CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1320|Reply: 4

[Tempatan] Asalnya nak dedahkan kerajaan dulu, PH terlepas cakap terdedah pulak fitnah kemp

  [Copy link]
Post time 12-10-2019 08:07 PM | Show all posts |Read mode
Dedah BN jual tanah, Guan Eng sebenarnya jawab propaganda PH
12 October 2019

KUALA LUMPUR – Kenyataan media oleh Lim Guan Eng berhubung penjualan tanah sebanyak RM4 bilion oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) membuktikan kerajaan dahulu tidak banyak menjual tanah walaupun sering dituduh jual negara oleh Pakatan Harapan (PH).

Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kenyataan Menteri Kewangan itu menjawab satu lagi propaganda menipu PH sebelum PRU14.

Senarai itu membabitkan 16 penjualan tanah kerajaan BN dari tahun 2010 hingga 2017.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa kenyataan oleh Guan Eng itu merupakan satu tuduhan bahawa BN telah jual 180 ekar tanah kerajaan dengan nilai jualan RM4.4 bilion dalam tempoh 8 tahun.

Atau purata penjualan RM550 juta setahun dan juga purata 22.5 ekar tanah dijual setiap tahun oleh kerajaan BN.

Soal Najib: “16 penjualan dalam masa 8 tahun dan purata penjualan 22.5 ekar setahun ini kira banyak ke?,” katanya.

Sedangkan, katanya, tanah TRX dan Bandar Malaysia tidak ada dalam senarai berkenaan kerana TRX dan Bandar Malaysia dijual kepada 1MDB yang 100% milik kerajaan.

Dakwa Najib lagi, Guan Eng juga tidak sampai begitu kurang cerdik untuk tuduh kerajaan jual kepada kerajaan, bermaksud kerajaan sudah jual tanah kepada pihak swasta.

Bagaimanapun, Najib berkata, cuba bandingkan dengan rekod Guan Eng jual tanah kerajaan semasa beliau Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beribu-ribu tanah dan hak tanah kerajaan Pulau Pinang sudah dijual oleh Guan Eng masa itu, katanya.

Menurut Najib, Guan Eng tuduh bahawa kerajaan BN jual tanah melalui rundingan terus dan tindakan ini salah.

Tetapi pada masa sama, dalam senarai tanah yang dijual Guan Eng iaitu sebidang tanah di Peel Avenue yang dijual dengan harga RM156 juta juga secara rundingan terus.

“Mula-mula dia (Guan Eng) tak nak jawab tapi selepas kantoi teruk, dia pertahankan penjualan ini dengan alasan kerana masa terdesak dan penjualan tanah melalui rundingan terus tidak salah kerana ianya boleh merancakkan ekonomi,” katanya.

Menurut Najib, penjualan tanah secara rundingan terus oleh BN kerana kebanyakannya adalah projek PPP untuk matlamat pembangunan spesifik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2019 08:44 PM | Show all posts
bila kerajaan melayu naik lepas ini hapuskan parti politik yang tipu rakyat ni. moga tun mahathir tak bagi anwar jadi PM
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 09:02 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 12-10-2019 09:15 PM

Tidak dinafikan, zaman Najib...ada kelemahannya..bab rundingan jualan ni aku tidak nafikan...

Kat situ ada kelemahan...Tapi Yidin tu PH x nak cakap apa2 ke......?

Lagipun tujuan penjualan tanah ni adalah bagi tujuan pembangunan..menyediakan kemudahan infra...

Syarikat beli tanah kerajaan di Lot x...nanti syarikat itu akan bina la dengan nilaiaan yg sama beberapa buah hospital kan, balai polis ka, sekolah ka...

Tidak dinafikan...syarikat tu..majoritinya org UMNO la...tapi tiada la unsur kerajaan akan rugi..kerajaan cuma kehilangan kawasan yg strategik...

Kompom la syarikat nak tanah kerajan yg strategik  eg jalan Thambi Dollah tu... pecah pula rashsia..
Mcm kes Lapangan Terbang Lama tu, sampai berbunuh syarikat berebut nak beli......isu sebenarnya...ianya kehilangan kawasan startegik utk kerajaan...kalau berlaku apa2 darurat...itu yg ramai pihak tentera sendiri tidak setuju dulu..tp PH masa tu mgamabar tdapt unsur rasuah utk mburukan Najib


Tapi dari segi pembangunan..kerajaan akan dapat kemudahan yg lebih baik berbanding sekarang yg uzur.


Abg Shalom dh bbebel pun isu ini kt CI sebelum PRU lagi

Tp time tu ada ummah Malaya x caya...asal najib turun kata mereka la..kemudian dtg lagi seorg memgimbau kenangan silau..rindu zaman troli RM50 penuh..pulak dah..terus shalom mati kutu masa tu...nasib baik xde yg mengimbau rindu zaman Tun menceceh kat rostrum PBB...if x..shalom tutup akaun CI terus masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 06:30 AM | Show all posts
apa citer tanah tudm oleh rafidah aziz?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2019 07:59 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 13-10-2019 06:30 AM
apa citer tanah tudm oleh rafidah aziz?

oooo itu
satu parti kan?
masih dlm siasatan
(selagi tak lompat parti)

kalau balik ke parti dulu
hari ni jugak (walaupun hari ni weekend-cuti) kertas siasatan dibuka

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.520593 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list