Minat yang begitu mendalam dalam teknik kesan khas yang selalu dihasilkan dalam filem ini, mendorong Mohamad Sofian atau Sofyank96 mendalami sendiri bidang ini dan berkongsi hasilnya menerusi media sosial beliau.
Sofian sememangnya antara artis visual tempatan yang bijak memanipulasikan video sehingga otai seperti Zach King sendiri 'salute' dengan skil Sofian.
Kredit foto: Instagram Sofyank96 semasa pertemuan pertama mereka di Indonesia
Ini kerana Sofian dapat menghasilkan kembali kandungan video yang hampir sama dengan video-video Zach sebelum ini.
Ekoran itu, mereka telah mengadakan pertemuan semasa Zach menghadiri sesi bertemu peminatnya di Indonesia.
Zach kemudiannya mendedikasikan video pertemuan itu sebagai ‘Magic Of The Month’ untuk bulan Julai kepada Sofian.
Terus ke minit 2:15 untuk menonton.
Terbaru beliau telah dijemput UIP Malaysia,Paramount serta Era.je untuk ke Budapest dalam menghasilkan video promosi bagi filem terbaru Will Smith iaitu Gemini Man.
Sofian turut berkongsi pengalaman beliau sepanjang berada di Budapest serta dibalik tabir video bersama Will Smith.
Kemahiran dan kemampuan Sofian nampaknya semakin berkembang hebat. Semoga ia mampu menjadi batu loncatan buat artis visual negara kita mendapat perhatian daripada pihak luar.
Tahniah Sofian. Terus hasilkan video hebat untuk semua! - CARI
aah...memang dia belajar sendiri video editing nih..
zaman dah berubah..special effect memang mampu buat satu-satu filem tu lagi gempak.filem malaysia pun harus ada juga untuk tarik peminat
Post time 15-10-2019 06:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
RatuDunia94 replied at 15-10-2019 05:48 PM
Mohon heols sambung belajar scr proper dlm bidang cgi ni.. ada masa depan cerah.. boleh memyumbang d ...
Melayu buat drama cinta cintu 24 jam boleh la, entah bila kerja Nye cintun je dlm drama diorg....kalau nak buat drama n movie berkualiti adik NI kena Cari job Kat luar negara.