CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11583|Reply: 102

[Tempatan] Mass Comm: Dulu program glamour. Akan datang belum ada masa depan

  [Copy link]
Post time 17-10-2019 03:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 18-10-2019 03:57 PM

Kursus Masscomm tidak lagi menjamin masa depan pelajar
17 October 2019


SHAH ALAM – Penasihat Media Kerajaan Pakatan Harapan (PH), Datuk A. Kadir Jasin berkata, beliau tidak dapat memberi jaminan penuntut yang mengambil kursus Komunikasi dan Pengajian Media mendapat tawaran bekerja dalam industri media cetak.

Nasihatnya, penuntut berkenaan boleh meneruskan sehingga tamat pengajian, tetapi disarankan menyambung kursus lain yang lebih menjamin masa depan mereka untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

“Teruskan pengajian dalam bidang komunikasi, tetapi selepas itu sambung belajar kursus lain kerana tidak ada masa depan dalam industri media.

“Kita tidak boleh bernostalgia lagi dengan media cetak. Saya sendiri pun setiap hari baca akhbar, tetapi sekadar muka hadapan, kemudian saya tutup,” katanya sebagai panel Forum Kelangsungan Media Cetak: Mengapa Dilayar Jika Boleh Diterbit” di sebuah resort di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, A. Kadir yang merupakan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times (NSTP) berkata, peralihan zaman menyebabkan orang ramai tidak lagi berminat membaca akhbar.

“Anda tidak pernah cuba untuk membentuk akhbar itu sebagai bahan bacaan, sebab itu anda tidak minat, tidak suka baca akhbar,” katanya.

Beliau turut menjawab soalan peserta mengenai peruntukan RM1.6 bilion kepada Kementerian Pendidikan untuk program pemakanan murid, yang sepatutnya digunakan membeli akhbar.

Soalan itu yang dibangkitkan bekas Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A. Talib, Kadir berkata, peruntukan yang disediakan kementerian itu adalah untuk kesihatan murid.

“Kita tidak boleh persoalkan kenapa peruntukan untuk program pemakanan begitu besar dan elok digunakan untuk membiayai kos akhbar. Ini telah diputuskan dan dipersetujui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Dalam pada itu, Kadir menyatakan hasratnya yang masih mahu media cetak diteruskan, kerana antara bentuk media yang amat memerlukan ialah buku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2019 03:41 PM | Show all posts
Kita mesti akui ada orang mengambil jurusan ini atasa sebab nak glamer
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu bujang2 ikut bdk masscom..diorg mcm ada projek apantah..dpt lah pengalaman jd pelakon tambahan..lalu lalang je. senang keje..sehari dpt 150..jadi lah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 04:03 PM | Show all posts

Kursus Masscomm Sudah Lagi Tidak Relevan?

Situasi industri media cetak yang kurang mengizinkan pada masa ini memberikan tanda tanya kepada ramai pihak, adakah kursus Komunikasi dan Pengajian Media di universiti masih relevan atau sebaliknya.


Memetik laporan Malaysiagazette, Penasihat Media Kerajaan Pakatan Harapan (PH), Datuk A. Kadir Jasin berkata, beliau tidak dapat memberi jaminan penuntut yang mengambil jurusan media itu mendapat tawaran kerja dalam industri media cetak.


Katanya lagi, penuntut disarankan menyambung kursus lain yang lebih menjamin masa depan kerjaya mereka.


Kredit foto: The Star




“Teruskan pengajian dalam bidang komunikasi, tetapi selepas itu sambung belajar kursus lain kerana tidak ada masa depan dalam industri media.

“Kita tidak boleh bernostalgia lagi dengan media cetak. Saya sendiri pun setiap hari baca akhbar, tetapi sekadar muka hadapan, kemudian saya tutup,” katanya.


Kini, semakin ramai yang tidak lagi berminat membaca akhbar, ulasnya.


“Anda tidak pernah cuba untuk membentuk akhbar itu sebagai bahan bacaan, sebab itu anda tidak minat, tidak suka baca akhbar,” katanya yang merupakan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times (NSTP). - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 04:10 PM | Show all posts
Mengapa mass comm ni hanya dikaitkan dengan media cetak.
Atau Kadir Jasin ni dari media cetak, jd dia kata begitu.

Mass comm ada byk benda lain lagi... dulu2 pun dah ada pengiklanan, komunikasi utk pembangunan, filem, penyiaran, media cetak, media elektronik. Dan sekarang mungkin teori komunikasi itu turut merangkumi media sosial sesuai dengan perkembagan teknologi. Yg nak pupus media cetak je.

Yg betulnya mereka perlu menguasai lbh dari satu bidang ilmu. Belajar komunikasi dan dlm masa yg sama mempunyai pengetahuan dlm ekonomi membolehkan mereka menjadi penulis yg baik berkaitan ekonomi.

