CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1260|Reply: 15

[Tempatan] Pengguna kembali guna teksi

[Copy link]
Post time 15-10-2019 07:13 AM | Show all posts |Read mode
Bos teksi dakwa penumpang meningkat selepas peraturan lesen PSV dikuat kuasa
October 15, 2019 6:42 AM


PETALING JAYA: Pengasas dan penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Shamsubahrin Ismail mendakwa berlaku peningkatan dalam permintaan perkhidmatan teksi selepas tindakan diambil terhadap pemandu e-panggilan yang gagal memperoleh lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

Beliau berkata, perubahan sambutan pengguna itu dapat dilihat dalam permintaan terhadap perkhidmatan teksi di Kuala Lumpur.

“Bukan sahaja di KL Sentral, malah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).

“Dulu pernah jatuh di KLCC, tetapi sekarang boleh dapat 500 hingga 800 trip sehari. Itu di KLCC sahaja, tempat lain tak masuk,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini dilaporkan, hanya 41% pemandu Grab mempunyai lesen PSV manakala 24% lagi masih dalam status menunggu.

Pada 9 Okt, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, tindakan penguatkuasaan terhadap pemandu e-panggilan yang gagal memiliki lesen PSV bermula 12 Okt ini tidak akan ditangguhkan.

Loke menambah pemeriksaan ke atas kenderaan akan dibuat secara ansur-ansur.

Dalam pada itu Shamsubahrin berkata, peningkatan bukan sahaja melibatkan permintaan pengguna, tetapi juga dalam permohonan daripada pemandu e-panggilan untuk menyertai syarikat teksinya.

“Lebih kurang 30 hingga 80 pendaftaran (pemandu e-panggilan) yang diterima setiap hari bermula sebelum 12 Okt dan masih berterusan hingga kini.

“Mereka mula buka mata dan percaya bahawa mengambil penumpang dengan harga yang terlalu rendah tidak dapat menjamin kedudukan kewangan untuk menyelengara dan menanggung kos operasi sebagai pemandu e-panggilan,” katanya.

Shamsubahrin berkata, penumpang lebih gemar menggunakan perkhidmatan teksi dengan menggunakan kiraan harga tambang bermeter.

Sementara itu Yang Dipertua Gabungan Teksi Malaysia, Kamarudin Mohd Hussain berkata, peningkatan jumlah penumpang yang dialami hanyalah antara lima hingga 10%.

Mengenai permohonan untuk menyertai perkhidmatan teksi pula tidak sampai lima peratus.

Kamarudin bagaimanapun masih tidak yakin perkhidmatan teksi akan kembali mendapat sambutan.

“Ini memandangkan info yang kami terima daripada ‘mata-mata’ (pemandu) kami di seluruh negara. Terdapat ramai pemandu e-panggilan yang masih beroperasi walaupun mereka masih tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan seperti pemeriksaan Puspakom,” katanya.

Kamarudin mendakwa masih ada kenderaan e-panggilan yang menggunakan kenderaan berusia lebih tiga tahun dan tidak mempunyai pelekat Puspakom dengan menggunakan aplikasi Grab.

“Keadaan ini membuktikan bahawa Grab masih membenarkan pemandu kenderaan yang tidak sah terus beroperasi menggunakan aplikasi mereka,” katanya.

Kamarudin juga kecewa dengan kenyataan Loke bahawa tiada penguatkuasaan secara besar-besaran akan dilakukan terhadap kenderaan e-panggilan.

“Ini satu kenyataan yang benar-benar membuktikan beliau membuat pusingan U secara senyap.

“Sepatutnya beliau tidak lagi berkompromi terhadap pemandu yang tidak mematuhi peraturan.

“Semua kenderaan yang tidak memathui peraturan harus dihentikan tepat pada jam 12 tengah malam 12 Okt tetapi apa yang belaku adalah sebaliknya,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2019 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg pemandu teksi install je lah grab sekali
Mudah je kan hidup ini
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
aku guna teksi kdg2 sbb lbh murah dr grab, check grab rm11, tahan teksi, dia caj rm5.70 je... jimat...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 08:06 AM | Show all posts
Maka akan kukuh kembali kepercayaan pemandu teksi terhadap ________ (isi tempat kosong).
Sebelum ni kan meroyan kaw kaw.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 08:12 AM | Show all posts
dalam grab apps pun ada myteksi kan
boleh guna, dia ada bagi est. tambang
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 08:14 AM | Show all posts
Blue Cab ni OK service mereka, taxi baru and most of their drivers are professiona, pernah dapat dua kali drivers blue cab yang pernah kerja corporate tapi opted for vss . Sekarang tak pasti if they still maintain the same good services
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-10-2019 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
lonely_classic replied at 15-10-2019 08:14 AM
Blue Cab ni OK service mereka, taxi baru and most of their drivers are professiona, pernah dapat dua ...

Boleh booking guna apps ke Blue Cab ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 10:29 AM | Show all posts
iols pun guna taxi gak bila waktu blk...murah dr grab..sekian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2019 10:43 AM | Show all posts
jarang guna grab ... sebb mahal .... lagi2 waktu puncak ....
kadang xde driver pun accept order sbb xnak harung jam

kalau teksi flat rate walau waktu puncak

cuma still teksi kena ada medium (APPLICATION) untuk pantau or rate pekerja2 teksi ni
kadang ada yang x guna meter .... kadang suka menipu warga asing ...

orang suka guna grab ni sebb mudah .... pastu dah tau berapa banyak diorang kena bayar ... and of course security ..... and boleh bebel kalau pemandu hauk

salah satu sebb aku suka naik teksi
sebb pemandu ramai yang dah berumur ... seronok sembang dengan diorang
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
klau teksi tu dr awal jujur guna meter mmgvtak jd hal.. sbb dulu korg kaki paww

tp grab jd mahal skrg... and susah nak dpt grab dah...

maybe kena tunggu skit masa lg jumlah driver grab ade mcm biasa... skrg mmg kurg
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 15-10-2019 09:16 AM
Boleh booking guna apps ke Blue Cab ni?

Tak pasti sekarang, dulu dulu call direct je.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 11:53 AM | Show all posts
Pengguna dan makin pandai memilih dah guna kuasa pengguna sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:27 PM | Show all posts
geng teksi ni kena btl2 jujur laaa, jgn paww pengguna sesuka hati...meter tak nak guna, pas tu caj melampau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2019 12:29 PM | Show all posts
kalau kita ni hari2 ke tempat sama better guna teksi
boleh nego bayaran bulanan
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:44 PM | Show all posts
betul lah kalau teksi ni dr dl ok tak letak harga ikut suka
mmg lah ok sgt.kalau dah 1 tmpt tu dah deal sama2 harga
cekik darah tepaksa lah beralih arah..sll yg tua2 ni oklah meter
on suka sembang2
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 01:56 PM | Show all posts
damian_lee replied at 15-10-2019 10:43 AM
jarang guna grab ... sebb mahal .... lagi2 waktu puncak ....
kadang xde driver pun accept order sbb ...

ye btl tu
sebb pemandu ramai yang dah berumur ... seronok sembang dengan diorang



yg bwk grab kebanyakannya aku kena skg ni takde adab, bckap sombong, kategori yg mcm ni org muda. kalau yg berusia sikit tu alhamdulillah Ok. eh rse mls dh guna grab. biadap!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.463503 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list