CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1639|Reply: 16

[Tempatan] Share Facebook cite kena gangguan seksual. Ingatkan dapat sokongan, simpati tapi

[Copy link]
Post time 19-10-2019 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Ibu 2 anak menangis jadi mangsa gangguan seksual lelaki gempal - “Dia rapatkan badan, saya boleh rasa sesuatu terkena pada punggung”

MEMANG sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kes gangguan seksual dilaporkan serta diviralkan di media sosial.

Umpama bermusim, gangguan seksual terhadap wanita berlaku tanpa mengira masa dan lokasi, asalkan sang pelaku dapat memenuhi nafsu sendiri.

Malah si pelaku juga semakin berani melakukan perbuatan tidak bermoral itu di lokasi terbuka serta tempat tumpuan ramai menggunakan kaedah licik untuk mengaburi tingkah laku mereka.


Begitu juga dengan kisah yang dialami wanita ini, yang berkongsi pengalamannya menjadi mangsa gangguan seksual menerusi satu posting di laman Facebook.

Hanya mahu dikenali sebagai Ayda, wanita ini berkata dia sama sekali tidak menyangka menjadi mangsa gangguan seksual sehingga menyebabkan dirinya trauma untuk keluar rumah tanpa ditemani suami.

Mengimbas kembali kejadian yang berlaku Rabu lalu, Ayda berkata dia bersama ibu, adik dan dua anaknya pergi ke sebuah pasar raya mini di Seremban untuk membeli perkakas rumah.

“Kami pergi ke pasar raya mini itu lebih kurang pukul 3.30 petang. Bila sampai di sana, saya berseorangan kerana mahu mencari botol air plastik, manakala ibu bersama adik.

“Ketika sedang ralit membelek, tiba-tiba saya rasa seperti dihimpit seseorang dan paling membuatkan saya tersentak apabila punggung saya macam terkena sesuatu seperti alat sulit lelaki.

“Terlalu terkejut, saya terus menjerit dan ketika berpaling, saya sempat melihat sesuatu sungguhpun lelaki itu memakai jeans. Saya terus berlalu sambil menangis dan mendapatkan ibu saya, manakala lelaki itu berpura-pura terpinga-pinga seolah tiada apa yang berlaku,” kata wanita berusia 28 tahun ini.

Ayda turut menerima komen negatif daripada netizen mengenai perkongsiannya.

Ujar Ayda, ibunya meminta dia berdepan dengan lelaki berkenaan, namun Ayda mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan memberitahu suaminya kerana bimbang diapa-apakan.

“Tak ada saksi yang betul-betul nampak perbuatan lelaki ini. Sebaik sampai di rumah, saya beritahu suami, dan kami bersama-sama pasar raya mini tersebut untuk meminta rakaman kamera litar tertutup (CCTV).  Staf di sana berikan kerjasama dan rakaman itu saya ambil sebagai bukti,” kata suri rumah ini lagi.

Terdahulu Ayda berkongsi pengalamannya menerusi satu posting di Facebook, selain turut menyertakan klip video rakaman CCTV yang diperoleh daripada pasar raya mini berkenaan.

Menerusi klip video berdurasi 32 saat itu, kelihatan seorang lelaki gempal berbaju biru menghampiri dan merapati badan Ayda daripada belakang, sebelum menunjukkan reaksi terkejut selepas wanita itu menjerit.

    Kejadian itu berlaku pantas, kalau lihat sekali imbas saja, mungkin tak nampak seperti yang saya ceritakan. Tapi, cuba fikir logik, kenapa dia beriya-iya nak ambil barang di tempat saya berdiri. Kalau betul dia tak ada niat, dia boleh saja minta saya ke tepi sedikit. Saya pasti akan beri laluan.
    AYDA
    MANGSA

Perkongsian itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen, malah tidak kurang ada yang mempertikaikan kesahihan kisah ibu kepada dua anak ini.

“Kejadian itu berlaku pantas, kalau lihat sekali imbas saja, mungkin tak nampak seperti yang saya ceritakan. Tapi, cuba fikir logik, kenapa dia beriya-iya nak ambil barang di tempat saya berdiri. Kalau betul dia tak ada niat, dia boleh saja minta saya ke tepi sedikit dan tentunya saya akan beri laluan.

“Lagipun dia tak lihat-lihat atau pilih-pilih pun barang, sebaliknya terus terpa ambil barang. Lorong tu punya luas, dia nak juga menghimpit. Barangkali orang yang tak pernah kena akan beri komen negatif. Tapi saya yang merasainya.

“Saya tak ambil kisah sangat dengan komen negatif. Niat saya kongsi di laman sosial untuk beri peringatan, kerana bimbang ada yang akan terkena dengan orang yang sama. Lebih daripada itu, saya mahu ingatkan wanita dan ibu bapa di luar sana agar berhati-hati kerana sekarang ni banyak kes gangguan seksual. Tak dapat bayangkan kalau ia terjadi kepada anak kecil kita,” kata Ayda.

