CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

[Pelbagai] Lets TALK telur...

[Copy link]
Post time 13-10-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Easy shakshuka recipe.

Eggs braised in a perfectly spiced sauce of fresh tomatoes and peppers.



INGREDIENTS

Private ReserveGreek extra virgin olive oil

1large yellow onion, chopped

2green peppers, chopped

2garlic cloves, peeled, chopped

1 tspground coriander

1 tspsweet paprika

1/2 tspground cumin

Pinch red pepper flakes (optional)

Salt and pepper

6Vine-ripe tomatoes, chopped

1/2 cuptomato sauce ( about118ml)

1 tspsugar

6large eggs

1/4 cupchopped fresh parsley leaves (about0.2 ounces or5 grams)

1/4 cupchopped fresh mint leaves (about0.2 ounces or5 grams)

INSTRUCTIONS

Heat 3 tbsp olive oil in a large cast iron skillet. Add the onions, green peppers, garlic, spices, pinch salt and pepper. Cook, stirring frequently, until the vegetables have softened, about 10 minutes.

Add the tomatoes, tomato sauce, and sugar. Simmer until the tomato mixture begins to reduce, about 10-12 minutes. Taste and adjust the seasoning to your liking.

Using a wooden spoon, make 6 indentations, or “wells,” in the tomato mixture (make sure the indentations are spaced out). Gently crack an egg into each indention.

Reduce the heat, cover the skillet, and cook on low until the egg whites are set.

Uncover and add the fresh parsley and mint. You can add more black pepper or crushed red pepper, if you like. Serve with warmpita,challah bread,or your choice of crusty bread

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
I suka makan sambal telur.. goreng telur kata pastu wat sambal tis nyumssss
Atau pun telur goreng masak kicap..
Kalo telur mata kerbau lembik tengah lagi sedappp

Banyak kebaikan telur.. berkhasiat..
Putih telur plg ok, kalo x nak elak amik kuning telur... tp mkn telur kentut bau erkki haha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:14 AM | Show all posts
iols suka goreng telur mata pastu tuang ikan bilis kicap bawang n cili padi melampau kat atas..makan nasik panas2..3 pinggan buleh pi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:17 AM | Show all posts
telur sotong goreng makan dgn nasi kandar..huish...sedapnya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak p rebus teloq...nak buat masak kurma toloq...

Stok lauk utk hari yg seterusnya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 03:48 PM | Show all posts
fuhh telur mayong. sikit punya susah nak dapat tu.
share port pls mod. org rumah lama dah mengidam. takkan nak pergi melaka/muar semata pula. haha.


tapi time tgh bulan, ni lauk paling sedap. dari zaman belajar sampai sekarang. nasi bujang~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2019 04:43 PM | Show all posts
telur goreng plg sdp bila pegi kedai tomyam ler...
apsal goreng kt rumah tak menjadi

tp kadang2 time takde selera nk mkn ayam or apa2 lauk..
goreng telur + ikan goreng sekor gaul dgn nasi dgn kicap..settle

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2019 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
seller6183 replied at 14-10-2019 02:48 PM
fuhh telur mayong. sikit punya susah nak dapat tu.
share port pls mod. org rumah lama dah mengidam ...

Pasar basah Sungai Besar, Selangor, seplastik RM10

Kat Bidor, Perak, ada kedai makan jual kari telur mayong...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 06:04 PM | Show all posts
hmmmmmmmmmmmmm tak taulah nak acakap apa
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 07:33 PM | Show all posts
Edited by lalalxlx at 14-10-2019 07:37 PM

husband iolls kalau teringin nak makan telur goreng & nasi dia lebih suka goreng sendiri..iolls goreng tak capai tahap kpi yg dia nak huhu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Telur itik masin.. kadang xde stok telor itik.. homemade telur ayam masin., makan ngn nasi kerabu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 08:26 AM | Show all posts
Azharitubunga replied at 15-10-2019 02:25 AM
Telur itik masin.. kadang xde stok telor itik.. homemade telur ayam masin., makan ngn nasi kerabu

ada beza ke dr segi rasa dan tekstur telur ayam masin dgn telur itik masin
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 08:34 AM | Show all posts
Aiseh... baru semalam aku makan salah satu telur yang aku suka
Telur ketam . Tau aku amik gambar
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 08:37 AM | Show all posts
johan-adx replied at 15-10-2019 08:26 AM
ada beza ke dr segi rasa dan tekstur telur ayam masin dgn telur itik masin

