CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13267|Reply: 226

[Tempatan] Parents persoal menu makan malam MRSM. Spageti, mi goreng, mi rebus gantikan na

[Copy link]
Post time 14-10-2019 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Wajarkah spageti, mi goreng, mi rebus menu makan malam di MRSM?
14 Oktober 2019


SHAH ALAM - Wajarkah spageti, mi goreng dan mi rebus menjadi antara menu utama disediakan kepada pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi menggantikan nasi sebagai menu makan malam? Itu persoalan seorang bapa pelajar di sebuah MRSM di negeri ini mengenai perubahan menu makan malam yang dikatakan telah dilaksanakan di MRSM seluruh negara bermula sejak lebih sebulan lalu.

Perubahan menu makan malam itu bukan sahaja disifatkan sebagai tidak wajar tetapi turut memberikan kesan terhadap pembelajaran anak-anak kerana didakwa tidak mendapat khasiat yang cukup.

Bapa pelajar yang enggan mendedahkan identitinya itu mendakwa, sebelum perubahan itu dibuat, pelajar MRSM disediakan nasi berlauk sebagai menu makan malam pada setiap malam, tujuh kali seminggu.

Namun dakwanya, menu makan malam itu telah diubah kepada empat kali nasi dan tiga hari ‘noodles’. Noodles yang dimaksudkan adalah laksa, mi goreng, bihun, laksa dan yang seangkatan dengannya.

Lebih mengecewakannya apabila hidangan 'noodles' yang sepatutnya disajikan sebagai menu petang atau menu waktu bersantai itu disediakan awal iaitu pada jam 6.30 petang hingga 7 malam.

"Jadi bayangkanlah kalau kita pun makan (jam) 6.45 (petang) makan laksa, jadi lepas 'prep' laparlah. Lepas 'prep' dia bagi 'supper'. Contoh 'supper' dia beri roti cicah bubur kacang, kadang kadang roti bakar.

"Menu disediakan ini tak sepatutnya dan menu ini (telah) disediakan sejak bulan Julai sehingga sekarang," dakwanya dan telah membuat pengaduan mengenai perkara kepada pihak berkaitan.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pembangunan Modal Insan Badan Permuafakatan Pendidikan Mara Malaysia (Maufakat), Datuk Ahmad Shamsuddin Ramli mengesahkan pihaknya menerima aduan.

Katanya, Maufakat juga bersetuju sekiranya menu asal dapat diteruskan namun keputusan itu bukan terletak di tangan Maufakat sebaliknya keputusan pihak pengurusan Mara dan pembekal makanan.

"Baru-baru ini kita telah mengadakan mesyuarat dengan pihak maktab dan secara keseluruhannya pihak maktab telah memberi senarai makanan baru kepada pihak pembekal dan pembekal pun bersetuju.

"Namun (penukaran menu) ini perlu dirujuk kepada Unit Perolehan Mara. Maknanya Mara yang kena keluarkan dahulu senarai menu baru (telah dipersetujui) ini kepada pembekal makanan terbabit.

"Jadi buat masa ini pembekal tidak boleh menukar menu semasa ini kerana mereka perlu mengikut kontrak yang telah dipersetujui sebelum ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa tak wajarnya pula? Ngko ingat kandungan kalori nasik berlauk dan mi rebus tu tak hampir nak sama?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Hapa makanan berkhasiat ngko nak anak ko makan sebagau dinner? Nasik putih + opor ayam + gulai nangka masak lemak ikan masin? Gitoh?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 makpak x campurtangan hal menu anak2 kt mrsm....dah cukup syukur makpak anak2 dpt mkn menu yg jrg2 dpt kalau duk rumah....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 14-10-2019 11:17 PM
Apa tak wajarnya pula? Ngko ingat kandungan kalori nasik berlauk dan mi rebus tu tak hampir nak sama ...

Anak dia gems dan kuat mkn kot...jenis mcm ni mmg tak cukup mkn menu mi waktu dinner...mcm anak iol yg sulung la...dinner mesti nasik jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah b40 je masuk mrsm
Xda banyak songeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2019 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 14-10-2019 11:25 PM
Anak dia gems dan kuat mkn kot...jenis mcm ni mmg tak cukup mkn menu mi waktu dinner...mcm anak io ...

But deyol hada supper. Supper asrama zaman sekarang haibat2 yah dah takda menu teh o tawar dengan biskut mayat/kering macam zaman 90an dedolu. Boleh makan masa tu if lapar. Btw, cukop makan je tu sis if kira kalori yang diperlukan badan. Nafsu makan yang buat rasa tak cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe dana dah kurang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lah sub kan org bela anak dia.....kuat komplen pulak ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 14-10-2019 11:27 PM
But deyol hada supper. Supper asrama zaman sekarang haibat2 yah dah takda menu teh o tawar dengan  ...

Elok la anak pengadu dukrumah je...nk makan apa pun pengadu blh sediakn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2019 11:33 PM | Show all posts


Gambar hiasan
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
makan nasi utk makan malam tak ke mengantuk time prep tu?tp iols dulu time prep malam byk borak je unless dekat2 nak exam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah la
Sebab iols.kalau dok asrama.mmg nak.makan nasik...
Cepat lapar...sebab banyaknaktiviti..
Maybe pendapat lain lain kan
Supper asrama.iols.dolu roti je...roti brand intisari bakers..kedekut krim

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengada sgt kaw bela la anak emas ngkaw to sniri kat rumah. Bajet diva pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak wajar ke menu tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah makanan berkhasiat yang pakcik maksudkan?

Kalau nasi berlauk tak berapa tepat lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2019 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasi..mee...sphageti lbh krg je kalori dia.  Tp klu dh dasar mentekedarah byk...mmg x puassss la klu xde nasi.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsm? low classsss
esp mrsm yg keje petronas.........memasing peghak
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
untong ank2 asrama zaman skrg ni..
kita dulu supper biskut...roti..ada lah kuih skit. lauk pon..ikan jaket yg keras blk kat dinding pon tak lut. kuah ala..cair je. kira syukur dah tu ada mkn.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu
dinner tak mkn nasi
dan elok la mkn awal 6.30 - 7.30 mcm tu
sepatutnya supper pun tak perlu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.093131 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list