Seorang doktor Rusia berdepan tiga tahun penjara atas dakwaan menyebabkan kematian seorang pesakit wanita ketika melahirkan akibat rahimnya direntap keluar secara tidak sengaja.
Mangsa, Alisa Tepikina,22 mati akibat kesakitan yang teramat apabila doktor cuba mengeluarkan plasenta yang tertinggal dari rahimnya selepas dia melahirkan anak perempuannya.
Namun, kesilapan berlaku apabila keseluruhan bahagian rahimnya telah direntap keluar sehingga menyebabkan wanita ini koma, lapor Daily Mail.
Bayi dan keluarga mangsa. Kredit foto: Dailymail
Dikatakan juga kejadian di Nizhneserginskaya, Rusia ini, mangsa hanya mampu tersenyum ketika melihat bayi perempuannya sebelum dia meninggal dunia selepas itu.
Menurut ahli keluarganya, mereka mendengar jeritan mangsa ketika menunggu di luar.
Kesilapan yang dilakukan oleh doktor ini menyebabkan kehilangan darah yang banyak, kejutan dan kegagalan pada jantung pesakit.
Kredit foto: Dailymail
Ibu mangsa, Svetlana Malyukova, 42 berkata,
"Tiada maaf untuk doktor itu dan jangan cuba menghubungi kami lagi."
Bayi perempuan itu kini yang dinamakan Anya, dijaga oleh ibu dan suami mangsa. - CARI |