CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3687|Reply: 32

[Tempatan] Pelajar tahfiz disimbah air panas

[Copy link]
Post time 18-10-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Ejek, gaduh, simbah air panas



Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my

BERMULA dengan ejek-mengejek hingga membawa kepada pergaduhan yang kemudian mendorong kanak-kanak lelaki menyimbah air panas terhadap rakan setahfiznya.

Kejadian di pusat tahfiz di Keramat, Kuala Lumpur pada Rabu lalu, menyebabkan mangsa yang berusia 13 tahun melecur di dada, perut dan belakang badan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian selepas bapa mangsa berusia 37 tahun membuat laporan sebaik dimaklumkan kejadian menimpa anaknya pada 4 pagi hari kejadian.


“Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan ketika berada di situ, pengurusan tahfiz memberitahu bapa mangsa kejadian itu (anaknya disimbah air panas) menyebabkan dia membuat laporan polis.

“Laporan dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak dan susulan itu, kita menahan pelajar tahfiz yang berusia 12 tahun untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rajab Ahad berkata, siasatan awal, kanak-kanak itu mengaku menyimbah air panas terhadap mangsa selepas mereka bergaduh pada 14 Oktober lalu yang bermula dengan ejek-mengejek.

“Pertengkaran berlarutan yang mendorong kanak-kanak itu menyimbah air panas ke atas mangsa pada Rabu.

“Sebelum itu, (ketika pergaduhan pada Isnin) pengurusan tahfiz sudah mengambil tindakan terhadap kedua-duanya dan memaklumkannya kepada ibu bapa mereka,” katanya.

Menurutnya, keadaan mangsa dilaporkan stabil namun, masih dalam pantauan doktor.

“Kanak-kanak itu dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya yang memberitahu kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 5:00

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2019 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana dapat air panas tu? Bukan setakat segelas ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bermula dengan ejek mengejek...berlarutan hingga membahayakan diri....semoga adik ni diberi  kesembuhan......
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
baru td aku ckp dgn laki aku,

hntr anak g tahfiz pon klu rohani kosong, xde tau erti perikemanusiaan, xde guna, selain mak pak ni doa dia, kene buat sesuatu, hidup skrg ni semua pengajaran.... perlu belajar sesuatu dan dpt sesuatu.....

masuk tahfiz bukan jaminan akan jd budak baik dan behave....

semoga cpt sembuh la nak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 05:48 PM | Show all posts

tahfis = tempat yg menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai ibu bapa bila anak nakal..jahat hantar tahfiz dengan harapan jadi baik. Tapi sudahnya menyusahkan orang.
Pendidikan yang baik sepatutnya bermula dari rumah. Bapak borek anak rintik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2019 06:26 PM | Show all posts
Ramai orang ingat budak tahfiz ni budak2 baik.
Tak semua. Klu dah perangai setan dibawak dari rumah, mmg akan dibawak ke tahfiz.
Mak bapak hantar pun sebab tak larat lagi nak didik anak tu.

Dah tiba masanya tahfiz kena buat tapisan sebelum ambil pelajar.
Jangan main tangkap muat je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecik2 dah mental xboleh control kemarahan
Dr siram air panas sampai melecur, baik la siram air ais
Terasa jg kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2019 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Junior siram senior air panas...ntah2 dah x tahan asik kena ejek dan buli
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 07:14 PM | Show all posts
bdk2 zmn skrg ni mmg ganas2 sensitif jg ya..dr ejek mengejek
marah punya psl siram air panas terus..minta dijauhkan lah anak2
kita dr benda2 mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
yuki812 replied at 18-10-2019 06:04 PM
Ramai ibu bapa bila anak nakal..jahat hantar tahfiz dengan harapan jadi baik. Tapi sudahnya menyusah ...

Inpirasi dari ustaz Abdul Somad. Dulu nakal amat sekarang bagus amat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 08:20 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh dik..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
c===8 replied at 18-10-2019 07:10 PM
Junior siram senior air panas...ntah2 dah x tahan asik kena ejek dan buli

Betul!

Takde sorang pun yang nak tanya siapa yang memulakan. Semua pakat keluar "fatwa". Sisi positif pusat tahfiz dilupakan seketika...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantar anak Kat SJKC jelah
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ganas bebudak sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:07 PM | Show all posts
betul ke sebab ejek mengejek jah. kalau kena buli ke hapa memang selayaknyalah kau dikerjakan sebegitu nok sebab menyusahkan orang yang betul2 nak belajar jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2019 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
dari tahfiz ke henry gurney lps ni ko dikkk
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kaishi replied at 18-10-2019 05:45 PM
baru td aku ckp dgn laki aku,

hntr anak g tahfiz pon klu rohani kosong, xde tau erti perikemanusi ...

Kita sependapat sis. Kurang setuju dgn certain parents yg hantar anak ke tahfiz dgn harapan anak akan berubah. Dh rupa tempat buangan la gitu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:44 PM | Show all posts
kes buli la ni..ejek nama bapa pun boleh gaduh..
xfaham kenapa, kalau nama bapa buruk boleh la nak sentap..ni nama bapa sedap je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:47 PM | Show all posts
Tidak ada yg terlebih baik untuk membentuk jatidiri anak2 ke arah Islam dgn menyalurkan didikan selaras dgn al-Quran.  Maka tidak salah bagi parent jika mereka ada niat yg sedemikian itu.  Percaya kalau melentur buluh biar semenjak rebung, maka itulah yg dilakukan.  Sedangkan kenakalan anak2 itu hal biasa.   Wbgmnapun, anak2  tahfiz ini, kesungguhan  mereka menghafal ayat2 suci AQ, apakah mereka difahamkan  juga dgn tafsiran yg serba mendidik.  Adakah mereka semata2 disuruh menghafal dn menghafal. Bagaimana dgn pemahaman  inti tafsiran surah2 yg dibaca, adakah turut ditekankan.

Sedalam manekah anak2 tahfiz  ditanamkan pengertian hablum minallahi wahablum minan nas.  Tidak wajar  hanya sekadar menghafal dn menghafal: Tauhid, fiqh dn tasauf  harus sejajar dgn menjaga hubungan baik sesama ummah dn tidak saling menzalimi. Itulah tugas guru2 dn ustaz2 yg berada di pusat tahfiz menyemai kesedaran kpd anak2 menjaga hubungan baik tidak shj kpd Allah swt ttpi juga menjaga silaturrahim sesama ummat.  

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.078375 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list