CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4151|Reply: 23

[Tempatan] Isteri cite kisah rumahtangganya ttg suami curang dalam Facebook. Dapat la kumpu

  [Copy link]
Post time 20-10-2019 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Kantoi curang... polis cerai isteri atas alasan tak mahu sangkut kerja - “Terima kasih lafazkan talak di WhatsApp sahaja”
3 jam lalu
3-4 minutes

SELEPAS lima tahun melayari bahtera perkahwinan dengan dikurniakan tiga orang anak, akhirnya wanita ini berkongsi kisah sedih di sebalik ikatan itu.

Lebih malang, wanita yang dikenali sebagai Hasyidatul Hanim ini mengakui sudah diceraikan suaminya melalui aplikasi WhatsApp.

Jelas Hasyidatul, sepanjang lima tahun perkahwinan dia tidak pernah terlintas membuka aib suaminya dan sabar menempuh segala dugaan.


"Ikatan perkahwinan pada 2014 adalah di atas dasar kerelaan dan kasih sayang dengan suami.

"Sebelum berkahwin saya tanya dia betul-betul ke nak kahwin sebab umur masih muda, 23 tahun ketika itu. Dia cakap memang dia nak kahwin.


"Walaupun kami kekurangan dari segi kewangan, saya tidak pernah persoalkan dan ianya bukanlah masalah utama kecuali kekangan masa suami bersama keluarga dan anak-anak.

"Ini kerana dia bekerja sebagai anggota polis dan saya percaya alasannya bahawa tugas lebih penting daripada segalanya.

"Tetapi sepanjang perkahwinan suami beberapa kali curang. Setiap kali kantoi akan berlaku pergaduhan.

"Saya sering dikasari dan dipukul. Tetapi sebagai isteri saya sentiasa memaafkannya. Saya masih memberi peluang kepadanya kerana sayangkan hubungan ini dan anak-anak," luahnya di Facebook yang mendapat lebih 2,000 perkongsian daripada pelayar lain.

    Banyak kali juga saya dijadikan 'punching bag' suami melepaskan geram.
    HASYIDATUL HASHIM

Menurut Hasyidatul, cukuplah tiga kali dia bergadai nyawa untuk melahirkan pewaris suaminya.

"Banyak kali juga saya dijadikan 'punching bag' pelepas geram suami sendiri.

"Sewaktu mengandung anak bongsu, saya ditendang dan hampir masuk wad kerana pergerakan anak tidak stabil. Ketika itu saya masih lagi tutup aibnya.

Luahan Hasyidatul yang menjadi viral pada Sabtu.

"Disebabkan itu saya terpaksa menjalani pembedahan kandungan, namun dia tetap tidak ada di sisi kerana perlu pergi kerja.

"Dan kali ini dia curang lagi. Saya ada mesej wanita itu, namun mereka berdua menafikannya.

"Disebabkan egonya tidak mengaku sehinggalah saya viralkan pasal wanita itu, dia akhirnya ceraikan saya.

"Alasannya dia tidak mahu kes ini tersangkut dengan kerja dia.

"Saya juga minta cerai sebab sudah habis kesabaran dengan dia. Terima kasih lafazkan talak menerusi WhatsApp sahaja," tulis Hasyidatul.

Sebahagian daripada komen pelayar Facebook terhadap status Hasyidatul.

Selepas berkongsi luahannya itu, rata-rata pembaca bersimpati dan memberi kata-kata semangat kepada Hasyidatul.

Antaranya pengguna bernama Zara menulis: "Sebagai perempuan kita ada hak untuk bahagia, buta apa nak pertahankan rumah tangga kalau diri sendiri banyak berkorban. Harta yang kita ada jaga elok-elok... semoga dipermudahkan hidup awak. Amin."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2019 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Curang playboy tapi sibuk nak kahwin. Dah kantoi pukul bini pulak... kimak punya jantan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 03:31 PM | Show all posts
Dalam gaduh2, dapat anak 3 orang juga untuk selama 5 tahun kawin. Anak sorang setahun kot.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
23 dh kawen mmg xpuas enjoy..xpuas lagi nak sarung blok blok yang ada di pasaran. Blok shark, sck, rapido, korek, oversize, cast iron, ceramic, blok 60, 63, 65, spec hiway dan blok uma resing

Bini dh bagi zuriat 3 ketul pn xreti nk hargai
Lepas kawen mohon la tinggalkan tabiat bujang nak berperempuan banyak2 tu..fokus pada satu
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 20-10-2019 03:35 PM
23 dh kawen mmg xpuas enjoy..xpuas lagi nak sarung blok blok yang ada di pasaran. Blok shark, sck, r ...

Blok tu apa Vics?

