CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3037|Reply: 31

[Tempatan] Memang patut instafamous kena cukai. Pendapatan RM10,000. Ramai follower caj lag

[Copy link]
Post time 19-10-2019 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Solek-solek dapat wang
       

Menjana pendapatan sendiri hampir RM10,000 ketika usia baru menganjak 12 tahun mungkin kedengaran mustahil.

Namun, itu jumlah yang pernah diperoleh Aliya Maisarah Ismail ketika aktif melakukan ulasan berbayar (paid review) di laman Instagramnya tiga tahun lalu.

Terkejut dengan jumlah yang diterima, Aliya Maisarah, 15, bagaimanapun mula belajar untuk berbelanja menggunakan duit sendiri hasil servis ulasan berbayar itu tanpa mengharapkan lagi wang pemberian ibu atau bapanya.

Menggunakan nama @liyamaisarah_ untuk akaun Instagramnya, Aliya Maisarah menyedari pengikutnya di laman sosial itu mula bertambah selepas kerap berkongsi gambar wajahnya yang disolek sendiri seperti wanita dewasa.

ALIYA Maisarah mula mendapat pengikut yang ramai di laman Instagram selepas berkongsi gambar yang dimekap sendiri pada usia 12 tahun.

“Ketika itu, saya gemar tengok gambar wajah wanita yang disolek cantik tidak kira siapapun. Saya tiru solekannya, ambil gambar dan kongsi di Instagram.

“Pada masa sama, saya juga aktif bermain aplikasi Musical.ly, sekali gus memperoleh pengikut di situ yang kemudian turut mengikuti saya di Instagram.

“Seingat saya, rata-rata pengikut Instagram saya memuji saya kerana berkebolehan mekap sendiri pada usia masih kecil.

“Ada juga yang tanya jenama alat mekap yang saya gunakan, puji pemakaian saya dan macam-macam lagi. Mungkin itu juga faktor mereka mengikuti saya,” katanya.

Jelas Aliya Maisarah, sedikit demi sedikit pengikutnya bertambah dan dia mula fikir untuk memanfaatkan kelebihan itu dengan mencari duit poket sendiri.

“Maka di situ bermulanya saya tawarkan khidmat ulasan berbayar dengan caj RM30 untuk setiap ulasan. Ketika itu, pengikut saya mencecah 80,000.

AMIERA Zahira antara Instafamous muda yang turut menjana pendapatan dengan melakukan ulasan berbayar di Instagram.

“Sambutan sangat hebat walaupun saya naikkan caj sedikit demi sedikit sehingga ratusan ringgit mengikut jumlah pengikut.

“Kini, saya terpaksa memilih untuk lakukan ulasan berbayar disebabkan jadual agak padat sejak saya mula berlakon dalam drama untuk Astro Ceria mulai Mac tahun ini,” katanya yang kini mempunyai 1.2 juta pengikut di Instagram.

Bagi Amiera Zahira Witthawint, 16, telefon pintar yang diberikan ibu ketika ulang tahun kelahirannya digunakan untuk pelbagai perkara termasuk bermain aplikasi TikTok dan Instagram.

Malah, sepupu Mawar Rashid ini juga merasakan pengikutnya semakin ramai selepas pelakon itu pernah berkongsi story di Instagram membabitkannya.

“Saya aktif bermain TikTok jadi majoriti mereka yang mengikuti saya di TikTok turut mengikut saya di Instagram.

“Kemudian, Mawar Rashid pula berkongsi story mengenai saya di Instagramnya. Disebabkan itu, pengikut saya semakin ramai dan saya pun mula mencuba untuk mencari pendapatan melalui ulasan berbayar.

“Alhamdulillah, keluarga tidak halang apa yang saya lakukan sebab sejak awal pun, saya memang disiplinkan diri untuk terus siapkan kerja sekolah dan ulang kaji pelajaran sebelum bermain telefon pintar,” katanya.

Berbanding RM30 untuk gambar dan RM40 untuk video bagi caj ulasan berbayar yang ditetapkan sebelum ini, kini Amiera Zahira yang menggunakan nama @myrawitthawint di laman Instagramnya mengenakan caj RM100 untuk gambar dan RM200 untuk video.

Sementara itu, Ahmad Akid Zulkiflee, 18, yang juga dianggap Instafamous menerusi jumlah pengikutnya yang melebihi 500,000 kini turut menjana pendapatan melalui ulasan berbayar.

Katanya, dia mula bermain Instagram pada usia 13 tahun dan jumlah pengikutnya kian meningkat selepas video tarian kiki challenge yang dikongsi di laman itu mulai tular.

“Hasil bapa berniaga di pasar malam, saya gunakan duit itu untuk beli telefon pintar pertama saya.

“Alhamdulillah dengan duit ulasan berbayar ini juga saya kini bantu bayar bil elektrik rumah setiap bulan serta beli makanan untuk keluarga,” kata anak ketiga daripada lima beradik ini.



Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Oktober 2019
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2019 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
myrawitthawint  tu muka ada iras2 anak Abby sikit..cantik jugak
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun nak buat channel utube masak2 laaa.. Cepat kaya sikit
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 10:00 AM | Show all posts
sarah82 replied at 19-10-2019 09:58 AM
Aku pun nak buat channel utube masak2 laaa.. Cepat kaya sikit

pm link... nanti leh tmbh viewcount +1
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 replied at 19-10-2019 10:00 AM
pm link... nanti leh tmbh viewcount +1

Hahaha.. Tgg bibik sampai duluu weii.. Baru sempat aku nak memasak.. Kalau x nanti habis tiub2 di badan tok, tok cabut masa aku kalut masak.. Huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 19-10-2019 09:58 AM
Aku pun nak buat channel utube masak2 laaa.. Cepat kaya sikit

Hati kna kental sis sbb bila ada yg tak suka macam macam komen yg blh sakit hati baca...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2019 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 19-10-2019 01:29 PM
Hati kna kental sis sbb bila ada yg tak suka macam macam komen yg blh sakit hati baca...

Tu la kan.. Off komen la.. Hahahahaha.. Dah la alatan memasak aku buruk bukan guna tafel..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 19-10-2019 01:33 PM
Tu la kan.. Off komen la.. Hahahahaha.. Dah la alatan memasak aku buruk bukan guna tafel..

Bukan pasal alatan memasa je sis, ada sorg utuber channel memasak ni kna komen membazir sbb tak korek semua batter masuk dlm cake pan...takkan semua kna tunjuk mesti la diorg edit part tu...annoying betul baca komen mcm tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2019 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 19-10-2019 01:38 PM
Bukan pasal alatan memasa je sis, ada sorg utuber channel memasak ni kna komen membazir sbb tak ko ...

Haa.. Yg tu.. Takkan nak tunjuk semua.. Mmg kekadang netizen kejam..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 19-10-2019 09:58 AM
Aku pun nak buat channel utube masak2 laaa.. Cepat kaya sikit

Jangan buat gelek2 kat TikTok dah laaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sifu_sifulan replied at 19-10-2019 02:10 PM
Jangan buat gelek2 kat TikTok dah laaa

Choiiii.. Tik tok pun x ada dlm phone aku.. Just teringin aku nak rakam aku memasak.. Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat bayar tax lah ye adik2 weyh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 02:37 PM | Show all posts
sarah82 replied at 19-10-2019 02:11 PM
Choiiii.. Tik tok pun x ada dlm phone aku.. Just teringin aku nak rakam aku memasak.. Hahahaha

buat talk show pasal politik dengn saya jom..jadi youtuber...borak2 pasai ltte.....wakakakakakaakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnnySins replied at 19-10-2019 02:37 PM
buat talk show pasal politik dengn saya jom..jadi youtuber...borak2 pasai ltte.....wakakakakakaaka ...

Tak nakkkkk.. Boringgg.. Aku nak buat masak2..show jari aku yg cantik ni.. Wakakakakaka..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 02:41 PM | Show all posts
sarah82 replied at 19-10-2019 02:38 PM
Tak nakkkkk.. Boringgg.. Aku nak buat masak2..show jari aku yg cantik ni.. Wakakakakaka..

patut la mangkaq2 tu suka kacau hang...wakakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnnySins replied at 19-10-2019 02:41 PM
patut la mangkaq2 tu suka kacau hang...wakakakakakakakakaka

Depa butthurt bro.. Butthurt kena cop mcm2..sapa suruh cari gaduh dgn aku... Wakakakaak.. Aku x leh terima knights kata aku org umno...ciskek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2019 04:42 PM | Show all posts
sarah82 replied at 19-10-2019 01:33 PM
Tu la kan.. Off komen la.. Hahahahaha.. Dah la alatan memasak aku buruk bukan guna tafel..

Tafel tgh ada discount kat shopee, ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 replied at 19-10-2019 04:42 PM
Tafel tgh ada discount kat shopee, ahahaha

Aku tgh tgg black friday bulan 11 ni.. Yezaaa.. Aku berkenan dgn set pisau.. Hahahaha.. Plus bulan ni aku nak cari lagi satu kasut training. Dok berkenan Skecher Ultra Go
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 04:49 PM | Show all posts
sarah82 replied at 19-10-2019 04:44 PM
Aku tgh tgg black friday bulan 11 ni.. Yezaaa.. Aku berkenan dgn set pisau.. Hahahaha.. Plus bulan ...

Hehe tapi kan, klu ko nak buat video youtube masakan, just tunjuk barang nak masak, mise en place dia, pastu cara masak dah settle.
Tak yah nak tayang satu dapur pun takpe. Just tunjuk benda penting je. ehhehe
Btw klu pisau, aku suka victorinox. Dah terbiasa dari zaman itm dulu.

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2019 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 replied at 19-10-2019 04:49 PM
Hehe tapi kan, klu ko nak buat video youtube masakan, just tunjuk barang nak masak, mise en place  ...

Aku dok mengidam pisau tu dah setahun.. Tahun ni mmg aku pejam mata rembat juga.. Hahahaha.. Aku nak beli periuk ni.. Problem sbb aku dok rumah tok aku mengasuh ni.

Kalau nak pindah lps depa x guna perkhidmatan aku jenuh la.. Satu lori juga wei..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.097814 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list