CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3706|Reply: 36

[Tempatan] Rakyat suka makan mi segera. Ramai tak perasan ada 707 produk mi segera pelbagai

[Copy link]
Post time 18-10-2019 08:11 AM | Show all posts |Read mode
Mi segera miliki kandungan garam tinggi


KUALA LUMPUR: Lebih 98 peratus daripada 707 mi segera di pasaran memiliki kandungan garam yang tinggi, manakala bakinya pula mengandungi kandungan garam sederhana.

Itu hasil kajian bertajuk 'Kandungan garam mi segera di Malaysia: Satu kajian keratan lintang', membabitkan 707 produk mi segera pelbagai perisa, yang dijual di enam pasar raya dan rantaian peruncit, serta di laman sesawang produk berkenaan.

Kajian oleh tujuh penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan University of London itu mendapati tiada satu pun mi segera di pasaran Malaysia, boleh dikategorikan sebagai makanan rendah gram, sangat rendah garam atau bebas garam.

Kajian yang diterbitkan pada Mei lalu itu juga mendapati kira-kira 40 peratus atau lebih 250 produk mi segera yang dikaji, tidak mempamerkan kandungan garam atau nutrisi pada produk masing-masing.

"Purata kandungan garam dalam mi segera di Malaysia adalah sekitar 4.5 gram (g) per 100g, iaitu empat kali lebih tinggi daripada tahap makanan yang dikategorikan sebagai tinggi kandungan garam iaitu kurang 1.2g per 100g, seperti digariskan kerajaan.

"Memakan sebungkus mi segera hampir sama dengan kadar pengambilan garam harian yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu kurang 5g sehari.

"Lebih teruk, kandungan garam pada 10 peratus mi segera, melebihi saranan WHO itu, dengan mi segera yang memiliki kandungan tertinggi adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada saranan WHO, iaitu 8.5g dalam satu sajian.

"Disebabkan kandungan garam tinggi serta populariti mi segera berdasarkan jualan tinggi setiap hari, pengurangan kandungan garam dalam mi segera akan memberi impak ketara dalam mengurangkan pengambilan garam harian oleh rakyat Malaysia," kata kajian itu yang boleh diakses menerusi portal BMJ Open.

Ahad lalu, pelatih pakar bedah warga Malaysia di United Kingdom, Dr Nur Amalina Che Bakri berkongsi laporan kajian itu menerusi Twitter peribadinya.

Dr Nur Amalina yang turut memetik Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menggesa kerajaan bertindak segera mengatasi isu pengambilan garam tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Malaysia Salt Action menyarankan pengurangan pengambilan garam kurang 6g sehari bagi rakyat Malaysia dewasa. Kadar garam tinggi dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi.

"Saya sendiri sudah tidak memakan mi segera sejak lebih 10 tahun lalu," katanya.

Jangan jadikan menu harian, amal diet sihat

Kandungan garam yang tinggi dalam mi segera tidak menghalang sebilangan besar rakyat Malaysia daripada terus menikmati makanan segera itu.

Biarpun tahu kesan buruk pengambilan garam berlebihan, mereka terus memakan produk berasaskan tepung gandum itu kerana ia mudah disediakan dan murah berbanding hidangan lain.

Kempen kesihatan dijalankan sebelum ini ternyata gagal mengatasi kesan iklan mi segera yang disiarkan setiap hari di media massa.

Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietatik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Norhaizan Mohd Esa, berkata umum tahu mengenai kandungan garam yang tinggi di dalam mi segera, tetapi hampir mustahil untuk berhenti daripada memakannya.

Katanya, sifat mi segera yang murah, sedap dan mudah disediakan menjadi tarikan utama masyarakat untuk menjadikannya sebagai menu harian, khususnya pelajar.

“Pelbagai kempen dan nasihat sudah diberikan kepada umum, tetapi ia tidak memberi kesan.

“Walaupun setakat ini belum ada kes kronik berhubung individu yang mengamalkannya, tetapi pengambilan garam yang tinggi akan mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan penyakit buah pinggang.

“Galakan untuk makan mi segera ini lebih hebat dengan lantikan selebriti sebagai duta serta pengenalan pelbagai perisa baharu yang kelihatan menarik, selain cabaran untuk memakannya.

“Saya nasihatkan umum untuk kurangkan pengambilan mi segera itu kerana itu adalah sebaik-baiknya. Jika sukar, maka pelbagaikan ramuan nutrisi didalamnya seperti udang atau sayur,” katanya kepada BH ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Pensyarah Kanan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Navin Kumar Devaraj, yang terbabit dalam kajian kandungan garam dalam mi segera di Malaysia itu, berharap orang ramai mengamalkan pemakanan yang sihat.

