CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2796|Reply: 14

Biar Tersalah Ampun, Dari Tersalah Hukum - Guru Berjaya Ubah Pembuli Jadi Murid

[Copy link]
Post time 17-10-2019 12:44 PM | Show all posts |Read mode




Cikgu Korea (CK) ataupun nama sebenar beliau ialah Cikgu Mohd Fadli bin Salleh pernah mendapat Anugerah Inspirasi McDonalds Tahun 2019 ini.


Beliau terkenal kerana sering berkongsi video pengajaran subjek Matematik di Facebook.


Selain itu beliau turut dikenali kerana sumbang baktinya kepada masyarakat setempat terutamanya mereka yang bergelar asnaf, yatim, kurang berkemampuan, kurang upaya dan sebagainya.



Kredit Foto FB Cikgu Fadhli Salleh - Pada  Hari Karnival sekolah , CK belanja murid tersebut kupon RM10 kerana perubahan sikapnya.




Baru-baru ini beliau berkongsi mengenai muridnya seorang yang berbadan besar, jenis pendiam dan serius sahaja mukanya melalui hantaran Facebooknya. Murid itu turut dilihat bersikap baran dan mudah terasa.


Menurut CK lagi murid seperti ini berpotensi menjadi pembuli kelak. Nyata telahan beliau menjadi kenyataan apabila murid yang dalam pemerhatiannya ini  sering kali terlibat dengan pergaduhan yang asalnya bermula dari gurauan kecil.


Gambar Hiasan - Google




Jika sebelum ini CK sering memberi amaran dan hukuman pada murid itu, pada tahun ini CK menggunakan pendekatan berbeza. CK menjadi rapat dengan murid tersebut dan sering memujinya terutamanya apabila murid tersebut membuat kebaikan.


"Bila aku panggil dia ke depan untuk jawab soalan, aku tetap puji walau dia jawab salah. Aku puji keberanian dia untuk tampil. Setiap kali dia tolong apa-apa, aku puji lagi. Dia siapkan kerja rumah (walau meniru kawan), aku puji lagi kesungguhan itu."


Sejak itu berlaku perubahan di mana murid tersebut berubah dan tidak sekasar dulu. Namun, sejak beberapa bulan kemudiannya, murid tersebut didapati telah memukul pelajar lain.


Menggunakan pendekatan yang sama, CK menasihati dan memuji murid tersebut.


"Lengan awak ni besar. Lagi besar dari lengan cikgu. Badan awak ni kuat, mungkin lagi kuat dari cikgu.

Tuhan beri awak tenaga yang kuat, badan yang besar bukan untuk awak buli orang. Sebaliknya awak guna kekuatan awak untuk bantu orang.

Jika ada kawan-kawan kena buli dengan orang lain, awak yang kena pertahankan.

Jika lihat kawan-kawan atau cikgu tengah angkat barang berat, awak patut datang cepat-cepat untuk membantu.

Kalau ada orang kacau dan buat jahat pada keluarga awak, awak kena tampil untuk pertahankan.

Sebab awak ni kuat. Ingat pesan cikgu ya. Gunakan kelebihan Tuhan bagi kat awak ni untuk bantu dan lindungi orang lain.

Jangan salah guna badan yang besar dan tenaga yang kuat untuk buli orang. Kalau kawan-kawan bergurau, jangan lagi dipukul mereka.

Awak buat tak dengar sahaja. Kalau melampau sangat, awak report pada cikgu. Biar cikgu yang hukum mereka yang buat orang ni.

Faham tak?"


Alhamdulillah. Selepas peristiwa itu, CK mendapati pelajar tersebut semakin berkelakuan baik. Tiada lagi aduan mengenainya dan murid ini sering membantu guru.


Menurut CK lagi nak harapkan pelajar ini mendapat hadiah pelajar cemerlang setahun sekali, dilantik menjadi pengawas atau ketua kelas agak sukar kerana prestasi buruknya sebelum ini.


