dan telinga” untuk rakyat.

Bagaimanapun realitinya kata mereka, ia menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menunaikan janji pilihan raya.

Menteri pelancongan negeri, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, antara lain Putrajaya tidak menunaikan janjinya untuk mengembalikan 50 peratus cukai yang dikutip di Sarawak dan 20 peratus royalti minyak.

Beliau mengaku belanjawan tersebut memperuntukan geran khas kepada Sarawak, tetapi jumlahnya “bukanlah sesuatu perlu dihebohkan”.

“Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia dan memperuntukkan hanya RM32 juta adalah seperti memberi habuk kepada rakyat negeri ini.

“Selain itu, berdasarkan peruntukan pembangunan yang diberikan kepada Sarawak, maka kita boleh lupakan hasrat untuk menjadi setaraf dengan Malaya,” katanya.

Karim berkata, belanjawan berkenaan bertujuan memenuhi keperluan Malaya, dengan menambah bahawa jurang pembangunan antara semenanjung dengan negeri Borneo akan menjadi lebih besar.

Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri berkata, kebanyakan program yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 telah pun dijalankan oleh kerajaan sebelum ini.

Beliau berkata, kerajaan kini hanya memperkenalkan cukai perkhidmatan digital bagi menambah hasil kerajaan

“Seperti dijangka, Sarawak tidak mendapat apa-apa yang sepatutnya diberikan kepadanya,” kata beliau.

Nancy berkata, kerajaan persekutuan memperuntukkan geran khas berjumlah hanya RM16 juta kepada Sarawak sejak 1969.

“Dalam Belanjawan 2020, Sarawak akan menerima geran khas sebanyak RM32 juta dan jumlah itu akan ditambah kepada RM54 juta dalam tempoh lima tahun.

“Jelas satu semakan wajar di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan seperti dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemandu MA63 tidak dibuat.

“Ini menunjukkan kerajaan persekutuan sekali lagi mempermainkan kami,” katanya, dengan menambah bahawa beliau akan membahaskan perkara itu di Dewan Rakyat.

Nancy juga berkata, peruntukan untuk projek bekalan air luar bandar sebanyak RM70 juta dan perbekalan elektrik berjumlah RM500 juta kepada Sabah dan Sarawak tidak menyebut jumlah yang akan diterima oleh masing-masing negeri itu.

“Kita berharap kerajaan PH memberi tumpuan kepada usaha memberi khidmat kepada rakyat, sekali gus berhenti bermain politik,” katanya.

Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Michael Tiang mengalu-alukan pertambahan geran khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, tetapi menyifatkan angka RM32 juta itu sebagai “kecil”.

“Peruntukan tambahan RM32 juta itu masih terlalu sedikit berbanding royalti minyak 20 peratus yang dijanjikan oleh PH semasa pilihan raya umum ke-14.

“Jumlahnya kecil berbanding hasil pengeluaran minyak Sarawak, yang jelas melebihi RM200 juta sehari,” katanya.

Tiang berkata, menurut laporan, Sabah akan menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM5.2 bilion pada 2020, sementara Sarawak mendapat hanya RM4.4 bilion.

“Apakah ini satu lagi langkah untuk meminggirkan Sarawak?” soalnya.

Beliau berkata, rakyat Sarawak dipermainkan oleh kerajaan PH yang terus-menerus memungkiri janjinya.

“Di manakah pemimpin PH Sarawak yang melaungkan slogan untuk memberi kami kehidupan lebih baik sebelum pilihan raya umum ke-14?” soal beliau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2019 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ingat rakyat bodoh mcm penyokong pee h...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 08:39 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 12-10-2019 08:53 PM

Satu lain permainan pemimpin Malaya:

Sarawak dikritik memperkenalkan cukai 5% sebelum Mesyuarat MA63 mencapai keputusan lagi pun. sedangkan itu mmg hak Sarawak.


Skrg Kerajaan Persekutuan mengumumkan geran khas....nak tau geran khas tu bawah klausa mana satu spt  mana dlm perbincangan MA63?..terlalu umum sangat....kata putus pun belum ada lg.

