CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3174|Reply: 50

[Tempatan] Penjara dah SESAK. 40 peratus dari 70,000 adalah warga asing. Dapat makan FREE

[Copy link]
Post time 13-10-2019 10:54 PM | Show all posts |Read mode
Sukar atasi kesesakan di penjara kerana 40% banduan warga asing, kata Nurul Izzah
October 13, 2019 9:07 PM

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar berkata, isu kesesakan di penjara tidak boleh diatasi dengan mudah walaupun sekiranya banduan asing dihantar pulang ke negara asal bagi menyudahkan tempoh hukuman mereka.

Bercakap pada satu forum mengenai hak tahanan beliau berkata, banduan asing mewakili hampir 40 peratus populasi penjara dan ini menjadi beban besar ke atas Jabatan Penjara.

“Melibatkan negara lain sentiasa merupakan isu rumit. Tidak mudah apabila kita terpaksa berurusan dengan pihak berkuasa asing,” katanya, menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang bekas hakim pada forum itu.

Bekas hakim Mahkamah Tinggi Louis O’Hara bertanya sama ada kerajaan menimbangkan kerangka perundangan tertentu untuk menghantar pulang warga asing ke negara asal untuk menyudahkan tempoh tahanan sebagai satu cara bagi mengatasi masalah kesesakan di penjara negara ini.

Forum tersebut dimaklumkan bahawa terdapat lebih 70,000 banduan yang kini ditahan di penjara seluruh negara.

Peguam hak asasi manusia Abdul Rashid Ismail berkata, isu lain yang mungkin menjadi penghalang kepada cadangan menghantar pulang banduan warga asing ialah hukuman mati mandatori yang melibatkan kes bunuh, pengedaran dadah, menculik dan kesalahan keselamatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong baru-baru ini berkata, kerajaan akan membentangkan satu rang undang-undang bagi memansuhkan hukuman mati melibatkan 11 kesalahan serius bermula Mac tahun depan.

“Saya bekerja dengan kedutaan asing dan mereka bersedia mengadakan perbincangan dua hala mengenai perkara ini, tetapi nampaknya masa yang diambil untuk memulakan perbincangan itu terlalu lama.

“Bagaimanapun dalam isu banduan akhir, kita tidak boleh menghantar mereka pulang kerana hukuman mati yang dijatuhkan,” kata bekas presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia (Hakam) itu.

Bekas hakim Mahkamah Rayuan dan pesuruhjaya Suhakam, Mah Weng Kai, yang turut bercakap pada forum itu, membangkitkan isu kemungkinan menjatuhkan semula hukuman ke atas banduan akhir.

“Reaksi umum terhadap pemansuhan hukuman mati sangat kuat. Saya tidak fikir ia akan dimansukan sepenuhnya. Terdapat juga hukuman mati budi bicara, yang membenarkan hakim menggunakan budi bicaranya sama ada mahu menjatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup.”

Mah juga mempersoalkan sama ada hukuman mati akan digantikan dengan hukuman sepanjang hayat.

“Walau apapun alternatifnya, hukuman penjara yang panjang seperti 30 tahun mungkin bukan jawapannya,” tambah beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2019 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Suggestion. Yg bunuh org, merompak or mengedar dadah. Sila hukum gantung smpi mati secepat mungkin. Bg dalam masa setahun je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2019 11:07 PM | Show all posts
mcm mana nk hukuman bunuh
baru tangkapan LTTE  habis Cina, India DAP meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Taja budak dalam penjara lagi tinggi drp kos ptptn budak nk belajar
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:26 PM | Show all posts
40% warga asing tu.
Membazir gila
Better hantar balik negara diaorg and barred dari masuk malaysia lagi.
dari bazir duit tanggung diaorg smpi habis hukuman kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Banduan di sini melepak saja atau buat kerja? Kalau kerja okey juga. Kalau melepak berilah kerja yang sesuai untuk mereka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2019 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama izah bertapa dalam gua..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh ke suruh diorg bercucuk tanam dalam penjara tu...lepastu jual la hasil tanaman diorg untuk Sara makan minum diorg dlm penjara tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2019 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lor apa susah sgt, yg mmg dah sah2 kene hukuman mati tu, pndai2 la pakat dgn warden letak racun ke apa kasi mati awal / mati dlm penjara. Nak2 warga asing tu. lepaskan virus ke apa yg kasi cpt mati. Ni dkt penjara pon lg selesa bwah jmbatan

Kalau aku, aku sumbat 1 cell 5 org biar sempit. Lps tu xde kipas, biar mmpos berbunuhan dlm tu. kan sng n cpt mati. Lauk xpyh la ayam ke apa. Kasi nasi kosong lauk garam. Org susah pon mkn lg bercatu dri penjenayah ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 13-10-2019 11:43 PM
Lor apa susah sgt, yg mmg dah sah2 kene hukuman mati tu, pndai2 la pakat dgn warden letak racun ke a ...

