CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 926|Reply: 6

[Tempatan] LTTE: Tun M puas hati sebab polis guna SOSMA. Apa komen Anwar dan Ramasamy?

[Copy link]
Post time 14-10-2019 05:33 PM | Show all posts |Read mode
LTTE: Tun M puas hati sebab polis guna SOSMA

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/506896/ltte-tun-m-puas-hati-sebab-polis-guna-sosma

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Oktober 2019 @ 4:28 PM

Mohd Firdaus Ibrahim
firdaus_ibrahim@hmetro.com.my



TUN Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak terhadap penyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Perdana Menteri berkata, polis sudah memberi penjelasan dan sebab kepada beliau mengenai tindakan penahanan berkenaan.

“Saya dapat penerangan daripada polis. Mereka beri sebab-sebab mereka bertindak. Saya puas hati dengan sebab-sebab mereka ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Revolusi Industri 4.0 di Universiti SEGi di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Mengulas isu sama, Mahathir berkata, banyak polemik mengenai LTTE dimainkan kini, termasuk ahli politik.

“Banyak polemik mengenai LTTE. Semalam Ayob (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay) sendiri kata jangan ada ahli politik yang campur tangan hal ini,” katanya.

Menjawab soalan wartawan mengenai gesaan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kerajaan tidak menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan, Langkah-Langkah Khas (SOSMA) 2012, Mahathir dilihat tidak bersetuju dengan saranan berkenaan.

“SOSMA masih ada. Undang-undang mengikut akta SOSMA boleh diguna pakai, jadi mereka (polis) guna,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan tujuh individu, termasuk dua ADUN dari Negeri Sembilan dan Melaka ditahan kerana disyaki terbabit dengan perjuangan LTTE.

Susulan itu, lima lagi ditahan termasuk guru, Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan ketua pegawai eksekutif (CEO) perbadanan anak syarikat kerajaan Melaka menjadikan jumlah yang ditahan kini seramai 12 orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
che det ni mmg licik gila
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 06:05 PM | Show all posts
nk puji atok kena tunggu 2-3 hari, satgi dia buat u-turn........
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 06:07 PM | Show all posts
bang non panasss.. jemin senyum riang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2019 06:20 PM | Show all posts
LTTE: Polis tiada pilihan selain guna Sosma, kata Dr M

https://www.malaysiakini.com/news/495824

Faisal Asyraf

Diterbitkan Hari ini 6:00 petang



Di tengah-tengah kritikan dari Pakatan Harapan (PH) sendiri, Dr Mahathir Mohamad mempertahankan langkah polis menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) untuk menahan beberapa individu yang disyaki ada kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Di saat tiadanya undang-undang lain, katanya, polis tiada pilihan selaing menggunakan Sosma yang membolehkan suspek ditahan tanpa bicara selama 28 hari.

Perdana menteri berkata demikian ketika ditanya sama ada setuju dengan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim bahawa beberapa peruntukan dalam Sosma adalah keras.

"Akta Sosma masih ada. Jadi ketika ketiadaan undang-undang lain yang boleh digunakan, mereka gunakan Sosma," katanya kepada pemberita di Petaling Jaya, hari ini.

Mahathir juga berkata beliau berpuas hati dengan penjelasan polis berhubung penahanan 12 Individu, termasuk dua adun DAP, dalam siasatan mereka.

"Saya diberi taklimat oleh polis. Mereka nyatakan sebab tindakan mereka.

"Saya berpuas hati dengan penjelasan mereka tentang mengapa perlu bertindak demikian," katanya lagi.

Sosma diwartakan oleh pentadbiran BN bagi menangani soal keselamatan, susulan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama dua tahun.

ISA dikritik kerana digunakan terhadap seteru politik parti pemerintah, antaranya dalam Operasi Lalang pada 1987 ketika Mahathir kali pertama sebagai perdana menteri.

Sosma turut digunakan terhadap pengkritik kerajaan ketika pentadbiran Najib Razak sebagai perdana menteri.

Sebelum ini PH berjanji untuk memansuhkan Sosma dan beberapa akta lain lagi yang dilihat zalim.

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin pernah berkata rang undang-undang untuk meminda Sosma masih dalam penilaian Pejabat Peguam Negara.

Bagaimanapun ia tidak dibentang ketika sidang Parlimen Julai lalu, serta tidak termasuk dalam aturan urusan mesyuarat bagi sidang yang sedang berjalan.

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua org tau Tun M licik.. Ang against me.. Maka makan byk kerusi bakal hilang..

Ang dok diam2 tak sokong anwar sampai PRU15 selamat utk baki yg ada.

DAP dah diberi amaran la tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Appaaappaaahhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.169300 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list