Melihat tindak tanduk Putrajaya yg mmg kotor..dah tiba masanya hitung sekali segala tunggakan sejak tahun 1963.
nak tau selepas ini siapa yg akan bercawat..siapa yg akan berumah atas pokok..

Meeting MA63 bukannya pasal rundingan membentuk perjanjian...tp meeting pasal  mcm mana Putrajaya membaayar/melaksanakan SEGALA YG TERTUNGGAK sejak 1963...aka nk bayar utang..memulangkan balik kuasa sabah/sarawak yang dirampas selama ini.

Itu tujuan meeting MA63..bukan nak dengar bebelan Tun tunjuk lagak..tunjuk perangai..tunjuk bijak..kau x bijak pun sebenarnya Tun

segala konspirasi shit ko berjaya dihidu....ko cuma bjaya merosakkan Taib dan menyedut duit sarawak dari Taib sahaja..Tapi niat ko utk mkambing hitamkan Taib bagi merampas kuasa Sarawak...bawa la sekali niat tu masuk kubur..tu je ak nak taip.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2019 08:04 AM | Show all posts
Belanjawan 2020: Kerajaan Sarawak perlu timbang rasa
Oktober 12, 2019 15:20 MYT

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak diminta bertimbang rasa terhadap Kerajaan Persekutuan selepas negeri itu menjadi penerima peruntukan Belanjawan 2020 terbesar selepas Sabah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan, menerusi Belanjawan 2020, Kerajaan Persekutuan telah menaikkan hampir 100 peratus peruntukan pembangunan kepada Bumi Kenyalang itu.
"Mereka dapat (peruntukan) yang tidak pernah diberikan sebelum ini oleh kerajaan lama. Sekiranya semasa kerajaan lama, mereka boleh berpuas hati sungguh pun mereka dapat kurang.

"Apabila sekarang mereka dapat lebih, mengapa tidak berpuas hati lagi? Itu yang saya kurang faham. Semasa di bawah kerajaan lama mereka dapat kurang.
"Seperti yang saya sebut semalam, semakan tidak dibuat sejak 1969. Kita buat semakan, kita tambah sekali ganda - 100 peratus. Itu pun tak puas hati. (Apakah) Kalau tak tambah puas hati? Kalau macam ini, adakah nak minta saya jangan tambah, baru puas hati?" ujarnya pada sidang media pasca Belanjawan 2020 di Parlimen pada Sabtu.

Beliau sebelum itu mengadakan taklimat tertutup dan sesi soal jawab bersama Exco-exco Kerajaan negeri seluruh negara berkenaan Belanjawan 2020.

Tambah Guan Eng, dengan memperuntukkan dana yang tinggi kepada Sabah dan Sarawak berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, ia jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan amat mementingkan pembangunan di dua negeri itu.

"Sekiranya disebut bahawa nombor dua (negeri kedua menerima peruntukan tertinggi) masih tidak puas hati, macam ini bermakna 11 buah negeri lain juga tidak berpuas hati.

"Saya rasa, itu menunjukkan bahawa pihak Kerajaan Persekutuan memberi keutamaan kepada Sabah dan Sarawak di mana Sabah dan Sarawak mendapat peruntukan nombor satu dan nombor dua tertinggi," jelas beliau lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Org da bg ambik je lah. Bg bising, x bg bising. Apa yg ko nak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 15-10-2019 09:24 AM
otai_g replied at 14-10-2019 06:32 PM
Org da bg ambik je lah. Bg bising, x bg bising. Apa yg ko nak ni.

RM32juta? yg negeri  Penang siap dh tulis rasmi nk minta RM10billion kpd  Mentri kewangan kerajaan persekutuan tu apehal pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2019 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ikankeringmurah replied at 14-10-2019 11:53 PM
kepala Bana kau la.. RM32juta? yg negeri  Penang siap dh tulis rasmi nk minta RM10billion kpd  Men ...

jd apa masalahnya kalo dia tulis surat mintk tmbhn bajet.

kalo ko nk tmbhn bajet pg lah tulis surat bkn memekak kat sini. Ko ingt menteri kewangan baca forum ni?

cheseng.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.716813 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list