"Jangan terlalu banyak ahak ...ahak!", pesan Hetty Koes Endang.
Meskipun mempunyai masaalah artikulasi didalam teknik nyanyiannya menerusi lagu Bossanova, Ibu Hetty sukakan "stage performance" Wann yang disambut dengan sorakkan gemuruh dari para hadirin.
Wan Rashidah atau lebih dikenali sebagai Wann telah menyanyikan lagu asal oleh Allahyarham Puan Sri Saloma yang sering dikaitkan dengan dirinya. Wann dilahirkan pada tahun 1970 di Kuala Kangsar, Perak dan kini seorang ibu yang telah berusia 49 tahun, juga popular dengan lagu hits seperti Lamunan Hati, Terlerai Kasih dan Joget Siapa Dia.
GV2019 musim terbaru telah bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam jam 9 malam semalam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). GV2019 yang disiarkan pada hujung minggu ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia. GV2019 turut ditaja bersama oleh Adabi, Cuckoo, Powercat, Uphamol dan Digi selaku telco rasmi. GV2019 mengekalkan pelawak Nabil Ahmad dan Jihan Muse selaku pengacara.
Nama Wann melonjak di era 80an selepas lagu yang berjudul Lamunan Hati pada tahun 1988 mula diputarkan di stesen-stesen radio tempatan. Walau bagaimanapun, penyanyi ini telah berjaya menduduki 'Top 5' semalam selepas pungutan markah dari pihak juri. Juri-juri tetap iaitu Ibu Hetty dan Dato Ramli MS, juga penyanyi rock tanahair Ella selaku juri jemputan mingguan memberi sebanyak 74.33 peratus markah.
Penyanyi yang terkenal dengan vokalnya yang serak basah dan "meneran" ini akan menyanyikan lagu hitnya Lamunan Hati sebagai tugasan di konsert minggu hadapan.
rengsa aku tgk dia semalam.. nyanyi mcm mabuk ketum.. tak dengar ape pun, balik2 mengerang je..
pastu ella boleh pulak komen puji2 je mcm fake nak mampus.. nasib baik hetty tu jujur sikit..
lagu bossanova tu evergreen kot, tp dia mcm rosakkan lagu sendiri je aku rasa..
bukan ke lagu asal nya yg duk main dalam radio mmg dinyanyikan dengan attitude / gaya sebegitu? memang takk boleh nyanyi santai2 seperti di pantai pun.
Post time 14-10-2019 11:08 AMFrom the mobile phone|Show all posts
awanysss replied at 14-10-2019 10:46 AM
rengsa aku tgk dia semalam.. nyanyi mcm mabuk ketum.. tak dengar ape pun, balik2 mengerang je..
pas ...
Dia ni aku rasa dr muda dulu suara tak sedap pun, serak yg teruk mcm itik ....serak yg sedap mcm ella tu...cuma zaman dia dulu takde medsos org nk hencap... Lps tu dgn memek muka yg mcm nk teran taik keras