CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1008|Reply: 3

[Tempatan] Desakan elaun Ahli Parlimen 'ponteng' dipotong. Cadangan MUSTAHIL dilaksanakan

[Copy link]
Post time 18-10-2019 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Tak cukup korum: Sampai masanya elaun Ahli Parlimen 'ponteng' dipotong - MPMMK
Astro Awani | Diterbitkan pada Oktober 18, 2019 14:39 MYT

KUALA LUMPUR: Mana-mana Ahli Parlimen termasuk menteri dan timbalan menteri yang didapati 'ponteng' atau tidak hadir ke sesi persidangan Dewan Rakyat tanpa sebab perlu dikenakan tindakan pemotongan elaun.

Timbalan Presiden Majlis Pemikir Muda Melayu Kebangsaan (MPMMK), Haslihelmy DM Zulhasli berkata, cadangan pemotongan elaun itu pernah dikemukakan sebelum ini dan sudah sampai masanya ia dilaksanakan.
"Kita berpandangan bahawa, sebagai seorang Ahli Parlimen khususnya menteri dan timbalan menteri yang dilantik, mereka seharusnya hadir sepanjang sidang Dewan Rakyat berlangsung jika tiada sebab kukuh yang membolehkan mereka untuk tidak hadir.

"Jadi, kita berpandapat, sudah sampai masanya penguatkuasaan pemotongan elaun Ahli Parlimen yang sengaja ponteng sidang Dewan Rakyat tanpa alasan yang kukuh dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
BACA: Dewan Rakyat tak cukup korum, perbahasan terhenti seminit

Isu Dewan Rakyat 'kosong' bukan baharu berlaku sebaliknya pernah ditegur sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Julai tahun lalu yang tidak berpuas hati dengan kehadiran menteri dan timbalan menteri.

Pada Khamis, isu Dewan Rakyat ‘kosong’ seakan-akan tidak dipandang serius terutama oleh wakil rakyat daripada kerajaan apabila pada sidang kali ini terutama pada sesi perbahasan Belanjawan 2020 kehadiran menteri dan timbalannya dipertikai.

Kekosongan itu turut mendapat teguran daripada Ahli Parlimen Pasir Gudang (PH), Hassan Abdul Karim yang bangun mencelah bertanyakan perkara terbabit.

Susulan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya kecewa apabila Dewan Rakyat yang masih bersidang terpaksa dihentikan seketika susulan korum kehadiran tidak mencukupi.


Menurut Ismail Sabri, pembangkang mencadangkan Dewan Rakyat dibubarkan bagi mencari ahli Parlimen baharu yang berminat menghadiri persidangan itu.

Dalam pada itu, Haslihelmy berkata, kehadiran Ahli Parlimen khususnya menteri dan timbalan menteri ke sesi Dewan Rakyat adalah penting demi memastikan persidangan itu berjalan dengan lancar.

"Kalau kita lihat Peraturan Mesyuarat 21 (1a), pertanyaan-pertanyaan bolehlah diarahkan kepada menteri berkenaan dengan hal-hal urusan dalam kementerian.

"Dewan Rakyat berbeza dengan Dewan Negara yang mana hanya menteri dan timbalannya sahaja yang boleh menjawab soalan dikemukakan dan tidak boleh diwakilkan," katanya.

Jelasnya, MPMMK turut menyokong cadangan pembubaran Dewan Rakyat susulan kehadiran mengecewakan Ahli Parlimen sepanjang persidangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2019 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kosser nyah...nak ke dorang potong elaun tu. Entah-entah tetiba keluar berita elaun dinaikkan sebab kenaikan kos sara hidup. Hakkktuuiiihhhh... maka raykat teruslah berhuhuhu .
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya hilang pencen terus
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah lah yg mengundi MP Hanching ni. Budget tu utk rakyat tp apa yg diaorang buat? Diaorang boleh buat x pedulik jer. PM tepi yg xde jawatan kabinet tu pun memonteng....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.057509 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list