|
Stacy dikecam tak pilih protege senegeri
Rudy Imran Shamsudin
imran@mediaprima.com.my
TIDAK memilih Mary Grace, peserta dari Sabah menyebabkan Ummu Syaikhah Stacy Anam menerima kecaman dan dituduh sudah lupa diri serta tidak mahu membantu bakat dari tanah kelahirannya.
Pada program Mentor Milenia 2019 minggu kedua disiarkan di TV3 Ahad lalu, Mary menjadi antara 20 peserta yang layak untuk dipilih mentor.
Sebaik habis membuat persembahan, Stacy memberikan komen terhadap persembahan dilakukan Mary.
Bagaimanapun, sewaktu untuk memilih peserta tidak ada seorang pun mentor menyalakan lampu sebagai tanda mahu memilih Mary termasuklah Stacy.
Selain Stacy, penyanyi lain yang turut bertindak sebagai mentor, suami kepada Stacy sendiri Akim, Black, Hazama dan Ernie Zakry.
Ditemui di majlis santai bersama Mentor di Kuala Lumpur hari ini sempena Mentor Melenia 2019, Stacy menjelaskan, dia bukan tidak mahu mahu memilih Mary walaupun tidak menafikan jururawat itu mampu menyanyi dengan baik.
“Bagaimanapun sebagai mentor bagi musim ini, saya cuba mencari kelainan dan bakat yang bersesuaian untuk dibentuk.
“Di Sabah, Mary memang sudah dikenali sebagai penyanyi dan dia mempunyai gaya serta lenggok suara tersendiri.
“Saya bimbang kalau Mary berada di bawah saya, dia tidak mampu untuk mengubah cara nyanyiannya jika ia diperlukan,” katanya.
Menurutnya, dalam waktu sama dia mencari peserta atau protege yang mempunyai pakej secara keseluruhan. Bukan saja dari sudut vokal tetapi juga persembahan dan kawalan pentas.
Pada Mentor Melenia 2019, minggu ketiga Ahad ini, penonton setia program realiti itu akan melihat siapakah mentor yang menjadi pilihan peserta. Ia adalah perubahan yang dilakukan pihak produksi untuk musim ini.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Oktober 2019 @ 9:03 PM |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|