CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 30882|Reply: 79

Ketepatan Sains

[Copy link]
Post time 16-7-2004 12:19 AM | Show all posts |Read mode
Ketepatan Sains
Adaptasi dari Jorge Luis Borges

...di dalam empayer itu, seni kartografi (membikin peta) telah menjadi begitu sempurna hingga peta sebuah daerah adalah seluas sebuah bandar, dan peta empayer tersebut adalah seluas sebuah daerah. Namun peta-peta ini tidak lagi memuaskan pakar-pakar kartografi empayer ini lalu mereka menghasilkan sebuah peta empayer itu yang seluas empayer tersebut; setiap titik yang wujud di dalam empayer ini digambarkan pada peta tersebut. Generasi yang berikutnya yang tidak begitu meminati kepakaran membikin peta menganggap peta yang telah dihasilkan sebagai tidak berguna lalu mereka membiarkannya kepada matahari dan musim dingin. Di gurun  di selatan, masih ada lagi kesan tinggal peta empayer tersebut yang sudah usang dan tercarik-carik, dan kini ia menjadi tempat berteduh haiwan-haiwan liar dan pengemis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2004 12:33 AM | Show all posts
Originally posted by marquez at 16-7-2004 12:19 AM:
Ketepatan Sains
Adaptasi dari Jorge Luis Borges
...di dalam empayer itu, seni kartografi (membikin peta) telah menjadi begitu sempurna hingga peta sebuah daerah adalah seluas sebuah bandar, dan ...


Bukan salah ibu mengandung...

Sains bukan bahan sejarah tetapi sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2004 12:41 AM | Show all posts
Kata Sophocles, penyair Yunani yang terkenal dengan dramanya, Paduka Oedipus:

"Sesuatu yang besar itu tidak akan menyusup di dalam hidup insan tanpa membawa bersamanya sumpahan..."

Kalau benar sains itu pembimbing yang kaya, apa harga yang perlu kita bayar supaya ia 'menyusup' dalam hidup kita?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2004 01:18 AM | Show all posts
Originally posted by marquez at 16-7-2004 12:41 AM:
Kata Sophocles, penyair Yunani yang terkenal dengan dramanya, Paduka Oedipus:
"Sesuatu yang besar itu tidak akan menyusup di dalam hidup insan tanpa membawa bersamanya sumpahan..."
...


Bg saya sains itu adalah sejumlah teori2 yg disahkan dan seterusnya menjadi fakta...
Dan sudah tentu ia boleh disangkal dgn teori2 baru...

Siapa yg berkeinginan la yg harus membayar sejumlah harga atau sejumlah pengorbanan...

Mcm kata2 Descartes...

'Tidak menerima sesuatu itu benar, jika saya tidak benar2 mengetahui bahawa ia benar'

So dia guna kaedah sains tabii bg mencapai keyakinan dan guna kaedah fizik utk jwb persoalan metafizik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2004 02:06 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 2004-7-16 01:18 AM:

Bg saya sains itu adalah sejumlah teori2 yg disahkan dan seterusnya menjadi fakta...
Dan sudah tentu ia boleh disangkal dgn teori2 baru...

Siapa yg berkeinginan la yg harus membayar sejumlah harga atau sejumlah pengorbanan...

Mcm kata2 Descartes...

'Tidak menerima sesuatu itu benar, jika saya tidak benar2 mengetahui bahawa ia benar'

So dia guna kaedah sains tabii bg mencapai keyakinan dan guna kaedah fizik utk jwb persoalan metafizik.


Penggunaan perkataan-perkataan ini 'disahkan', 'fakta', 'benar' di sini  perlu diragui. Saya rasa sudah ramai yang lupa bahawa perkataan-perkataan ini mempunyai pengaruh dan kuasa (dan boleh dipengaruh oleh kuasa, saya rujuk kepada  permasalahan yang dihadapi Galileo bila 'faktanya' dan 'fakta' pihak gereja tidak selari).

Apa asal-usul perkataan-perkataan ini?

Kita ambil perkataan 'disahkan' sebagai contoh, dan kita tanya soalan-soalan kegemaran diktator Rusia, Stalin: Disahkan oleh siapa, untuk apa? dan kenapa kita perlu terima?

Kata Karl Popper, in place of certainty we have progress. Hanya kemajuan sahaja kita boleh harapkan dari sains. Apakah kemajuan itu baik atau tidak?

Kembali kepada cerita Borges di atas... apakah perkataan-perkataan seperti 'disahkan', 'fakta' dan 'benar' yang kita gunakan sekadar sebuah peta yang sudah usang dan koyak rabak dan menjadi perlindungan haiwan2 liar dan pengemis.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2004 05:16 AM | Show all posts
Setuju dengan pendapat marquezism...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2004 11:31 AM | Show all posts

To me..science is LIFE

bukan sahaja sekadar sejumlah teori2 yg disahkan dan seterusnya menjadi fakta  tetapi sesebuah kehidupan yang terbentuk hasil daripada proses science secara umumnyer...

