CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: marquez

Ketepatan Sains

[Copy link]
 Author| Post time 27-7-2004 12:39 PM | Show all posts
Islam ada ke istilah sekular?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2004 08:27 AM | Show all posts
Originally posted by marquez at 27-7-2004 12:39 PM:
Islam ada ke istilah sekular?


Kalo tak silap...

Istilah sekular adalah utk ilmu yg dipelopori oleh Barat..

Bagaimana pun konsep ilmu sekular tu tetap terdapat dlm Islam.
Reply

Use magic Report

Nazra81 This user has been deleted
Post time 28-7-2004 10:21 AM | Show all posts
Niels Bohr: Kill me if science 100% true...

Sains tak pernah tpt, ia hanya tepat pd zmnnya. Sains juga tak pernah lengkap. Cuma apa yg tersedia ada tlh cukup utk mencipta satu pembaharuan. Saintis berusaha mencari ketepatan sains dan melengkapkan kekurangannya, tp jlnnya masih jauh. Seolah2 infiniti di hadapan. Misalnya, utk mencari satu ungkapan fourier yg tpt tanpa andaian dan abaian utk penerowongan zarah kuantum pun tak mampu dilakukan walau semua ahli fizik, pkr komputer dan ahli matematik bersatu. Keupayaan manusia sgt terhad. Sains sesuatu yg indah, menakluknya bagai menakluk dunia. Seorg pensyarah yg saya kagumi pernah berkata:
Usah bermimpi menawan bulan andai roket ke sana masih perlu mengemis... Usah terlalu pandai berkata andai yg dikata tak dikota...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2004 12:08 PM | Show all posts
Menurut David Hibert, seorang pakar matematik, tiada had pada pemikiran, segalanya boleh difahami, dan satu hari nanti segalanya akan difahami. Wir mussen wissen. Wir werden wissen. Itulah kesimpulan sebuah syarahan beliau pada tahun 1930. Ayat tersebut yang bermakna 'Kita perlu tahu. Kita akan tahu.' diukir pada  nesannya.

Hingga tahun 1930, sains dilihat sebagai pengganti agama, ia sesuatu yang boleh dibuktikan. Jika belum, ia akan dibuktikan. Sains memberi kuasa untuk manusia menguasai alam.

Hakikatnya amat berbeza sekali.

Setahun selepas Hibert melafazkan kata-kata tersebut, sebuah artikel yang ditulis oleh Kurt Godel diterbitkan. Godel, secara ringkas menunjukkan bahawa kebenaran sebuah struktur logik tidak boleh dibuktikan dari dalam [sesebuah sistem]. Perlu ada pandangan dari luar untuk membuktikannya.

Tesis Church-Turing pula memberitahu yang kita tidak boleh mempelajari sesuatu tanpa pengalaman. There are no principle universal rules that that tell us anything that we did not already know. There is no possibility of telling in advance what will happen.

Karl Popper, filosuf sains yang paling dikenali pernah berkata "in the place of certainty, we now have progress". Kita hanya boleh menghampiri kebenaran, tetapi kita tidak akan dapat sampai kepadanya...

Sekadar pendapat.Tolong betulkan jika tersilap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2004 02:00 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 2004-7-28 08:27 AM:


Kalo tak silap...

Istilah sekular adalah utk ilmu yg dipelopori oleh Barat..

Bagaimana pun konsep ilmu sekular tu tetap terdapat dlm Islam.


Sekularisme itu satu istilah yang lahir daripada pergeseran antara kuasa gereja dan empayer 'Kristian' suatu ketika dahulu. Punca perbalahan ialah hak untuk memilik cukai: maharaja ketika itu mahu pihak gereja membayar cukai kepada kerajaan.

Untuk lepas dari dilema ini pihak gereja telah merujuk kepada ayat yang berbunyi "Render unto Caeser what is Caeser's, render unto God what is God's." yang secara ringkas membawa maksud (bagi yang berkuasa ketika itu) hak duniawi itu milik raja, dan hak 'akhirat' itu milik Tuhan.

Dari situ bermula pemisahan sekular dan suci.

Dalam konteks Islam apakah ini boleh dilakukan? Dalam Islam tiada pemisahan antara sekular dan suci. Persoalannya:  Jadi apakah takrif ilmu sekular dalam Islam?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2004 04:24 PM | Show all posts

salam..

satu Ustaz ni cakap pulak " kita hanya boleh mencapai tahap almost perfect sbb AL - KAMAL itu milik ALLAH" i rasa ini betul.

