CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3161|Reply: 43

[Tempatan] Jawatan Admin Data Entry. Tak ada cuti hadir pengebumian, tak boleh tolong mangs

  [Copy link]
Post time 14-10-2019 11:17 PM | Show all posts |Read mode
Hadir pengebumian, tolong rakan atau ahli keluarga kemalangan tak boleh cuti... ‘syarikat dari neraka’ tawar jawatan kosong dibidas!

INI kerja ke jadi kuli batak? Demikian soal netizen berhubung iklan jawatan kosong di sebuah syarikat yang tular di Twitter.

Menerusi paparan skrin yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter @qalamchikey, syarikat tersebut menawarkan jawatan Admin Data Entry dengan gaji RM1,100 sehingga RM1,300 sebulan.

Apa yang diperdebatkan netizen tentunya terma dan syarat yang ditetapkan syarikat itu untuk pemohon jawatan berkenaan.


"Sebelum membuat permohonan, sila baca. (Calon yang serius sahaja)," tulis iklan berkenaan.

Antara syarat yang dinyatakan dalam iklan tersebut ialah sikap yang sempurna, tidak boleh cuti sesuka hati, pengetahuan asas komputer, cepat belajar dan tiada tuntutan cuti sakit (MC).

Malah, rekod kedatangan yang tidak bagus akan dimasukkan dalam laman cari kerja Malaysia, termasuklah menyenaraihitamkan nombor kad pengenalan.

    Gaji bagi sikit macam tu nak pekerja macam hamba abdi.
    NETIZEN

Namun, dua lagi syarat yang dinyatakan ternyata mengundang kemarahan netizen yang mana ia disifatkan cukup melampau.

Menurut iklan itu, pekerja tidak dibenarkan mengambil cuti untuk menghadiri pengebumian.

Malah, pekerja juga tidak boleh mengambil cuti untuk membantu rakan atau keluarga jika mereka terlibat dalam kemalangan.


Paparan skrin posting itu sehingga kini menerima lebih 3,000 ulang kicau (Retweet).

Paparan skrin iklan jawatan kosong yang tular di Twitter.

Rata-rata komen netizen turut mengecam syarikat tersebut yang disifatkan kejam dan tidak mempunyai belas ihsan ke atas pekerja.

"Syarikat jenis apa yang halang pekerja hadiri pengebumian?

"Gaji RM1,100 hingga RM1,300 tapi nak orang kerja macam hamba tebusan?

Posting berkenaan di laman Twitter turut dihujani ratusan komen netizen.

"Well, kira OK la tu kan at least dia awal-awal dah bagitau. Berbanding iklan job bagitau lain, masa dah kerja jadi lain. Tak ke naya tu?

"Gaji bagi sikit macam tu nak pekerja macam hamba abdi.

"Ini yang kita panggil syarikat dari neraka," tulis beberapa netizen.

Syarikat yang mengiklankan jawatan tersebut terletak di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawatan ni sesuai utk robot...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawatan yg perfect utk gelandangan yg hidup sebatang kara, xde family n kawan.. Sila apply
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru iklan dh ada ugutan
Kira sapa apply mmg sahut cabaran lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2019 11:36 PM | Show all posts
aku dh google
owner company ni sebangsa dgn yg protes placard konvo UM semlm
elok la dia apply
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 14-10-2019 11:29 PM
Jawatan yg perfect utk gelandangan yg hidup sebatang kara, xde family n kawan.. Sila apply

Knp gelandangan tanak kerja kannn.....rasanya byk je keeja yg dorang blh buat....cuci pinggan mangkuk ke....tukang kebun ke...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2019 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Attendance no good

Betul ke English macam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawatan ni hanya sesuai utk ungka dihutan..sekian...klu bkn spesies ungka sila jgn mohon..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2019 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
cikja replied at 14-10-2019 11:59 PM
Jawatan ni hanya sesuai utk ungka dihutan..sekian...klu bkn spesies ungka sila jgn mohon..

Hahahahahaha aduiiii komen sorang2 dlm ni buat tergelak
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 14-10-2019 11:38 PM
Attendance no good

Betul ke English macam ni?

Betul la klu boss tu spesies ungka... lain spesies lain Englishnya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 14-10-2019 11:38 PM
Attendance no good

Betul ke English macam ni?

Dah bleh bau bangsa dia dari iklan tu kuikuikui
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaji seciput
Syarat mcm sial je
Hahhahaha
Mmg nak cari melayu je kot
Sbb tak tulis must fluent mandarin kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi iklan i slalu nmpk kat fb
Mak2 cari maid melayu utk jaga anak dan masak2 kemas2 rumah
Tawarkan gaji seciput
Keje mau 12jam
Cam tahik je

Bila ada komen jujur leh sentap plak

Hahaha

Sapa je bodo nk jd kuli batak dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 15-10-2019 12:37 AM
Atata replied at 15-10-2019 12:19 AM
Dah bleh bau bangsa dia dari iklan tu kuikuikui


Chuxi bu hao.

Direct translate dari mandarin
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:57 AM | Show all posts
scammer ke hapa nih? english hauk yahamat. cemana kau prepare letters documents reports semua bagai? dah tu jadah hapa malaysia job web tuh? boleh pulak kau key in blacklist2 ic pulak nih?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon company tu bangkrap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2019 06:45 AM | Show all posts
Kerja ni mmg sesuai tuk org yang takde kehidupan lain.
tapi bagitau awal ni jenis company yang akan perah tenaga ko cukup2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Company cina la khuennn? English hauk, bm hauk.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Syarat tahan maki tak buh ka majikan






Tetiba teringat citer do re mi
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik takde alamat..kalau tak aku dah simbah cat merah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.066932 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list