|
Setiap kali Kamal Adli bercinta mesti asyik kecundang di tengah jalan.
Dulu dengan Intan Ladyana selama enam tahun pun tak menjadi, dengan Emma Maembong pun gagal.
Foto: Google
Rupa-rupanya, baru tahu yang sebenarnya ia berpunca dari dirinya sendiri sebab membuatkan hubungan tersebut menjadi hambar.
Katanya, sikap dirinya yang terlalu selesa dan mengambil mudah terhadap pasangan menjadi punca perpisahahan.
Foto: IG
"Saya melalui hubungan yang panjang dengan setiap pasangan. Sebab itu saya selesa dan tak letakkan matlamat nak berkahwin.
"Saya juga selalu lupa tarikh-tarikh penting. Perkara itu nampak remeh, tetapi besar bagi perempuan yang selalu memendam perasaan," katanya kepada mStar Online.
Bukan itu sahaja, aktor ini siap beri nasihat jika ada pergaduhan dalam hubungan perlulah duduk dan berbincang. Bukan pendam dan pergi atau sering mencari kesalahan masing-masing.
Walaupun sudah melalui beberapa siri percintaan yang gagal, namun Kamal tak serik nak bercinta lagi.
"Siapa tak nak bercinta? Siapa tak nak kahwin? Umur pun dah 33 tahun. Tunggu," tambahnya.
Semoga Kamal segera berjumpa jodoh dengan wanita idaman. - CARI
|
|