WHAT is Life? hundreds of the most philosophical minds, scores of learned well-skilled physicians, have asked themselves the question, but to little purpose. the veil thrown over primordial Kosmos and the mysterious beginnings of life upon it, has never been withdrawn to the satisfaction of earnest, honest science. the more the men of official learning try to penetrate through its dark folds, the more intense becomes that darkness, and the less they see, for they are like the treasure-hunter, who went across the wide seas to look for that which lay buried in his own garden

what is then this science? is it biology, or the study of life in its general aspect? no. is it physiology, or the science of organic function? neither;

for the former leaves the problem as much the riddle of the Sphinx as ever, and the latter is the science of death far more than that of life. physiology is based upon the study of the different organic functions and the organs necessary to the manifestations of life, but that which science calls living matter, is, in sober truth, dead matter. every molecule of the living organs contains the germ of death in itself, and begins dying as soon as born, in order that its successor-molecule should live only to die in its turn.

thus, neither biology nor physiology are the science, nor even branches of the science of Life, but only that of the appearances of life.

while true philosophy stands Oedipus-like before the Sphinx of life, hardly daring to utter the paradox contained in the answer to the riddle propounded, materialistic science, as arrogant as ever, never doubting its own wisdom for one moment, biologises itself and many others into the belief that it has solved the awful problem of existence.

science has chosen as its object a few manifestations that accompany life; and mistaking 2 the part for the whole, called these manifestations the integral total of life. . .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2004 06:04 PM | Show all posts
Petikan dari William Irwin Thompson (The Time Falling Bodies Take to Light):

"Sesuatu yang positif juga boleh menghasilkan bayang-bayang... keunikan atau kebaikannya juga pada yang sama adalah kelemahannya (tragic flaw)"

Sains merubah cara kita berfikir. Sains mengubah hidup kita. Sains membawa banyak kebaikan, kata orang. Tapi sains juga boleh menjadi satu jerat untuk memerangkap kita di dalam sebuah hutan yang penuh haiwan serta mergastua yang menakutkan. Sains juga boleh menjadi berhala yang amat berkuasa. Sains pada penguasa boleh dan telah menjadi senjata.

Kalau 'true philosophy' itu Oedipus, yang berhadapan dan mengalahkan Sphinx, ia juga tidak lama kemudian menyedari yang ia telah membunuh bapanya dan meniduri ibunya.

Oedipus menghabiskan zaman pemerintahannya dengan membutakan kedua-dua belah matanya kerana jika dengan mata terbuka dia tidak dapat melihat 'kebenaran', apa guna dia melihat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2004 05:38 AM | Show all posts
Hi, saya org baru..

Hope this help:

Scientific conclusion are ultimately based on statistic (explicitly or implicitly). Scientific conclusions are not nearly as definitive as people believe. When you are dealing with a problem with statistics, there is no definite yes/no answers, but you have to deal with probablity.

Hehe tapi aku amik dr lab manual jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2004 11:36 AM | Show all posts
Saya teringatkan pusii ini yang ditulis oleh Soebagio Sastrowardojo. Tajuknya:
Manusia Pertama di Angkasa Luar.

....Berilah aku satu kata puisi
daripada seribu rumus ilmu yang penuh janji
yang menyebabkan aku terlontar kini jauh dari bumi
yang kukasih. Angkasa ini bisu. Angkasa ini sepi.
Tetapi aku telah sampai pada tepi. Darimana aku tak mungkin lagi kembali.

Kata Goenawan Mohamad, "Bagi para ahli ilmu [angkasawan] dikirim dalam pesawat ruang angkasa untuk dilihat bagaimana reaksi tubuh dan jiwa manusia di situ. Orang itu hanya satu dari sejumlah alat eksperimen. Situasinya yang khusus dan konkret tidak penting..."

Bilamana sains menjadi segalanya, manusia hilang kemanusiaan. Sains itu sepi. Sains  itu bisu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2004 02:33 PM | Show all posts

saya pun nak ambik dari buku gak..

sains yang saya baca dari buku, adalah berdasarkan dari pelbagai jenis falsafah iaitu
- alam ini sebenarnya adalah manifestasi dunia matematik
- alam ini hakikatnya adalah benda, sementara yang di luar benda itu hanyalah hasil menganalisis benda-benda yang tidak boleh dibuktikan kebenarannya
- alam ini dengan the laws of nature nya tidak ada kena mengena dengan Tuhan; dan
- tidak ada hukum alam yang tidak ada campur tangan Tuhan di dalamnya

tapi ni dari bukula.. dari kefahaman saya sendiri plak, sains ialah mekanisme kehidupan.. apa jugak kita buat mesti ada kaitan ngan sains; makan, minum, masak air, mandi bla bla bla.. sains sebagai ilmu lak adalah sesuatu yang wajib dipelajari oleh orang Islam, sebab ia sesuai ngan kata-kata Allah iaitu Allah takkan ubah nasib kita kalu kita sendiri takmo ubah nasib kita.. dengan adanya sains, ia membantu dalam menuju ke arah kehidupan yang lebih cemerlang, terbilang dan gemilang

sekian, sila tunjuk ajar
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2004 02:37 PM | Show all posts

aruhanisme

ilmu sains adalah ilmu yang boleh dibuktikan
teori sains adalah teori yang boleh didasarkan kepada pengalaman dan boleh diterbitkan dan dapat disahkan melalui cerapan dan ujikaji
sebarang teori yang tidak boleh disahkan tidak boleh diterima sebagai teori sains
sains adalah sesuatu yang objektif
Reply