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 04:17 PM | Show all posts
Jantan yg nak 'makan' sana sini elok tak payah kawin la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2019 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah anak 3 baru ko nak angkat kaki dek...kebal sungguh ko ye....semoga berjaya dan bahagia selepas ni....dont look back plak yer....kote bersepah, jantan quality kena tapis ye dek...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 10:37 AM | Show all posts
Aku rasa....kawin dgn askar lagi terjamin kot....

laki askar takut nak buat perangai sbb klu bini report dgn pegawai atasan, dorang akan diambil tindakan tatatertib....tapi polis ni, kisah rumahtangga, tak blh di ambilkira.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2019 10:42 AM | Show all posts
uda replied at 20-10-2019 03:31 PM
Dalam gaduh2, dapat anak 3 orang juga untuk selama 5 tahun kawin. Anak sorang setahun kot.

org kita mmg cmtu gamaknya...tmpt aku sorang ni pun sama...kene pukul ngn laki pastu nk minta cerai...dlm pada tu sempat lg keluarkan 2-3 anak
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 11:21 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 21-10-2019 10:37 AM
Aku rasa....kawin dgn askar lagi terjamin kot....

laki askar takut nak buat perangai sbb klu bini ...

askar pun ramai punai miang berjuntai kaka..
and kebanyakan bini dorang tak kerja..
jadi la asalkan aku berlaki..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebijik mcm kes kenalan family aku. Laki polis. Laki kaki pukul n kaki pompuan. Tapi bini sampai skrg sabar je. Sampai masuk hosp. Sampai otak jd biul - laki suka bantai kt kepala. Nk minta cerai berkali2 asyik ubah fikiran. Kitaorg dh malas nk tolong. Erm... polis mmg kaki pukul bini n kaki pompuan ke? Hehe.. I know.. serkap jarang je ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 02:33 PM | Show all posts
Edited by jazaa100 at 21-10-2019 02:36 PM
nenekglamer replied at 21-10-2019 12:02 PM
Sebijik mcm kes kenalan family aku. Laki polis. Laki kaki pukul n kaki pompuan. Tapi bini sampai skr ...

Pasukan beruniform memang kebanyakan nya kaki pompuan kecuali bomba.....


Askar....polis....hatta Pcik Guard pun kaki pompuan.....



Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 02:35 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-10-2019 11:21 AM
askar pun ramai punai miang berjuntai kaka..
and kebanyakan bini dorang tak kerja..
jadi la asal ...

memang .pun.....

maksud akk...bila askar buat perangai....dorang akan di panggil pegawai atasan kalau ada report dari wife.....
so...mcm ada pembelaan lah utk pihak wife.....


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 03:25 PM | Show all posts
Victorioussss replied at 20-10-2019 03:35 PM
23 dh kawen mmg xpuas enjoy..xpuas lagi nak sarung blok blok yang ada di pasaran. Blok shark, sck, r ...

+ lagi ikk & cms..hahaha...

nak tuko2 blok pun pikir gak..koyak poket..takpun takut piston yg calorr...

kawin ni bukan kerja suka2..ingat skit dah dpt pangkat suami ni..tanggung jawab besorr..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 03:35 PM | Show all posts
nenekglamer replied at 21-10-2019 12:02 PM
Sebijik mcm kes kenalan family aku. Laki polis. Laki kaki pukul n kaki pompuan. Tapi bini sampai skr ...

aku pun terfikir gini....
sbb yg aku kenal pun kaki pompuan..pastu suka pukul bini.....
lagi satu ada kaki judi....dah tu tanggungjwab hauk..tahu buat anak je..

dan yang aku pelik binik nya boleh sabar.....

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah pesan byk kali, jgn jd bodoh kahwin dgn lelaki yg xberduit. Tp sb takut dicop materialistik, so sibuk nak kahwin. Yg mengata tu ada nk tlg bg duit? Lantak la laki sembang kita letak htran mahal2, tp tlg la klau jntan tu xberduit ko jgn kahwin

Secondly, dah tau laki kaki pukul , boh smpai 3 anak. Ingtkan 10thn kahwin, rupanya 5 thn. Again, jgn jd bodoh

Bagus ko viral kan dan jgn lupa report tatatertib laki dkt peg atasan dia.

Yg jantan pulak klau miskin jgn sibuk nk kahwin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2019 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Playboy itu suamiku..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 04:21 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 21-10-2019 02:33 PM
Pasukan beruniform memang kebanyakan nya kaki pompuan kecuali bomba.....

setakat ni nampak bomba2 di sekeliling saya helok je jaga bini.. bini lawo2 comel.

tapi bukan abam bomba, kakak bomba
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 21-10-2019 02:33 PM
Pasukan beruniform memang kebanyakan nya kaki pompuan kecuali bomba.....



Seriously? Siannya bini2 pasukan beruniform ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
seri_mawr replied at 21-10-2019 03:35 PM
aku pun terfikir gini....
sbb yg aku kenal pun kaki pompuan..pastu suka pukul bini.....
lagi sat ...

Kawin dgn set2 yg cerdik n tau manipulate undang2 ni n terlatih membantai org mmg risky lah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.078971 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list