CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1589|Reply: 9

[Tempatan] Sarawak cuma tuntut hak tapi LGE cop rakyat Sarawak pengemis

  [Copy link]
Post time 14-10-2019 08:02 PM | Show all posts |Read mode
Nancy bidas Guan Eng gelar rakyat Sarawak pengemis
14 October 2019


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen dari Sarawak dilihat berang dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang didakwa telah menghina rakyat negeri itu sebagai pengemis yang tamak.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri yang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Bajet 2020 di Dewan Rakyat berkata, Guan Eng dilihat beberapa kali sudah berbuat demikian terhadap rakyat Sarawak.

“Kami di Sarawak bukan bersikap ‘hard to please’ kerana Sarawak dan Sabah menerima hampir separuh peruntukan pembangunan yang dijanjikan dalam manifesto PH, kita tahu dan sedar di mana hak kita yang perlu dituntut, jumlah peruntukkan RM9.6 bilion atau 17.1 peratus daripada keseluruhan pembangunan 2020,daripada jumlah tersebut Sarawak dan Sabah masing-masing hanya mendapat RM4.4 bilion dan RM5.2 bilion.

“Adakah wajar rakyat Sarawak harus dihina sedemikian rupa, saya sedia maklum bahawa menteri memang tiada sedikit timbang rasa kepada GPS tapi adakah sanggup menteri hina rakyat Sarawak dengan belanjawan mungkir janji seperti ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Nancy juga menyifatkan sikap Setiausaha Agung DAP itu berbeza dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum PRU-14 kepada rakyat Sarawak.

“Saya tidak perlu ulang sila tengok video, menteri tahu apa dia nyatakan,” katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga turut mempersoalkan tindakan Guan Eng yang disifatkan tidak tetap pendirian.

“Awal tahun ini menteri cuba menempelak Sarawak dengan berkata rizab Sarawak banyak, jadi mengapa negeri tidak guna bayar hutang, enam bulan kemudian tukar kenyataan apabila secara terang kata Sarawak akan bangkrap, yang mana betul, yang mana bohong?” soalnya.

Ia kemudiannya menimbulkan kekecohan apabila Ahli Parlimen Batu Kawan daripada DAP, Kasthuri Patto yang kemudian bangkit mencelah dengan meminta Nancy mendedahkan nama akhbar yang membuat laporan tersebut jika sebaliknya ia perlu ditarik balik kerana menghina dewan.

“Mana sumber mengenai menteri kewangan kata rakyat Sarawak mengemis,” katanya.

Nancy kemudian memaklumkan ia dilaporkan akhbar di Sarawak dan meminta Kasthuri mencarinya sendiri.

“Apakah maksud ‘begging and beggar’ kalau di terjemah kepada bahasa Malaysia,saya tidak mahu layan (Kasthuri), saya orang Sarawak saya lebih tahu rohnya ada di sini,” kata Nancy lagi.

Situasi itu ditenangkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja nak bg Sarawak berangin... LGE hamjad
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 08:33 PM | Show all posts
Hak diaorg, bagi je la...
why nak persoalkan mcm mcm.
Nobita ni pun satu sengal
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 14-10-2019 08:33 PM
Saja nak bg Sarawak berangin... LGE hamjad

kurg ajo gilos...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 14-10-2019 08:37 PM
kurg ajo gilos...

Ni teori aku la.. Aku kan suka bersangka buruk.

dap tau depa tak boleh menang PRU15 jadi depa berusaha buat bg Sarawak kepanasan dan keluar dari Malaysia.. Bila sarawak keluar.. Peluang depa nak menang adalah tinggi.

Sebab tu aku berpendapat, kita bumiputera semenanjung WAJIB menyokong perjuangan Sarawak utk dapatkan hak2 yg dijanjikan masa MA63. Kita, bumiputera semenanjung terhutang budi pada bumiputera Sabah Sarawak.. Ingat masa kita hampir menjadi minoriti, bumiputera Sabah dan sarawak hulur tangan membantu mengukuhkan balik kedudukan kita sebagai bangsa dominant di Semenanjung.

Jadi atas semangat persaudaraan.. Kita wajib sokong perjuangan MA63 oleh sarawak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
@cmf_shalom sila bagi sepatah 2 kata kenapa kami kena sokong perjuangan MA63 Sarawak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-10-2019 10:24 PM | Show all posts
jgn risau
esok lusa Cina DAP buat la lakonan mohon maaf
wait n see
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurang asam menhen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2019 12:46 PM | Show all posts
sarah82 replied at 14-10-2019 08:52 PM
@cmf_shalom sila bagi sepatah 2 kata kenapa kami kena sokong perjuangan MA63 Sarawak..

Pada aku la, MA63 kena dihormati bukan semata-mata untuk membalas budi, yang bumiputra Sabah/Sarawak pernah membantu melayu malaya ketika melayu malaya hampir menjadi minoriti or sama dengan kaum cina. Bukan semua umat malaya jenis mengenang budi. Minta maaf, kena cakap terus terang.  Tengok la pemimpin Malaya, baik BN ke PH...sama sahaja.
Tapi, Malaya kena mematuhi MA63 sebab implikasi perundangan kepada Malaya sekiranya Sabah/Sarawak tidak puas hati dan keluar dari Malaysia kelak.

Implikasi tersebut mungkin tidak terjadi pada zaman kita, tapi ia akan terjadi zaman anak cucu kita nanti.

Mcm yg aku cakap, nenek moyang kami, dan kami mungkin baik dan lembut hati-tapi kami tidak boleh menjamin anak cucu kami kelak adalah sebaik kami
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 15-10-2019 12:46 PM
Pada aku la, MA63 kena dihormati bukan semata-mata untuk membalas budi, yang bumiputra Sabah/Saraw ...

Aku faham maksud ang Shalom.. Sbb tu aku suruh ang bagi sepatah 2 kata kenapa kami bumiputera semenanjung perlu menyokong perjuangan Sabah Sarawak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.228191 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list