Teori Peluru Ajaib mungkin dah tak sesuai lg utk media cetak/ elektronik. Tukar jadi Teori Peluru Kapur
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 04:11 PM | Show all posts
Ni jurusan untuk budak2 yang lelakinya perasan handsome dan perempuannya perasan cantik tapi nak bina satu ayat yang lengkap dengan nahu dan tatabahasa yang betul pun tak mampu. Pasal general knowledge lagi ke laut. Dlm otak ingat masscomm tu muncul depan tv dgn masuk filem je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2019 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa zaman2 iols study.. budak2 mascom ni mmg kerek2. X semua lah.. tp kebanyakannya.. sbb kononnya sebelah kaki dh kat dunia glamour..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 04:48 PM | Show all posts
aku lebbih suka baca tulisan wartawan from forum cari ni..hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2019 04:48 PM | Show all posts
kursus sampah.. bayar yuran mahal2 pastu pengarah universiti korg labur buat filem sampah..dahtu paksa korg bayor RM15 layan filem sampah kalau x nak fail ..fxck!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2019 04:51 PM | Show all posts
dulu memang la program ni glamour
grad je
boleh muka keluar TV
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 04:55 PM | Show all posts
kursus ni utk bimbo jah kan sis?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 04:59 PM | Show all posts
bukan tak laku...tetapi masscom ni sebagai major...kena ambik minor seperti IT, Law, Business...maksudnya Masscom majoring in IT, Masscom majoring in business...baru laku...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 05:19 PM | Show all posts
Kalau Minor business maybe boleh tapi nak ke company ambik half cooked executive yang tau sikit je pasal business instead yang memang core business? Boleh ke dorang buat financial report, ROI calculation, corporate analysis and market study?
Patutnya dia nasihat, kalau nak amik masscomm, biar jadi specialist, follow market trend, mass media bukan lagi TV, akhbar tapi internet. Jadi internet specialist yang provide service pada pengiklan, cara tarik viewer, generate money dari mass media.



Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 05:30 PM | Show all posts
zach2008 replied at 17-10-2019 04:10 PM
Mengapa mass comm ni hanya dikaitkan dengan media cetak.
Atau Kadir Jasin ni dari media cetak, jd d ...

Teori peluru ajaib...Sah ko ni budak mass com..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 05:31 PM | Show all posts
FussyPussy replied at 17-10-2019 04:11 PM
Ni jurusan untuk budak2 yang lelakinya perasan handsome dan perempuannya perasan cantik tapi nak bin ...

dengki...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 05:35 PM | Show all posts
karlmax8 replied at 17-10-2019 05:19 PM
Kalau Minor business maybe boleh tapi nak ke company ambik half cooked executive yang tau sikit je  ...

yurp setuju.perlu ubah subject ikot peredaran bukan hapus kos tersebut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2019 05:36 PM | Show all posts
Kursus huha huha kat itm dulu....glamer, sosial...itulah dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 05:36 PM | Show all posts
sebab ramai sangat fokus nak jadi wartawan / journalist lepas grad

padahal company secretary tu pon biasa amek budak masscom jugak
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 05:37 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 17-10-2019 06:13 PM

komunikasi ni jangan dilihat bidang nak glemer...paper bagai...


kita ada komunikasi pembangunan, PR, etc...perancangan strategik..tektik dan teknik markerting..urus krisis...

tu yg malaysia ni hauk...time krisis xde pasukan PR yang menguruskan media, maklumat, berita..time ni budak komunikasi diperlukan...

Sama juga peringkat antarabangsa...komunikasi ini penting bila berlaku krisis...hubungan diplomatik...perdagangan...konteks perhubungan budaya..bagaimana hendak berintekrasi dalm konteks komuninasi perundangan antarabangsa...melobi pada peringkat PBB...korg ingat Tun tu hebat sangat sampai tidak perlu melobika...

Tgh krisis ni dengan india..pasukan komunikasi diperlukan untuk melunturkan ketegangan....jangan la ko hantar jeneral pergi berunding,..maunya esok perang...jangan antar lawyer...mau esoknya jumpa di mahkamah antarabangsa...

If tgk komunikasi bdasarkan dunia glemer...paper..mmg hauk la....
bak kata ipan adartu...majoring komunikasi plus ilmu lain..perundangan..It..hub diplomatik...krisis...baru la akan meletup kebommmmmmmm

Sudah pasti la hanya yng ensem cantik sahaja calon yg sesuai...yg sendu...cari la bidang lain...terutamanya bila nak masuk cabang hub. diplomatik

Ko antar yang ensem yg cantik...dengan komunikasi yg mantap...dua negara asal  nak bperang last2 bergayah..berganbang lantas comolot atas katil....ada bra?


Korg cantumkan dengan ilmu hub serantau. Antarabangsa ..perundangan antarabnagsa..politik antarabangsa ..hub.antabangsa...mantap sihhhh

Perang psikologi antara negara..askar mana reti main psiko2...doeg reti tembak terus ..time ni la Pakar kom diperlukan....
Apa lg dlm keadaan dunia skrg...


Siapa ckp kom ni sendu ..dia lah yg sendu sbenarnya


done dakwah










Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sesiapa nk ckp kom ni bidang sendu?  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.176259 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list