Komen yang dilontarkan oleh juri tetap rancangan hiburan popular Gegar Vaganza 2019, Hetty Koes Endang terhadap Wann malam tadi mencetuskan ketegangan dalam kalangan peminat.
Hingga ada yang menganggap tindakan Hetty menggunakan perkataan 'ahak, ahak' itu sedikit keterlaluan dan boleh mengguris hati pihak lain terutama Wann sendiri.
Gempak mendapatkan penjelasan lanjut daripada empunya diri berhubung kata-kata Hetty ketika memberikan komen mengenai persembahan lagu Bossanova malam tadi.
"Saya terkejut juga apabila dikomen sebegitu tetapi saya harus menerimanya kerana saya sebahagian daripada rancangan GV. Saya akur dikritik.
"Lagipun kita tak sempurna walaupun saya sendiri pernah punyai banyak album studio sebelum ini.
"Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan jadi saya terima ia seikhlas hati," jelas Wann ketika ditemui usai konsert pertama GV2019.
Tambah Wann, selain 'meneran', gaya sedemikian (seperti dikomen Hetty) merupakan cara nyanyiannya sejak azali.
"Itu sudah jadi gaya nyanyian saya dan tak adalah saya terlalu terikut-ikut dengan cara bossanova itu pun.".
Lanjutan:
AstroGempak