CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 976|Reply: 2

[Tempatan] RM1.17 juta gaji libatkan 243 pegawai kerajaan terlebih bayar. Sistem tak interg

[Copy link]
Post time 14-10-2019 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Audit: RM1.17 juta gaji libatkan 243 pegawai kerajaan terlebih dibayar
October 14, 2019 5:41 PM


PETALING JAYA: Emolumen sejumlah RM1.17 juta telah terlebih dibayar, melibatkan 243 pegawai di 17 kementerian dan tujuh jabatan persekutuan di negeri, dedah Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2018 dikeluarkan hari ini.

Menurut laporan itu, pegawai-pegawai terbabit terdiri daripada pegawai bersara, berhenti, bercuti tanpa gaji, cuti separuh gaji dan lain-lain.

“Perkara ini disebabkan kelewatan mengambil tindakan memberhentikan atau membuat pelarasan gaji pegawai, kesilapan dalam penyediaan penyata perubahan gaji atau kesilapan perkiraan kadar elaun yang sepatutnya diterima oleh pegawai,” kata laporan itu.

Dalam pada itu, emolumen terkurang bayar berjumlah RM57,556 melibatkan 66 pegawai di 12 kementerian dan tujuh jabatan Persekutuan di negeri, disebabkan pusat pembayar tidak mengambil kira kenaikan gaji tahunan, kesilapan penetapan kadar elaun yang selayaknya dan pegawai telah mengosongkan rumah kerajaan tetapi imbuhan tetap perumahan dan bantuan sara hidup masih dipotong.

Jabatan Audit Negara berkata pihaknya telah mengendalikan pengauditan emolumen ke atas 162 pusat pembayar dan seramai 3,096 sampel pegawai telah dipilih terdiri daripada pegawai bersara, berhenti, cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji dan lain–lain.

Dari segi terlebih bayar, mereka yang bersara adalah paling ramai iaitu 46%, diikuti mereka yang cuti tanpa gaji (19%), berhenti (sembilan peratus), cuti separuh gaji (5%) dan lain-lain (21%).

Laporan itu berkata, kementerian-kementerian terbabit telah membuat tindakan bagi emolumen terlebih bayar dengan mengeluarkan surat kutipan balik emolumen dan pegawai yang terlibat telah menjelaskan bayaran yang terlebih bayar.

“Manakala bagi emolumen terkurang bayar tindakan yang diambil oleh Pusat Pembayar gaji dengan membayar balik emolumen kepada pegawai berkenaan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 14-10-2019 06:16 PM

Ini masalah pentadbiran.. Tp lihat. Akhirnya kerajaan dpt kesan gk.. See... Siapa ckp senang Taib celok duit kerajaan tanpa sebarang bukti
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 09:55 AM | Show all posts
kdg2 pentadbir cuti/buku rekod perkhidmatan ni yang malas buat kerja....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.560186 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list