Jangan banding hasil kerja PH dengan kerajaan lama - TPM
AYER KEROH: Hasil kerja kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru berusia ‘setahun jagung’ tidak boleh dibandingkan dengan kerajaan lama yang pernah memerintah negara selama 61 tahun.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menegaskan perbandingan yang jauh berbeza itu tidak boleh dijadikan kayu ukur kepada sistem pemerintahan ketika ini, walaupun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pengalaman memimpin negara selama 22 tahun.
Katanya, yang penting ketika ini adalah semangat muafakat serta kerja berpasukan dalam kerajaan bakal menentukan kejayaan PH dalam mentadbir negara.
“Team work (kerja berpasukan) itu penting. Jangan kita leka kerana mereka (Barisan Nasional) akan lawan kita dengan apa cara sekali pun menerusi pengalaman mereka selama ini.
“Mereka punyai dana walaupun tidak boleh menggunakan apa-apa kemudahan kerajaan, mereka perkenalkan macam-macam (program), mereka tidak pernah berasa bersalah. Kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), adakah mereka berasa bersalah?” katanya.
Beliau yang juga Presiden PH berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Jasin, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Industri Utama yang juga Ketua PKR Cabang Jasin, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Wanita PKR negeri, Datuk Ginnie Lim Siew Lin.
Dr Wan Azizah menegaskan bagi berhadapan dengan situasi lebih getir pada masa depan, semua pihak dalam PH perlu memperkukuhkan perpaduan dalam parti selain menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan menerusi mandat pada pilihan raya umum yang lalu.
Sementara itu, beliau mengingatkan pemimpin PH supaya tidak lupa diri selepas diberi mandat memerintah negara.
Sebaliknya, setiap pemimpin perlu menjalankan tanggungjawab membela nasib rakyat, di samping kekal mempertahankan parti daripada menjadi mangsa fitnah dan adu domba pihak tertentu.
“Perselisihan faham yang mungkin berlaku dalam parti sebelum ini, perlu dilupakan demi memastikan kelangsungan perjuangan dapat diteruskan,” katanya.
saya tak silap perenah bukak thread wan jijah poca pota pun dia tak tau...hang jadi menteri dok tunjuk gelisah masa hanipah meden pengsan ja ka apa ceq? ghapla jingga ya'pur betui...wakakakakakakkakaka
Author|Post time 19-10-2019 07:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sebelum menang kononnya PH can do better
Lps menang idea menteri semua jadi bahan ketawa, kecam
U-turn
Tak buat case study ka
Tak buat brain storming ka
Tak buat challenge session ka
Post time 19-10-2019 10:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pee Heh ni masih belum belajar kesilapan lalu...
Jgn rasa selesa bila dh menang oiiii..
Masih ada PRU PRK lagi akan datang.
Jgn abai kn golongan majority.
Jaga kepentingan Lain, tapi abai kepentingan depan mata. Nanti menyesal