Kannnn... Bagi mati secara senyap. Sape pon tak dapat detect
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 13-10-2019 11:43 PM
Lor apa susah sgt, yg mmg dah sah2 kene hukuman mati tu, pndai2 la pakat dgn warden letak racun ke a ...

Nnt wakil human rights dtg check...mampos gomen nk jawab...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 13-10-2019 11:28 PM
Tak boleh ke suruh diorg bercucuk tanam dalam penjara tu...lepastu jual la hasil tanaman diorg untuk ...

Kau baru kuar gua ke?

Memang tu lah dorang buat...ada yg siap buat mainan budak budak...jahit baju & jual kat org luar....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 14-10-2019 12:21 AM
Kau baru kuar gua ke?

Memang tu lah dorang buat...ada yg siap buat mainan budak budak...jahit b ...

Tak cukup ke income tu untuk tanggung Makanan harian diorg?

.so why Kita nak pertikaikan mereka makan minum hasil Duit tax payers?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 14-10-2019 12:27 AM
Tak cukup ke income tu untuk tanggung Makanan harian diorg?

.so why Kita nak pertikaikan mereka ...

kdg duit tu disimpan dan diberikan  masa diorg dibebaskan nanti. bercucuk tanam pon bkn seladang sampai hasil jualan untung beria.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 14-10-2019 12:27 AM
Tak cukup ke income tu untuk tanggung Makanan harian diorg?

.so why Kita nak pertikaikan mereka ...

Tak cukup...tu kira sampingan je...

Mcm utk sediakn makanan...tukang masak akn di byar sikit gaji....sayur sayur amik dari yg dorang tanam....

Dorang di beri pilihan kat sana...nk jadi apa?...minat apa?....yg nk jadi tukang jahit, akn di ajar mnjahit....hasil jahitan akn di jual....banduan tu akn dpt upah....duit upah tu dpt lah dia guna utk mulakn hidup baru bila kuar penjara nanti

Ada cerita dulu banduan  buat tenunan songket utk Raja prmaisuri agong rasanya.....bangga dia & rasa dihargai....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 14-10-2019 12:36 AM
Tak cukup...tu kira sampingan je...

Mcm utk sediakn makanan...tukang masak akn di byar sikit ga ...


Sebab tu aku bagi idea berkebun tanam sayur...at least diorg Ada Makanan hasil tanaman diorg...Ubi kayu, keladi etc.

Lebihan Nye boleh jual....so diorg dapat la makan ikan daging Ayam Dan sayur2 tanah tinggi Dan lebih berkhasiat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 12:39 AM | Show all posts

MEnteri tak nak belajar cara Amerika hantar banduan mexico balik negara asal ke?

Patut sesambil lawatan luar negara mat sabun dan menteri luar negara tanya lah benda benda ni dari rakan sejawatan. Orang ckp menyelam sambil minum air.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 14-10-2019 12:27 AM
Tak cukup ke income tu untuk tanggung Makanan harian diorg?

.so why Kita nak pertikaikan mereka ...

Ikut bajet kos tanggung mkn dorang sehari rm20....blh percaya ke sampai rm20?...pdhal klu sayur yg dijamu tu yg dah dibuang kat pasar borong....dorang kutip, masak & bg banduan mkn....ada lah org tengah yg kenyang songlap duit
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 14-10-2019 12:40 AM
Ikut bajet kos tanggung mkn dorang sehari rm20....blh percaya ke sampai rm20?...pdhal klu sayur yg ...

Tu bukan masalah banduan ramai la...tapi masalah pengurusan.

Why nak salahkan banduan warganegara asing padahal problem masalah cash flow dan urus tadbir
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 14-10-2019 12:39 AM
Sebab tu aku bagi idea berkebun tanam sayur...at least diorg Ada Makanan hasil tanaman diorg...U ...

Memang ada buat pun....tapi kaw bkn besar pun....dlm tu ramai....tak semua dorang blh buat sendiri...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.203620 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list