CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 780|Reply: 14

[Tempatan] Rakyat mahu SOSMA dikekalkan. PH dalam dilema nak ikut rakyat atau telunjuk DAP

[Copy link]
Post time 15-10-2019 07:14 AM | Show all posts |Read mode
Ancaman pengganas: Rakyat mahu SOSMA dikekalkan
15 Oktober 2019


SHAH ALAM - Rakyat Malaysia menuntut supaya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dikekalkan ketika negara menerima ancaman kumpulan pengganas global seperti kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan militan Daesh.

Menerusi undian di portal Sinar Harian, seramai 19,500 pelayar Facebook telah membuat undian.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 97 peratus mengundi supaya akta itu dikekalkan dan tiga peratus lagi meminta ia dihapuskan setakat jam 6 petang semalam.
Bagi pengguna Facebook, Shahrimin Harun berkata, "kami rakyat Malaysia yang tidak terlibat dengan keganasan menyokong akta-akta yang menjamin keselamatan dan keamanan."

Menurut Uda General pula berkata, mengapa perlu takut dengan SOSMA sekiranya tidak melakukan kesalahan atau jenayah.

    "Kekalkan SOSMA, tidak ada kewajaran langsung untuk dibubarkan. Kalau tidak buat salah bertenang sahaja," tulisnya.

"Mereka yang buat salah sahaja minta untuk dihapuskan akta ini," katanya.

Mohd Fareez Rahim meminta supaya semua pihak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan anasir keganasan daripada luar tidak wajar masuk ke negara ini.

"Anda lahir di Malaysia dan kamu adalah anak Malaysia. Mengapa nak jadi pengganas yang berpangkalan di luar negara?" soalnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2019 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau ikut sgt telunjuk dap nak mansuh hukuman mati dan sosma ni mmg tak aman negara dibuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 07:34 AM | Show all posts
kekalkan untuk tujuan keselamatan, bukannya untuk musuh politik..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah kalangan depa pun sokong apa nak diharapkan
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
#sosmastay
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
dah nape dap nak panas bontot sgt. ko x buat salah dok diam je la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2019 08:05 AM | Show all posts
suka hati jerk nk mansuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 08:10 AM | Show all posts
Jika tak buat salah buat nak risau?
Dok diam dah lah...
Ni belum apa, dah meroyan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2019 08:34 AM | Show all posts
3 peratus lagi tu kicap jalen ke cap kipas udang?

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape yg buat salah dia yg panas bontot...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
PH akan lenyap next PRU.jadi semua gerakan putih atau hitam kene buat sekarang. polis perlu bertindak ... geng ni dah dpt kuasa, mula la on gerakan2 utk kaum diorg..menyelinap dlm politik. tindakan keras and pantas perlu by polis.. jgn bagi muka..tgk la dah dpt kuasa politik apa jadi sekarang?..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
PH akan lenyap next PRU.jadi semua gerakan putih atau hitam kene buat sekarang. polis perlu bertindak ... geng ni dah dpt kuasa, mula la on gerakan2 utk kaum diorg..menyelinap dlm politik. tindakan keras and pantas perlu by polis.. jgn bagi muka..tgk la dah dpt kuasa politik apa jadi sekarang?..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
PH akan lenyap next PRU.jadi semua gerakan putih atau hitam kene buat sekarang. polis perlu bertindak ... geng ni dah dpt kuasa, mula la on gerakan2 utk kaum diorg..menyelinap dlm politik. tindakan keras and pantas perlu by polis.. jgn bagi muka..tgk la dah dpt kuasa politik apa jadi sekarang?..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 09:01 AM | Show all posts
kalau nk ikut dap, semua undang2 yg menyekat kebebasan dia x nak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
PAS kutuk penangkapan SOSMA, mahu 10 tahanan dibicarakan

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk pengunaan Akta SOSMA terhadap 10 orang suspek pengganas termasuk beberapa pelajar asing dari luar negara. Salah seorang yang ditahan juga adalah rakyat tempatan.

PAS bertegas menolak penggunaan Akta SOSMA dan mahu 10 tahanan ini dibicarakan dimahkamah terbuka, kata Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad.

Media hari ini menyiarkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein yang memberitahu, kerajaan menahan 10 dibawah SOSMA. Sembilan darinya rakyat asing manakala seorang warga tempatan. Kesmuanya didakwa terlibat dalam kegiatan keganasan. Namun, beliau tidak mendedahkan identiti mereka.

Bagi Idris, keengganan Menteri Keselamatan Dalam Negeri mendedahkan nama 10 suspek berkenaan menimbul kecurigaan kepada rakyat.

Sewajarnya identiti mereka didedahkan bagi menunjukan pihak Kerajaan benar-benar membuat tangkapan dan membuat siasatan penuh ke atas mereka, katanya.

Bagi Idris, penahanan dibawah Akta SOSMA tidak memberikan apa-apa jawapan kepada rakyat, kerana kita tidak tahu sama ada mereka benar-benar bersalah atau sengaja dikambing hitamkan demi untuk menunjukan Menteri keselamatan Dalam Negeri menjadi hero dalam membantu Amerika yang kini giat memburu Pengganas antarabangsa.

Malaysia sebelum ini terkenal sebagai negara transit kepada pendatang tanpa izin, transit kepada aktiviti pengedaran dadah, transit kepada aktiviti pelacuran, transit kepada aktiviti penjualan bayi, transit kepada pengubahan wang haram, transit kepada aktiviti cetak rompak dan negara transit kepada pengganas.
Tetapi itu semua tidak bermakna Kerajaan boleh menangkap orang sesukahati tanpa membuktikan mereka bersalah dimahkamah, katanya.

Menurut beliau, adalah satu kezaliman jika orang yang dituduh itu tidak bersalah tetapi ditahan dibawah akta SOSMA dan terpaksa melalui musim-musim penderaan yang mengerikan untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 2 tahun di Kamunting atau di Kluang.

"PAS yakin, dengan tindakan terbaru ini jelas rakyat sudah melihat bukti bahawa Malaysia adalah negara Polis, dan Menteri yang juga ahli Politik Barisan Nasional bebas menahan sesiapa sahaja tanpa perlu membuktikan kesalahan mereka.

"Maka, tidak mustahil juga akta ini akan digunakan suatu hari nanti kepada pemimpin-pemimpin Politik atau rakyat yang tidak bersetuju dengan parti Menteri tanpa perlu dibuktikan kesalahan mereka," katanya.

Ops Lalang dan penangkapan pemimpin Reformasi membuktikan perkara berkenaan. Sehingga kini, katanya, mangsa yang telah bebas tidak tahu apakah kesalahan mereka hingga terpaksa merengkok dalam penjara dan disiksa.

Pihak Polis juga hingga kini gagal membuktikan kesalahan mereka dan jelas segala pertuduhan yang dibuat semasa penahanan adalah fitnah.

Sehubungan itu, PAS mendesak Kerajaan mendakwa 10 tahan ini bersama tahanan-tahanan sedia ada dimahkamah dan mansuhkan akta SOSMA.

sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24557:pas-kutuk-penangkapan-isa-mahu-10-tahanan-dibicarakan-&catid=1:utama&Itemid=50

Artikel asal berkaitan ISA, cuma diubah kpd SOSMA.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.161924 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list