CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8264|Reply: 67

[Tempatan] Tajuk Debat : Islam Tidak Menghalang Homoseksual - KPM Digesa Ambil Tindakan Pen

   Close [Copy link]
Post time 15-10-2019 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
MOHD HAFIZ ISMAIL | | 15 Oktober 2019

SHAH ALAM - Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap penganjur Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 dengan kadar segera sebagai satu bentuk pengajaran kerana tidak menjaga sensitiviti beragama di Malaysia.

Beliau turut meminta supaya pihak berkuasa agama dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji sama ada wujud perlakuan jenayah syariah dan sivil.

"Saya sangat kesal dengan pemilihan tajuk tajuk debat ini yg langsung tidak memberi sebarang pertimbangan menjaga sensitiviti beragama di Malaysia apatah lagu dianjurkan oleh orang Islam sendiri dan disertai juga oleh orang Islam.

"Saya mendesak Menteri Pendidikan mengambil tindakan kepada penganjur walaupun mereka telah memohon maaf kerana kini sudah menjadi corak merobek sensitiviti agama Islam dan kemudian minta maaf," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zainul Rijal, tajuk yang diberikan penganjur boleh menjejaskan akidah apabila suatu pihak terpaksa menyokong atau menentang tajuk itu.

"Ia bukan perkara yang boleh dibuat main-main, difikir secara secara hipotetikal ataupun sengaja berbahas semata mencari kemenangan walaupun ia batil.

Sementara itu menerusi tangkap layar grup WhatsApp bernama IbuBapa F5 SMAPK 2017 memaparkan perbualan berkaitan isu tersebut.

"Semalam telah berlangsung Debat Piala Tun Razak. Debat ini menggunakan tajuk homoseksual (topik dua dan tiga). Tajuk debat ini mengatakan bahawa Islam tidak menghalang homoseksual.

"Hal ini tidak sepatutnya berlaku dalam debat bagi pelajar sekolah. Dalam situasi ini seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang telah dipaksa menyokong tajuk tersebut.

"Seorang pelajar beragama Islam terpaksa mendokong tajuk menulis semula al-Quran. Apa logik di sini?" soalnya.

Menerusi tangkap layar itu juga, ia turut mendakwa perkara itu sebagai satu bentuk penindasan dalam kebebasan beragama.

"Ajaran liberalisme melampau telah meracuni sistem pendidikan kita. Anak kita tidak sepatutnya dipaksa mendokong topik seperti ini.

"Pasukan debat SMAPK tarik diri dalam pertandingan itu apabila kena tajuk ini," katanya.

Menerusi ruang sembang aplikasi itu juga, perkara berkenaan telah dipanjangkan kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melalui Setiausaha Politik dan Pegawai Khasnya.

"Kita serah kepada pihak bertanggungjawab. Mereka ada kuasa dan kapasiti," katanya.

Sementara itu juri bagi pertandingan tersebut melalui satu kenyataan berkata, meminta maaf kepada pihak terlibat terhadap apa yang berlaku.


"Kami dan jawatankuasa Piala Tun Razak 2019 akan mengambil perkara ini sebagai pengajaran bagi memastikan pada pertandingan akan datang ia tidak berulang," katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2019 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesej tular

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 02:35 PM | Show all posts
semoga sesape yg berkaitan dlm meluluskan tajuk debate ini mndapat balasan yg setimpal atas niat yg disengajakan...tajuk mcm ni xsepatutnye TER...ni mmg obvious sengaja...dh la dua2 adjudicator islam...dgr kata org2 ct kasim..sian mak bapak ko dik lupa nk bunuh ko masa kelahiran ko dulu
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 02:57 PM | Show all posts
zaziot replied at 15-10-2019 02:35 PM
semoga sesape yg berkaitan dlm meluluskan tajuk debate ini mndapat balasan yg setimpal atas niat yg  ...

Bila tangan2 gelap dah mula mencucuk di sana sini.
Hati2 lah. Diaorg takkan berenti smpi motif tercapai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2019 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekiranya benar sebagaimana yang dilaporkan, maka adalah suatu malapetaka besar kepada pelajar Muslim kita yang cuba dipengaruhi agenda Liberal.Sikap cuba menghalalkan apa yang diharamkan.

Islam tidak pernah menghalang untuk terlibat dalam program debat, namun kali ini ternyata debat tersebut dijadikan alat untuk memperendah-rendahkan Islam. Apatah lagi memaksa para pelajar Muslim untuk mempertahankan tajuk yang sedia batil.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2019 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaubagaimanapun, syabas kepada pelajar pelajar SMAPK yang tidak menyahut tajuk pihak penganjur atas sensitiviti akidah, kerana sememangnya anda adalah pemenang yang sebenar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2019 03:11 PM | Show all posts
tajuk debat ni terang2 pertikaikan hukum , igt leh main2 ke wat tajuk gini?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 03:11 PM | Show all posts
zaziot replied at 15-10-2019 02:35 PM
semoga sesape yg berkaitan dlm meluluskan tajuk debate ini mndapat balasan yg setimpal atas niat yg  ...

typo kah..islam tidak menghalalkan homoseksual....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2019 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ni satu lg berita tahap loya nak muntah. dah tak waras ke apa ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 03:36 PM | Show all posts
siti kassim ni dh la muka hudoh..perang pun mcm babi...moga bertaubat dgn kadar segera
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Astagfirullahalazimm....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 04:19 PM | Show all posts
ya allah nasib baik budak2 debater tu jenis berakal, bukan jenis asal menang je.. alhamdulillah..
tahniah pelajar2 tu.. anyway, celaka betul siapa yg buat tajuk tu.. bukan setakat liberalisasi je, dia libatkan quran sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 04:22 PM | Show all posts
Edited by Themilo at 15-10-2019 08:24 AM

allahuakbar..

"Seorang pelajar beragama Islam terpaksa mendokong tajuk menulis semula al-Quran. Apa logik di sini?" soalnya."

sampai mukjizat pun nak dipersendakan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 04:48 PM | Show all posts
Edited by TOPwind at 15-10-2019 04:49 PM

Nama pun debat

budak tu kurang Arif dan paradikmanya low.

dah diberi tajuk arguelah.

contoh  Tajuk: Keling adalah Orang Putih?

Debatlah dgn tajuk tu.

Pusing sana pusing sisni dan dikhirnya

kata kan bhw faktanya keling bukan orang putih tapi orang Pariah

faham tak?
Contoh lain DSAI adalah PM?

nah debat lah







Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk2 berkenaan tidak perlu didebatkan.. full.stop!
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak lagi kot tajuk lain yg boleh bawa student berpikir di luar kotak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2019 05:11 PM | Show all posts
abam jib ada orang dah busukkan nama piala ayah ko


Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 05:29 PM | Show all posts
sempena Malaysia Baru ni, jarum2 halus dah masuk serata arah.
sampai acara debat pun dia dah masuk.
baik siasat siapa dalang dalam committee penganjur tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa tangan ghaib
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 05:39 PM | Show all posts
siapa yg pilih tajuk? xde panel ke? ke x pikir? ikut sedap je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.073920 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list