Pujian, dorongan, kata-kata semangat, memberi peluang pelajar tersebut membela diri dan menyatakan rasa hati. Manakala sentuhan dan ganjaran  dari  CK ternyata mampu mengubah sikap pelajar ini serta meningkatkan kemahiran sosialnya.



Benarlah kata pepatah. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mendidik sikap pelajar seperti ini tidak mudah. Ia memerlukan usaha yang berpanjangan dan kesabaran yang banyak.


Masalah disiplin dalam kalangan pelajar merupakan sesuatu yang lumrah dalam dunia pendidikan. Kita perlu sedar pelajar bermasalah perlu diselamatkan.  


Biar tersalah ampun, dari tersalah hukum. Bukan semua kesalahan perlukan hukuman.


Terima kasih atas kesabaran Cikgu Fadhli dan selamat maju jaya.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2019 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu ni tiru ayat RAM dlm Sunan The Series.. Hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2019 02:34 PM | Show all posts
sarah82 replied at 17-10-2019 12:46 PM
Cikgu ni tiru ayat RAM dlm Sunan The Series.. Hahahaha

Biar Tersalah Ampun, Dari Tersalah Hukum << ni ka Sarah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarah82 at 17-10-2019 02:51 PM

Yao.. Biar tersalah ampun dari tersalah hukum.. sunan yg ckp masa berlawan dgn ratna tak salah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sunan the series tu.. Novel paling aku suka. Hahahaha.. Aku suka lelaki mcm sunan tu laa. Sbb tu minat lelaki Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 03:11 PM | Show all posts
sarah82 replied at 17-10-2019 02:45 PM
Yao.. Biar tersalah ampun dari tersalah hukum.. sunan yg ckp masa berlawan dgn ratna tak salah..

bukan, dialog tu masa scene Saifudin Jalis kena hukum di bapak dia sendiri pasal difitnah merendek ngan anak org kaya kt kampung dia..
masa dia berlawan ngan ratna ayat dia camni "Sebagai Manusia aku sayang pada mu"

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2019 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 17-10-2019 03:11 PM
bukan, dialog tu masa scene Saifudin Jalis kena hukum di bapak dia sendiri pasal difitnah merendek ...

Hahaha.. Dah tersilap dah..ayat tu yg buat Ratna sang Ratu jatuh cinta kat Sunan tu "Sebagai manusia aku syg pada mu"..ayat dia kat Haryani yg buat haryani gila bayang "Awan... Kalau dapat kucapai, maka saktilah hamba"
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 03:30 PM | Show all posts
sarah82 replied at 17-10-2019 03:23 PM
Hahaha.. Dah tersilap dah..ayat tu yg buat Ratna sang Ratu jatuh cinta kat Sunan tu "Sebagai manus ...

apa jadi ngan siri Sunan sekarang..
aku dh stop lepas pada Sunan di prekuel balik tu..kisah zaman muda dia sebelum bergelar Laksamana Sunan
dh macam mengarut pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Last baca ttg kehidupan dia dan ratna serta anak dia..

Ratna tak mati tau
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 03:36 PM | Show all posts
Selalunya guna kaedah psikologi lebih berkesan dari dikenakan hukuman seperti biasa
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread dah ada...{:hero
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2019 11:51 AM | Show all posts
Kurex replied at 18-10-2019 10:51 AM
Thread dah ada...{:hero

ada masalah teknikal sikit @Kurex .. supposed publish kat sini dari semalam..pi kat thread pulak..berantu kot portal cari ni hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tiru ayat sunan? Hellooo
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2019 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayat sunan....rindunya nak baca the sunan series..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2019 11:17 AM | Show all posts
kita dah beli citer Sunan aka Saifuddin tu...ada yg terbaru update by Ramlee Awang Murshid..
tetiba rindu dgn laksamana Sunan..smp termimpi2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.073238 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list