'Hanya tengok orang disamun tapi tiada yang tolong'
CHERAS - Individu yang merakam kejadian samun yang videonya tular mengundang kecaman netizen kerana dia tidak membantu individu disamun itu.
Lebih menyedihkan, orang ramai yang berada di kawasan sekitar kejadian tidak tampil membantu individu terbabit walaupun dalam rakaman tersebut kedengaran suara meminta tolong.
Video berdurasi 30 saat itu dimuat naik di Facebook dan kini tular di media sosial dengan menggunakan posting yang sama memberitahu 'Kes samun di Cheras. Syabas perakam dan penonton'.
Bagaimanapun pada akhir video berkenaan dipaparkan orang ramai cuba mendekati mangsa apabila individu yang dipercayai penyamun beredar daripada tempat kejadian.
Netizen meluahkan pandangan masing- masing terhadap posting video berkenaan.
Status tersebut kini telah meraih 10,000 tontonan walaupun baharu sahaja dimuat naik awal pagi tadi yang mendapat pelbagai tanda reaksi dan komen daripada pengendali Facebook.
Kata Nor Azura Othman "Apa dah jadi dengan orang sekeliling itu, kena santau ke tak boleh buat apa-apa. Melolong minta tolong itu, kenapa semua buat tak tahu,".
Intan Hayati pula berkata, "Apa kau ingat orang itu sedang buat drama," tulisnya sebagai reaksi kepada kejadian tiada orang menghulurkan bantuan kepada mangsa samun itu.
Kadang bukan tak ada yang nak tolong bantu tapi mereka takut kalau penjenayah tu ada bawak senjata merbahaya pasti mereka takut boleh membahayakan mereka pula
Post time 18-10-2019 04:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Takut kot. Kadang2 Kita kena jaga keselamatan diri jugak. Bapak I selalu ckp kalau nasib x baik beg Ada org nak ragut ke jgn pertahanankan.. yala, harta benda boleh cari. Nyawa Ada 1 he.
benda paling annoying si perakam kenapa x tlg peragut?instead slhkan org sekeliling....kalo dh org sekeliling ko penakut, ko beranikanlah diri p tolong....paling tdak jerit pd peragut tuh polis2....
Post time 19-10-2019 01:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Cakap pandai la.. cuba kalau situasi ni jadi depan mata.
Bukan tak nak tolong, tapi terkejut, panik, semua jadi kaku. Tapi aku yakin, kalau ada sorg je yg mulakan langkah, mesti ada yg mengikut kejar kawaq tu..
Post time 19-10-2019 04:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Satu "kebaikan" sifat org pemarah @ cepat Naik darah ni Bila ada kejadian mcm ragut biasa derang akan terus campur tangan kalau tak pun menjerit, I dah pernah experienced