Pernah cuba buat dulu. Tp masa tu guna telur ayam kampung.
Taste masing2, parent suka agi telur masin ayam.
Herm klu sendri rasanya prefer telur itik lagi kot.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 09:30 AM | Show all posts
acik2 forum.. ni i bagi resepi telur kicap terangkat makan dalam hujan.. hahaha.. mula2 panaskan minyak, tgh tggu minyak panas, cincang seulas garlic, dan potong daun bawang, dan potong cili sikit.. pastu, tumis bahan potong dalam minyak tu.. sebelum daun bawang layu, pecahkan telur dlm kuali tu.. bagi ala2 separuh masak, tuangkan kicap atas telur.. sendukkan minyak tu, tuang atas telur, mcm bagi masak sikit surface atas tu, i tak balikkan telur sbb suka telur mcm larva.. tutup api, makan dgn nasi panas.. terangkat.. demam pun boleh baik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 09:37 AM | Show all posts
Yang mane dtg dulu...telur ke ayam dulu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2019 09:43 AM | Show all posts
TalibanRock replied at 15-10-2019 08:37 AM
Yang mane dtg dulu...telur ke ayam dulu?

Ayam...cam kejadian manusia...mana telur dulu...larikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 09:55 AM | Show all posts
seribulan replied at 15-10-2019 09:43 AM
Ayam...cam kejadian manusia...mana telur dulu...larikkkk

TAHNIAH MOMOD!

Sering menjadi isu perdebatan, masih ramai yang keliru mana satu yang wujud dahulu di muka bumi ini. Tidak perlu membuang masa memperdebatkan isu remeh ini, mari kami berikan jawapan antara kedua ini mana satu yang wujud terlebih dahulu.


Stephen Hawking, seorang ahli fizik berpendapat bahawa telur wujud terlebih dahulu daripada ayam. Dan pendapat ini telah dibuktikan salah. Nak tahu kenapa?

1. Pada musim panas 2010, pengkaji Inggeris dari Universiti Sheffield dan Warwick telah meretakkan telur ayam dan menemukan protein ovocledidin-17 (OC-17) yang diperlukan bagi membentuk cengkerang ada pada ovari ayam. Tanpa protein tersebut, cengkerang ayam tidak boleh dihasilkan.
Telur hanya boleh diproses dalam tubuh ayam di kawasan ovarinya. Protein OC-17 ini berfungsi sebagai enzim yang mempercepatkan lagi pembentukan cengkerang. Dalam tempoh masa 24 jam, sebiji telur boleh siap untuk dikeluarkan dari ovari mereka.
Dengan penggunaan komputer canggih HECToR di Edinburg, Scotland kumpulan pengkaji ini mendapati protein tersebut boleh mengubah kandungan kalsium karbonat menjadi kristal keras sebagai bahan pembuat cengkerang.

2. Jika menurut Islam, setiap haiwan diciptakan secara berpasangan. Ini boleh dilihat dalam makna surah Yasin (36: 36);

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, atau pun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.”

dan diperkuatkan lagi hujah dalam surah Al-An’aam (6: 143);

“(Binatang ternak itu) delapan ekor – (empat) pasangan; dari kambing biri-biri dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari kambing biasa dua ekor (sepasang jantan betina). Tanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Adakah yang diharamkan Allah itu, dua jantannya atau dua betinanya, atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya? Terangkanlah kepadaku dengan berdasarkan ilmu pengetahuan (Syarak dari Allah yang menjadi dalil tentang haramnya), jika betul kamu orang-orang yang benar.”

Dengan adanya dua hujah di atas ini jelaslah antara ayam dan telur, ayamlah yang wujud terlebih dahulu. Selepas ini, tidak perlulah buang masa berdebat isu-isu ini. Kita cari isu lain pula untuk diperdebatkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:01 PM | Show all posts
Kisah menyayat hati yang berlaku pada 1974 kerana makan telur ikan, 5 beradik meninggal dunia.

Lima Beradik Meninggal Dunia Sebab Makan Telur Ikan




MELAKA: Salah satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Lintang, di sini, mempunyai kisah sejarah di sebaliknya sehingga tular dalam laman sosial, baru-baru ini.
Ia berikutan papan tanda yang tertera ayat 'Kubur lima beradik mangsa telur ikan kurau' sehingga menjadi tanda tanya kisah sebenar sebalik salah satu kubur yang mempunyai 10 batu nisan.
Namun, kejadian 43 tahun lalu itu masih segar di ingatan buat Makmor Kassim, 43, apabila adik-beradiknya meninggal dunia selepas memakan masakan telur ikan kurau.
Makmor yang kini bertugas di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) merupakan adik bongsu kepada lima beradik berkenaan.