Kebenaran mesti benar  ketepatan belum tentu  bergantung pada apa / siapa..ikut kriteria apa...ini i rasa bukan any who's who cakap ler.
wassalam.

ia akan jadi secular kalu org tu fragment kan knowledge dia..


tapi kan ini balik dari DEFINISI


" ILMU"

apa yg ilmu?
apa yg maklumat?

[ Last edited by mbhcsf on 28-7-2004 at 04:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2004 04:41 PM | Show all posts
further to above discussion, i wud say that ... ... theories in general can't really be proven, they can only be tested and improved to reach a level of "provability"...

My point is that science is at least trying to discover things instead of simply saying "God did it."

wat do you think guys?
Reply

Use magic Report

Nazra81 This user has been deleted
Post time 28-7-2004 08:19 PM | Show all posts
Originally posted by tina^^ at 28-7-2004 04:41 PM:
further to above discussion, i wud say that ... ... theories in general can't really be proven, they can only be tested and improved to reach a level of "provability" ...


Asasnya satu, Tuhan. Ttp Tuhan tidak menyuruh manusia bergoyang kaki tanpa berfikir. Kerana itu, lahirlah ilmu. Ilmu menjawab sebahagian persoalan manusia kerana tiada apa yg sempurna di dunia ni, ilmu sekalipun. Sains sbg satu cabang ilmu menafsir apa yang dicerap oleh pancaindera dan pemikiran. Ia memperbaiki kelemahan sedikit demi sedikit dan mampu memajukan zaman. Di dunia ni terlalu byk teori sains. Menciptanya satu hal. Membuktikannya satu hal. Still, hampir kesemua teori sains 100 tahun dulu telah berjaya dibuktikan benar atau salah krn membuktikan sesuatu bukanlah bermakna membuktikan ia benar. Walau begitu, teori2 baru pula yg lahir, dan semua ini akan berterusan sehingga berakhirnya kehidupan yg nyata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2004 11:07 PM | Show all posts
Science, has always (and will always) be playing catching up.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2004 11:50 PM | Show all posts
Saya rasa ada yang bertanya kepada saya apa sebenarnya maksud cerita Borges yang saya terjemah di muka surat 1, maknanya (pendapat saya saja), kalau boleh saya pinjam kata abang Nietzsche:

Apa gunanya kita mengetahui komposisi air (H20) jika kita terperangkap di atas sebuah perahu di tengah-tengah lautan bertaufan dan berputing-beliung?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2004 01:51 AM | Show all posts
Originally posted by marquez at 22-7-2004 08:17 PM:
Mungkin kerana apa yang disebut Karl Popper sebagai falsifiability, yakni sains boleh ditiru oleh sesiapa untuk menguji kesimpulannya. Sistem-sistem seperti agama, marxisme atau freudanisme tidak m ...


Ye ke?  Kata Thomas Aquinas lak...

Teologi adalah sains yg menerangkan ttg agama dan menunjukkan manusia ke jln keselamatan...

Tegasnya kuasa akal tak harus mengatasi kepercayaan.  Jika ini berlaku ia akan menjejaskan perkembangan kemajuan...

Theologica adalah raja kpd sains (Zaman pertengahan).  :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2004 04:19 PM | Show all posts

by MArq

Apa gunanya kita mengetahui komposisi air (H20) jika kita terperangkap di atas sebuah perahu di tengah-tengah lautan bertaufan dan berputing-beliung?


okay well salam terlebih dahulu

apa gunanya tahu water composition well hmm i think you are aimning at the relevance of the knowledge kan..so..
i think tak gunalah tahu tapi if he knew  how to apply  VECTOR in physics dia tahu ARAH ANGIN .. the hurricane / thypoon ..and the velocity of aech  of the agin and the boat DIA AKAN tahu yg ALLAH ini MAHA BIJAK..sbb dia akan tahu mcm mana nak mengemudi boat nya dgn laju yg tertentu  dan tahu nak reverse the effect of tidal wave force tu.....


tapi kan soalan saya would he be  so deathly wildly crazily worried tak in the DEAD SEA...kalau ada hurricane angin puting beliund ker belantan ker..
well if only he knows.... the COMPOSTION....hehehehehe..so...
that's all dear.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2004 02:28 PM | Show all posts
Originally posted by Nazra81 at 2004-7-28 10:21 AM:
Niels Bohr: Kill me if science 100% true...

Sains tak pernah tpt, ia hanya tepat pd zmnnya. Sains juga tak pernah lengkap. Cuma apa yg tersedia ada tlh cukup utk mencipta satu pembaharuan. Saint ...

