View: 6007|Reply: 114
|
[Tempatan]
Kempen boikot barangan bukan islam dilarang secara total di masjid
[Copy link]
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 20-10-2019 05:13 AM
Perak larang kempen BMF di kawasan masjid
SAIFULLAH AHMAD | | 19 Oktober 2019
IPOH - [DIKEMASKINI] Kerajaan Perak melarang sebarang penganjuran kempen Beli Barangan Buatan Muslim Dahulu (BMF) di dalam kawasan masjid selepas perkara itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) semalam.
Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi berkata, keutamaan diberikan kepada promosi kempen Beli Barangan Halal Dahulu seperti yang sedang dilaksanakan kerajaan.
Menurutnya, penganjuran BMF oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan itu dilaksanakan bukan untuk kepentingan umum tetapi untuk tujuan politik pihak tertentu.
"Ini keputusan mesyuarat MAIPk semalam. Khamis lalu saya sudah mengarahkan supaya pelancaran kempen ini dibatalkan di semua masjid.
"Kalau nak buat karnival jualan boleh tapi jangan kempen. Kita tidak mahu kerajaan dilihat bersama dalam kempen ini sekali gus bertentangan dengan polisi yang mempromosikan produk halal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan dan Kerjaya RISDA Negeri Perak 2019 di Pasaraya Besar Mydin Meru, Bandar Meru Raya di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pengarah RISDA Perak, Nor Afzami Isa dan Pengurus Besar Yayasan Perak, Mohammad Yusoff Abustan.
Asmuni berkata demikian sebagai mengulas mengenai pelancaran Buy Muslim First Peringkat Masjid Negeri Perak di Masjid An-Nur Batu 8, Hulu Kinta di sini semalam.
Beliau berkata, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) diarahkan memanggil ahli jawatankuasa Masjid An-Nur Batu 8, Hulu Kinta untuk memberikan penjelasan kerana membenarkan pelancaran program berkenaan diteruskan.
Katanya, kerajaan negeri juga kesal dengan penglibatan Jabatan Mufti Negeri Perak terhadap kempen tersebut.
Menurutnya, Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim yang dijadualkan merasmikan pelancaran program itu semalam akan dipanggil pada Isnin depan untuk memberikan penjelasan.
Mengulas mengenai kempen BMF itu, Asmuni berkata, al-Quran menekankan halalan thoiyyiba atau halal dan baik, bukan produk Muslim.
"Apabila bercakap mengenai barangan halal secara automatik merangkumi barangan Muslim dan bukan Muslim tidak berkecil hati kerana kita beri peluang kepada semua untuk mendapatkan sijil halal," katanya.
Beliau berkata, kempen BMF turut memberi kesan kepada jualan hasil ladang produk Muslim kerana kebanyakan pemborong berketurunan Cina.
"Mereka takut nak beli kerana orang Melayu hanya beli produk Muslim sedangkan barang yang diborong itu diperoleh daripada peniaga Muslim," katanya.
Semalam, Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Perak mendedahkan terdapat usaha pihak tertentu menghalang kempen BMF di masjid di Perak.
Pengerusinya, Khalil Idham Lim Abdullah berkata, ada pihak menganggap kempen berkenaan bersifat politik sedangkan ia digerakkan atas kesedaran orang Islam.
Sementara itu, Zamri yang dihubungi Sinar Harian mengesahkan pejabatnya menerima undangan untuk bertemu dengan Asmuni pada petang semalam.
Menurutnya, beliau akan hadir pada pertemuan yang dijadualkan pada Isnin nanti.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mmg wujud ke kempen BELI BARANGAN HALAL DULU tu?Apa bodoh punya kempen, mana ada beli halal dulu haram kemudian.. patutnya KEMPEN BELI BARANG HALAL SAJA |
|
|
|
|
|
|
|
Asmuni org PAN. Abaikan aje. PAN mmg khadam DAP
. |
|
|
|
|
|
|
|
Wajar kita org islam utamakan beli.produk muslim . Bkn shj utk pastikan produk halalun toyyiban tetapi utk pastikan duit yg kita hulur kembali kpd masyarakat muslim sbb peniaga islam byr zakat.
PAN dah byk kali menunjukkan bhw mereka skg dah jd anjing belaan DAP. Parti PAN akan terkubur nxt PRU |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian knght gelakkan diri sendiri ke, kami tetap memilih yg muslim dahulu. Mencari yg halal itu fardu, halal toyyibannnnn. Bab politik letak tepi jap. |
|
|
|
|
|
|
|
kittycomel replied at 20-10-2019 12:20 AM
Wajar kita org islam utamakan beli.produk muslim . Bkn shj utk pastikan produk halalun toyyiban teta ...
Senang je nak paham. Asmuni Awi yg bagi arahan tu adalah org kuat PAN dlm krjn perak. Bagus la....lg benci org melayu dgn Asmuni |
|
|
|
|
|
|
|
Sepenggal lah PAN di perak |
|
|
|
|
|
|
|
X per yg penting kita niat kan utk naikkan ekonomi org Islam. Teruskan BMF. |
|
|
|
|
|
|
|
Wooow.... Bagaimana hal ini boleh terjadi....masjid yang seharusnya menjadi benteng umat Islam mengkhianati campaign BMF yang telah diridhoi oleh Allah SWT....
Jeruk makan jeruk...ini namanya. . |
|
|
|
|
|
|
|
Teruskan BMF. Jgn peduli dgn barua bangsa asing. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni produk Moslem kan? Sesuai tak letak kat semejid
https://www.hebatbatin.com/wp-content/uploads/2017/11/subuh-baru-cabut-geherbs-gambir-emas_01042373001865767216.jpeg |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 20-10-2019 01:18 AM
X per yg penting kita niat kan utk naikkan ekonomi org Islam. Teruskan BMF.
Bmf tu banyak unsur politik. Sebab tu tak sesuai eksploit masjid utk tujuan kebendaan gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 20-10-2019 01:18 AM
X per yg penting kita niat kan utk naikkan ekonomi org Islam. Teruskan BMF.
Bmf tu banyak unsur politik. Sebab tu tak sesuai eksploit masjid utk tujuan kebendaan gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 20-10-2019 01:18 AM
X per yg penting kita niat kan utk naikkan ekonomi org Islam. Teruskan BMF.
Bmf tu banyak unsur politik. Sebab tu tak sesuai eksploit masjid utk tujuan kebendaan gitu |
|
|
|
|
|
|
|
buy muslim produk unsur politik...abis yg edar komik komunis tu apa pulak....yg menjerit x pasal2 masa time konvo tu unsur apa pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Biar ajelah dia nk wat apa x bg kempen atau apa aje tp kita ttp teruskan apa yg kita dah buat iaitu #BMF. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha, takat Asmuni yang cakap, same je dgn ko yang cakap @Knights
Xde nilai and xde pekdah. Org lompat2 parti ni bukan leh caye.
Sian ko kan. Even dalam artikel tulis Beli Barangan Muslim Dahulu, ko ttp dgn boikot ko.
X reti membaca camtu la. |
|
|
|
|
|
|
|
Punya laa goyang.. Sampai kena guna masjid pulak.. Wowww.. Penunggang agama org lain versi kapitalis |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 20-10-2019 03:56 AM
Bmf tu banyak unsur politik. Sebab tu tak sesuai eksploit masjid utk tujuan kebendaan gitu
Sampai 3× ang reply pyro.. Sakit hati sgt kaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|