Use magic Report

Remy3D This user has been deleted
Post time 18-7-2004 03:13 AM | Show all posts
Soalan saya untuk tuan punya thread, apa sebenarnya tuan punya thread ingin buktikan pada kami semua? :hmm::hmm: jawab jangan tak jawab....

ps: laaarrrriiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2004 10:07 AM | Show all posts
siapakah yg boleh bagi jawapan sebagi contohnya pie? yes pie dgn  alah yg nilai bulatan itu 22/7 = pie in greek symbol is a pie ..siapa boleh bagi nilai pie dalam nombor bulat ..haa? siapa? cuba bagi tau

apa sangat ketepatan dlm sains -  for rocket science tuan thread oi may be ..may be...

apa yg diambil " measured quantity" - kuantiti terukur dlm sains itu adalah tepat  ..sapa kata tolong jawablah..

mengapa tepat ???

and siapa yg berkata tidak..mengapa tidak??


cuba kita ambil contoh kuantiti / benda yg boleh diukur  seperti suhu.

suhu - apa itu ?

bagaimana method untuk mengukur suhu ?
kita guna apa?

termometer , right?

dlm thermometer ada apa??

ada raksa = merkuri / Hg kan?

so suhu yg kita ambil atas sesuatu bhn . okaylah kita ambil air mendidih ( boiling water) - ok..

so kita lihat dlm column / turus dlm termometer itu , merkurinya mengembang..dan menunjukkan suhu..
apakah kita PASTI itu suhu bhn itu???

bukan suhu atas pengembangan merkuri?/ suhu apa??/

so oleh sbb itu lah dlm hukum physics pun kalau tak silap sayalah bila masuk kuantum , semua rules fizikal susah nak apply...


dan oleh sbb itu jugalah seorg German GEEK  namanya WERNER HEISENBERG keluarkan satu principle the UNCERTAINTY PRINCIPLE.

apakah ia ? well ini kena rujuk.
wassalam.

ketepatan sains bergantung pada penemunya atau apa yg difahami , current shared views at that time..

dan betapa susahnya membuktukan ketepatan - lihat contoh Copernicus / Galileo - dan inbnu Sina , An - Nafis.

Apakah perlu ketepata? atau kebenaran?

[ Last edited by mbhcsf on 18-7-2004 at 10:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2004 11:29 AM | Show all posts
By marquez..

- Penggunaan perkataan-perkataan ini 'disahkan', 'fakta', 'benar' di sini  perlu diragui. Saya rasa sudah ramai yang lupa bahawa perkataan-perkataan ini mempunyai pengaruh dan kuasa (dan boleh dipengaruh oleh kuasa, saya rujuk kepada  permasalahan yang dihadapi Galileo bila 'faktanya' dan 'fakta' pihak gereja tidak selari).
Apa asal-usul perkataan-perkataan ini?

Nak cari asal usul bukak kamus la
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2004 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by Remy_3D at 16-7-2004 05:16 AM:
Setuju dengan pendapat marquezism...


Berikan pendapat u mengapa u berpendapat yg pendapat marquez perlu dipersetujui?

Adakah krn u berpendapat bahawa golongan marquezism adalah berambut pjg?;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2004 04:01 PM | Show all posts
Originally posted by Remy3D at 2004-7-18 03:13 AM:
Soalan saya untuk tuan punya thread, apa sebenarnya tuan punya thread ingin buktikan pada kami semua? :hmm::hmm: jawab jangan tak jawab....

ps: laaarrrriiiiiiiii



Bukan untuk buktikan sains itu tepat atau tidak that's for sure.
Reply

Use magic Report

LeemahLemang This user has been deleted
Post time 18-7-2004 08:21 PM | Show all posts
interesting discussion... kalau boleh mana yg amik dr memana artikel dpt beri sumber asal artikel tu, boleh dibuat rujukan nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2004 09:13 AM | Show all posts
sains bermula dengan hipotesis...
diperkuatkan dengan teori...
dibuktikan dengan ujikaji/eksperimen
lalu memberikan kesimpulan yang jitu dan mantap...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2004 10:27 AM | Show all posts
I pernah dengar cikgu I kata sains itu berkisar ttg logik...

Kalo rujuk kpd logik...memang la logik tu sebagai sains pengakalan-hujah atau sains penalaran iaitu kaedah melakukan pengalasan.

Kalo tengok kamus...

logik - "science of study of correct reasoning, way of reasoning, good sense, way of thinking"

Kalo lihat dr kacamata Aristotle.. berkenaan dgn Logik Silogisme.. penaakulannya lebih kurang gini..

Semua ikan paus adalah mamalia
Semua mamalia adalah benda hidup yg akan mati
Maka semua ikan paus adalah benda hidup yg akan mati

Maka ketepatan sains itu boleh berunsurkan aspek logik?i...:stp:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.333932 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list