“Kajian ini hanya dijalankan sekali sahaja dan pada akhirnya kami mahu masyarakat mengamalkan diet yang sihat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, berikutan kandungan garam yang tinggi, mi segera tidak seharusnya dijadikan hidangan setiap hari.

“Mi segera masih boleh diambil, tetapi jangan jadikan ia satu-satunya hidangan anda dalam sehari. Amalkan diet sihat,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
X blh sangat mkn mee segera..nanti mulalah perut meragam...tapi student2 mmg suka mkn mee segera ni sbb mengenyangkan dgn harga yg x mahal sgt ..klu tak nak rakyat mkn mee segera selalu..tlglah jadikan harga makanan lain dijual pd harga berpatutan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Masyarakat/pengguna sememangnya awas kan dengan bahan dalam mi segera. Cuma tak dapat pisahkan aja. Once or twice mesti makan juga mi segera. Lepas tu tambah la sayur sayur. Menambah khasiat kunu. Kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah la.. Aku bab mee segera dari dulu aku kurang.. teringin nak mampos baru beli.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat tak suka tp terpaksa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2019 09:13 AM | Show all posts
aku tgk
lelaki kalau gi kedai mamak
kebanyakannnya akan order maggi goreng mamak
RM6
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2019 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesekali layan okey saja. Kalau selalu tu yang mengundang penyakit. Akak masak mi segera guna sebahagian perencah dia dan lebihkan sayur tapi kebanyakkan budak2 masak guna semua perecah dan sesekali saja baru ditambah telur.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:17 AM | Show all posts
ramai yg makan maggi masih sihat walfiat lagi...yg mengutuk maggi tak sihat pula dpt banyak penyakit & mati awal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2019 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mee segera co SST dah campur babi perencah dia. Tu byk Melayu jadi passive liberal banggang azali hipster taik kambing
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 11:03 AM | Show all posts
so yg bahaya nya perencah megi la kan?

kalau beli megi kosong tu masak cara kita ok x?

ade org kata megi mee tu sendri yg x sehat
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 18-10-2019 11:03 AM
so yg bahaya nya perencah megi la kan?

kalau beli megi kosong tu masak cara kita ok x?

Org kata mee tu ada lilin...so klu nak mkn rebus then buang air rebusan tu ..lepas tu masaklah ikut selera
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 11:42 AM | Show all posts
bukan setakat student org yg bekerja pun terpaksa makan sementara tggu gaji..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 18-10-2019 11:51 AM

Mee segera Malaysia Paling sedap di dunia..ada banyak pilihan....even Jepun punya Mee segera pun Tak sesedap Malaysia punya.

Btw...nak bernutrisi letak la sayur sawi atau Kobes dalam tu....kalau Meggi Tomyam tu meols tambah Asam jawa lagi

Seasoning msg dlm apa2 Makanan ada.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 11:50 AM | Show all posts
musim ujan ni sedap toi mkn megi kari
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 18-10-2019 10:17 AM
ramai yg makan maggi masih sihat walfiat lagi...yg mengutuk maggi tak sihat pula dpt banyak penyakit ...


Jepun suka makan Meggi segera....umur Panjang Dan sihat je...beza nya Jepun Tak makan pedas

Kalau Tak makan Meggi segera..Kita bukan negara Asia Pacific la
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 11:53 AM | Show all posts
br smlm goreng mee segera ni.. guna maggi kari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2019 11:55 AM | Show all posts
Rasanya bukan semua tak tahu kekurangannya tapi ramai yang kesempitan dalam kewangan.  Jadi ia terus jadi pilihan sebab lebih murah dan itu je yang mampu dibeli.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 03:16 PM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 18-10-2019 11:53 AM
Jepun suka makan Meggi segera....umur Panjang Dan sihat je...beza nya Jepun Tak makan pedas

K ...

korea suka ramin pedas...ok ja aku tengok slim slim..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 04:21 PM | Show all posts
Mee segera ni sesekali takpelah.. selalu jangan. huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 18-10-2019 03:16 PM
korea suka ramin pedas...ok ja aku tengok slim slim..

Korea lain....Jepun lain....

Korea makan pedas...Jepun Tak makan pedas

Makanan Jepun lebih kurang Chinese Malaysia.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.541474 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list