CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 959|Reply: 3

[Tempatan] Zakir Naik saman Ramasamy

[Copy link]
Post time 18-10-2019 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
DR Zakir Naik saman P Ramasamy

Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my

PENCERAMAH bebas, Dr Zakir Naik memfailkan saman terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy yang didakwa mengeluarkan kenyataan memfitnahnya.

Beliau memfailkan saman itu melalui Tetuan Akberdin & Co di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 16 Oktober lalu.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Zakir sebagai plaintif mendakwa Ramasamy sebagai defendan ada mengeluarkan dan mengaibkan beliau dalam beberapa kejadian.

Menurutnya pada 10 April 2016, Ramasamy didakwa memfitnahnya dengan memanggilnya dengan gelaran tidak sopan dan dimuat naik di laman Facebook miliknya.

Selain itu, Zakir mendakwa pada 1 Oktober 2017, defendan sekali lagi membuat pernyataan fitnah terhadapnya dan artikel mengenainya dimuat naik di dalam laman portal Free Malaysia Today (FMT) pada tarikh sama.

Plaintif juga mendakwa pada 11 Ogos lalu, defendan didakwa memanipulasikan jawapannya ketika berucap dalam ceramah dianjurkan kerajaan negeri Kelantan.

Pernyataan fitnah itu didakwa disiarkan di laman sosial FMT pada tarikh sama.

Pada 20 Ogos 2019, defendan sekali lagi didakwa mengeluarkan pernyataan fitnah terhadap plaintif dan disiarkan media antarabangsa iaitu India Today.

Zakir mendakwa pernyataan itu tidak berasas dan defendan berniat jahat tanpa membuat sebarang pengesahan mengenai kebenaran berhubung semua tuduhan itu.

Semua pernyataan fitnah itu membawa maksud seolah-olah plaintif berperwatakan jahat dan menjadi ancaman kepada keamanan dan keharmonian negara Malaysia.

Oleh itu, plaintif menuntut injunksi bagi menghalang defendan daripada mengeluarkan, menerbitkan atau memuat naik pernyataan fitnah di mana-mana medium.

Selain itu, plaintif menuntut permohonan maaf, ganti rugi am, teruk, teladan dan pampasan serta relif lain yang difikirkan wajar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 6:10 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2019 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasi saman biar zakar ramasamy x mampu naik lg..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sokong zakir naik
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:41 PM | Show all posts
go dr zakir

we all mesian muslim give full support
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.455992 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list