Menyingkap kembali kejadian menyayat hati pada 1 Disember 1974 itu, Makmor berkata, ketika itu dia baru berusia enam bulan dalam kejadian yang berlaku di Kampung Kandang, di sini.
Dalam kejadian itu, katanya, adik-beradiknya, Noraini Kassim, 11, Mohd Syukur, 8, Rohana, 6, Hijrah, 4, dan Norasyikin, 3, tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia selepas menikmati lauk asam pedas telur ikan kurau sebagai hidangan tengah hari.
Ekoran kejadian itu juga, katanya, bapa mereka, Kassim Alauddin dikejarkan ke hospital termasuk ibu mereka, Fatimah Hussein serta tiga adik-beradik Makmor dan beberapa orang lagi terdiri daripada ibu saudara dan sepupu mereka.
“Saya tidak berapa ingat sangat kejadian itu kerana baru berusia enam bulan.  Tetapi dari apa yang diceritakan ayah dan emak, ia benar-benar mengemparkan masyarakat pada masa itu.
“Kejadian itu sukar untuk kami adik-beradik lain lupakan apatah lagi emak. Dia selalu sebak bila kisah keluarga kami ini disebut kembali.  Mana ada ibu bapa yang tidak sedih apabila hilang lima anak sekali dalam satu masa,” katanya.


Menurutnya, daripada apa yang diceritakan, bapa mereka membeli telur ikan kurau untuk dijadikan lauk.
"Ia berpunca daripada telur ikan yang dikatakan beracun. Ada 11 ahli keluarga kesemuanya terlibat, termasuk beberapa mak saudara berhampiran yang makan asam pedas telur ikan itu. Malangnya, lima adik-beradik saya meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri. Yang lain menerima rawatan di hospital," katanya.
Makmor berkata,  meskipun kejadian itu sudah lama berlalu, tetapi ia tidak pernah terpadam di dalam ingatannya.
“Peristiwa itu lama, tapi bila saya meningkat dewasa, orang kampung masih ramai yang memanggil nama saya dengan nama Syukur. Sama dengan nama arwah abang, mungkin rupa saya ada iras-iras arwah.
"Selalulah juga saya jelaskan pada mereka, nama saya Makmor. Syukur itu nama abang saya.
“Sebagai tanda ingatan buat arwah abang dan kakak, saya beri nama anak saya yang berusia tiga tahun dengan nama Syukur. Anak perempuan yang berusia setahun sembilan bulan saya namakan Hijrah. Sebab saya tidak mahu nama mereka luput dalam ingatan,” katanya.
Makmor bagaimanapun berkata, ayah dan emak tetap menerima reda dengan ketentuan Allah.
“Selepas ayah kehilangan lima orang anak, Allah gantikan mereka dengan lima adik-beradik lagi yang lahir selepas itu,  sebagai pengubat kesedihan kedua ibu bapa kami," katanya.


Menurutnya, selain lima adik-beradik yang meninggal dunia itu, tiga lagi masih hidup kerana tidak ada masa kejadian iaitu Zakaria, kini berusia 55 tahun yang merupakan abang sulung; Rahmat, 54, dan Hamidah, 51.
Katanya, selepas kejadian itu, Norijah, 42, Norazmah, 40, Mohd Safri, 33,  Norhafizah, 32, dan Murni, 31, pula lahir.
“Enam orang adik-beradik kami masih menetap di Melaka termasuk saya. Seorang di Negeri Sembilan dan seorang di Singapura.
“Bagaimanapun ayah sudah meninggal dunia kira-kira 15 tahun lalu. Emak pula sudah uzur dan kini sudah berusia 76 tahun,” katanya.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka sangat telur! Geng dengan husb i haha hari2 menu telur pun dia onzzz je. I setiap pagi wajib breakfast 2 biji telur + roti. Sebab i ada baby so tu je the fastest way i boleh buat dan sedap hihi.

Telur tu i buat scramble bodoh je. Roti sapu butter masuk air fryer/tekap non stick pan. Biar hangit2 tau baru sedap crunchy pastu rasa masin2 butter tu. Buh sos cili dgn salad iceberg. Wajib iceberg sebab crunchy dn tak muak makan banyak pun.

Selain telur sambal pecah, kalau telur kicap tu kan i try follow khairulaming punya recipe. Super duper simple tapi sedap. I pun suka kalau telur tu goreng garing bawah&tak letak dalam kuah tu nanti lembik. Masak kuah tu nanti nak makan baru tabur hihi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.776382 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list