Sains adalahlah salah satu cabang ilmu yg dikurniakan Allah.
mana-mana ilmu pun...ketepatan nya bergantung kepada kebijaksaan dan usaha kita...
Namun...sains adalah suatu ilmu yang memberikan sesuatu keputusan hasil dari eksperimen atau percubaan dan tidak hanya andaiaan semata-mata.
Sebab itu ianya dilihat terlalu hampir kepada suatu ketepatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2004 06:03 PM | Show all posts
Atau mungkin sains adalah penjajahan minda orde dunia baru?

Sains adalah satu pilihan kuasa. Ia dibangunkan untuk meluaskan penguasaan dan ia dipinggir untuk menumpulkan pertentangan kepada kuasa. Di dunia hari ini, apa yang menjadi pencetus sains?

Sejauh mana kemurniaan hati dapat membawa seorang itu dalam bidang sains?
Reply

Use magic Report

Nazra81 This user has been deleted
Post time 5-8-2004 09:11 PM | Show all posts
Originally posted by marquez at 4-8-2004 06:03 PM:
Atau mungkin sains adalah penjajahan minda orde dunia baru?

Sains adalah satu pilihan kuasa. Ia dibangunkan untuk meluaskan penguasaan dan ia dipinggir untuk menumpulkan pertentangan kepada kuas ...


Kalau kita percaya kita di landasan yg benar, dan sains adalah untuk kebaikan sejagat, teknologi perang pun boleh digunakan ke arah kebaikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2004 12:59 AM | Show all posts
Kalau kita percaya kita di landasan yg benar, dan sains adalah untuk kebaikan sejagat, teknologi perang pun boleh digunakan ke arah kebaikan


Memang banyak kemajuan sains yang terhasil dari perlumbaan senjata dan keghairahan meningkatkan teknologi perang (internet sebagai contoh), tetapi malang sekali yang mampu untuk mengadaptasikan teknologi-teknologi baru ini cumalah syarikat-syarikat gergasi yang hidup berdasarkan keuntungan. Pasaran kapitalis yang seperti dilaung-laungkan oleh kuasa besar hanyalah gema dari suara-suara syarikat-syarikat gergasi yang kini mempengaruhi orde baru dunia.

Perubahan teknologi terlalu pantas dan memerlukan pelaburan yang terlalu tinggi, hingga, hari ini jarang  orang persendirian dapat menghasilkan inovasi-inovasi baru untuk memanfaatkan manusia sejagat. Lihat sahaja Microsoft dan cara ia beroperasi. Lihat sahaja apa nasib Napster. Contoh-contoh ini boleh diaplikasi dalam semua bidang...

Saya pesimis, ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2004 01:13 PM | Show all posts

kalaulah kita berada di zaman itu

Originally posted by marquez at 2004-8-4 18:03:
Atau mungkin sains adalah penjajahan minda orde dunia baru?

Sains adalah satu pilihan kuasa. Ia dibangunkan untuk meluaskan penguasaan dan ia dipinggir untuk menumpulkan pertentangan kepada kuas ...

apa you tanya sejauh mana ..well lihatlah pada zaman Renaissance MArq..apakah tamadun " the "WEST ' itu mingkin terbina dari zaman  middle ags secara spontan tanpa SOKONGAn input curahan ilmu , hasil penaakulan , hasil pembaik pulihan teori Greek dan Romawi  apakah tamadun selepas greek dan romawai , kesinambungan warisan  ilmu itu dapat diteruskan tanpa ada hati - hati , syahsiah ahli sains pada satu tamadun ini  yg mengerakkannya? tanpa jaguh jaguh ilmuwan seperi ARRhazes? Al - ABULqassim etc untuk memperkembangkannya? apakah kualiti yang ada pada mereka??


apa ciri - ciri yang ada pada mereka ..
mengapa ilmu sains berkembang dengan lebih pesat sekali pada teh golden age?
apakah rahsia ? hikmah di sebalik penciptan astrolab / pembinaan asas ilmu falaq itu?
ia hasil dari pada AD- DIN itu sendiri ...dan adanya otak kepala  yg berkesadaran inilah dan dari nawaitu yang  indah , bersih MURNI inilah lahirnmay warisan keilmuan ini..it was founded out of pure heart to know teh KHLAk better dan untuk mengerjakan ibadat  dengan lebih better..

kan?

it wqs stemmed from there...i think..
cantiknya ilmu itu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Untuk Aku sains ni kerja belajar kalau nak jadikan diri Kita maju untuk berfikir.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul tak pandangan Aku ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
takper la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.064544 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list