Tambah wanita ini, dia sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis agar pelaku tersebut dibawa ke muka pengadilan.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2019 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat je report kak, orang macam ni kena ajar.
Kalau biar la lagi sakan dia buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:05 AM | Show all posts
Klu nak share kat fb, hati hatilah.
Akan lebih ramai golongan yang akan kutuk kakak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:07 AM | Show all posts
Eloklah bersuara diam2kan lagilah ia berleluasa
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols pnh kne weh dlu nate babi jate tu siap tggu meols balik dr saloon. Siang ari yach kbtulan jln kaki. Lpstu siap ikut ke umh. Smpai bwh umh meols benti kt tangga sbb nk check kt peti surat kot ade bil2 sampai meols tbongkok stu tibah rasa konek keras kt punggung n nate hate tu pegang pinggang. Otomatik trus meols pusing n jerit makihamun. Tkejut heshe Lpstu buat2 tnya meols kje kt Airport etc pdhl kemain byk airlines kt klia tu. Meols campak brg2 dr saloon n trus kjr pehtu nate lahanat tu pusing satu blok n g msuk blok pling dpn trus ilang.Jiran2 sume dh kluar sbb meols jerit. Ptg tu jgk wt report polis n wt sesi pengecaman sgala pdn muka kjp je kne tangkap. Tp bgus polis area tmn meols duk aritu xlm lps wt repot trus deme bkmpung kt semua blok n bwk lakaran muka haramjadah tu. Dh la muka mcm babi huduh prgai pn huduh nate jate tuh
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebaiknya yg kene trus report polis bia melingkup jate lahanat gila seks.ntah brp rmai la duk buat nti klo semua diam n malu. Kwn meols lak pnh kne raba kt punggung oleh jate keling kt pasar malam. Trus ngis2 sbb tkut n takut. Keling tu siap pusing n senyum pehtu jln cepat2 trus ilang xnmpk dh. Jahat sgt trauma tau klo kne gngguan seksual ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2019 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Lolz! pernah hadapi dulu. Namun i telah menggunakan super power sage mode naruto untuk melanyak jejaka tersebut tanpa segan silu. Demikianlah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg komen negatif dan mengutuk kat akak ni, tunggulah suatu hari nanti benda jadi lebih teruk kat diri sendiri atau org terdekat. Sexual harassment is real. Mmg ramai bangsat kaki sexual harassment ni. Tapi malang sekali mangsa selalu di perlekehkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2019 11:51 AM | Show all posts
x faham kenapa mangsa yg kena kecam.... is it sbb  cctv tu x clear?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
aku masa aku skolah men dulu. naik bas awam berimpit. depan mata aku... pakcik tu dia duduk. then tgn dia menggagau je paha org, bontot org yg berdiri depan dia.. dia siap sengih2 ja bila aku tgk dia.aku takut xtau nk buat apa.
aku teringat2 lg muka dia senyum miang tu.. vavi betul.. harap selamat la dia dlm kubur
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
jntan jijik skrng makin berani thts y pompuan yg jd mangsa patut turut sma jd lg brani lawan. takot nk lawan tmpar sepak ke ape ko lari jerit mntak tlong, tgk skliling ad saksi or cctv n report polis. jgn bila kena ko lari balik nangis bucu ktil trauma sorang2 smpai kesudah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Beautifulliar. replied at 19-10-2019 11:04 AM
Sebaiknya yg kene trus report polis bia melingkup jate lahanat gila seks.ntah brp rmai la duk buat n ...

Kuang hajau, iols boleh bayangkan sebab pernah kena...bukan india,  tapi pendatang.  

Tapi masa tu iols budak lagi...  Memang lahat jantan spesis mcm ni...

S**l,  b*b*...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 19-10-2019 12:32 PM
Kuang hajau, iols boleh bayangkan sebab pernah kena...bukan india,  tapi pendatang.  

Tapi masa ...

Mmg sial babi jate hat duk gila buat sexual harassment ni. Lg kite diam takut lg deme sengih2. Kwn meols tu tgh beli popia basah meols tggu kt tepi dh prsn dr jauh nape keling tu jln dr tengah mnyenget ketepi smpai kt kitorg. Tp ms nate babi tu raba punggung kwn meols ms tu tgh rmai org kn sesak2 jd xde spe prsn. Tu yg heols berani. Kwn meols lak ngis2 dh tkut smbil tunjuk kt meols jate tu siap pusing n senyum mcm puas gitu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 01:06 PM | Show all posts
nak bagitau tengah laku lagi la tu...wakakakakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnnySins replied at 19-10-2019 01:06 PM
nak bagitau tengah laku lagi la tu...wakakakakakkakaka

Jntan sangap xkira pn mangsa rupa mcm mna... sbb biasa nya jantan sangap pn rupa huduh gak
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 01:12 PM | Show all posts
aechae replied at 19-10-2019 01:11 PM
Jntan sangap xkira pn mangsa rupa mcm mna... sbb biasa nya jantan sangap pn rupa huduh gak

mana hang tau..hang jantan ka? wakakakakkakakakakaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2019 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnnySins replied at 19-10-2019 01:12 PM
mana hang tau..hang jantan ka? wakakakakkakakakakaa

Klu iols jntan xda lh i judge jantan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.073707 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list