CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4357|Reply: 22

[Tempatan] Dulu mereka ni SPM pun lingkup, kini Ikon TVET. Gaji RM20,000. Beli kereta bayar

[Copy link]
Post time 20-10-2019 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Gigih bangkit selepas gagal SPM



MEREKA pernah gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun atas usaha dan kegigihan bangkit daripada kegagalan, mereka kini bergaji lebih RM20,000 sebulan.

Malah, lebih membanggakan, ada antara mereka kini mampu membuka perniagaan sendiri dan mewujudkan peluang pekerjaan, selain mampu membeli aset secara tunai dan menghantar ahli keluarga mengerjakan haji dan umrah berkali-kali.

Itu sebahagian kisah dikongsikan tiga Ikon TVET (Latihan Teknikal dan Vokasional) Pembinaan kelahiran Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, di Kuala Berang yang kini boleh tersenyum dengan kejayaan mereka dalam kerjaya.

Muhammad Faizal Ismail, 35; Mohamad Badiuzaman Ya Abu Bakar, 34; dan Muhammad Qamarul Auji Amran, 32, yang juga bekas pelatih ABM diangkat sebagai Ikon TVET atas kejayaan mereka dalam bidang kemahiran masing-masing pada majlis pelancaran Jelajah TVET Pembinaan Edisi Terengganu oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian, di Kuala Berang, semalam.

Muhammad Qamarul Auji, dari Kuala Terengganu berkata, kemahirannya dalam bidang perpaipan (jururegah) hasil kursus diikuti di ABM bukan sahaja memberinya peluang memperoleh gaji lumayan, tetapi juga belayar ke seluruh pelosok dunia, selain kini mampu membuka perniagaan sendiri.

“Saya pernah bekerja di Arab Saudi dengan gaji bulanan terakhir RM12,000 sebelum berhenti kerja untuk membuka perniagaan sendiri dalam bidang sama.

“Alhamdulillah dengan apa yang saya miliki, saya mampu membuka peluang pekerjaan dalam bidang perpaipan untuk pelatih TVET lain dan kini syarikat saya sudah mempunyai tiga cawangan iaitu di Kuala Lumpur, Sabah dan Terengganu dengan jumlah kakitangan dan pekerja seramai 80 orang,” katanya ketika ditemui.

Beliau yang sudah berkahwin berkata, dia pernah putus asa dan tidak nampak jalan untuk meneruskan hidup sebelum bertemu peluang menjalani kursus perpaipan di ABM pada 2006.

“Saya bersyukur kerana dapat menggembirakan ibu bapa yang sebelum ini kecewa dengan saya kerana gagal dalam SPM dan tidak dapat melanjutkan pengajian ke universiti seperti ramai rakan lain,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Faizal, dari Kuala Terengganu, berkata, kematian bapa pada 2004 memberi tamparan buatnya selepas sekian lama leka dengan kehidupan yang hanya bergantung pada keluarga, selepas gagal menghabiskan persekolahan kerana tidak minat belajar.

“Sebelum kematian bapa, saya hanya meminta wang daripadanya untuk menampung hidup, saya langsung tidak fikir mahu bekerja, sehinggalah bapa meninggal, saya hilang arah.

“Ketika itu terbit rasa kesal dan rasa mahu mengubah hidup serta mahu berbakti pada keluarga terutama ibu, Aishah Mamat, 67, lalu saya mula bekerja membaiki kereta di bengkel milik seorang rakan.

“Kemudian ada rakan mencadangkan saya untuk mengikuti kursus kimpalan di ABM selama dua bulan dan sebaik tamat kursus, bermulalah kehidupan baru buat saya apabila berjaya mendapat pekerjaan bagus di syarikat swasta dengan gaji lumayan,” katanya yang kini bekerja sebagai jurukimpal syarikat minyak dan gas (O&G) di Arab Saudi dengan gaji RM18,000 sebulan.

Dia sebelum ini pernah memperoleh gaji RM27,000 sebulan ketika bekerja dengan syarikat O&G di Miri, Sarawak pada 2016 dan bersyukur kerana dapat membeli kenderaan secara tunai, membaik pulih kediaman keluarganya, membantu kewangan keluarga, selain menghantar ahli keluarga termasuk ibu menunaikan haji dan umrah beberapa kali.

Manakala Mohamad Badiuzaman dari Kemaman berkata, beliau banyak bermain ketika zaman sekolah menyebabkannya gagal dalam SPM dan rasa kesal menyebabkannya sedar untuk mengubah nasib diri dan keluarga.

“Kegagalan lalu membuatkan saya mahu bangkit dan tidak terus leka. Alhamdulillah sekarang saya memperoleh gaji RM18,000 sebulan dan dapat membantu keluarga, selain berpeluang ke banyak negara untuk bekerja termasuk China, Hong Kong, Myanmar, Amerika Syarikat dan Dubai,” katanya yang sudah berkahwin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Oktober 2019
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2019 03:21 PM | Show all posts
cth mulayu rajin
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 03:39 PM | Show all posts
Balik2 kalau nk ukur kejayaan je mesti cerita pendapatan.
Kalau camtu yang menipu duit byk2 pun berjaya la.
It's not wrong, tp dr motivator, smpi ke penipu MLM, masyarakat kite dah terbiase disuap dengan idea
BERJAYA = KAYA
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nocturna at 20-10-2019 04:23 PM

Betul mmg gaji lumayan dalam sektor O&G tapi mereka ni semuanya terpaksa berjauhan dgn keluarga berbulan lama.. bangun tido celik mata je terus kerja 12 jam, lepas tu balik bilik terus mandi tido.. rutin yg sama utk beberapa bulan..

siapa mental kuat ok la.. yg tak kuat tu, dah menangis nak balik siap ada kes jadi kurang waras terjun laut..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kawin ke deyols ni..
gaji byk tu..tak ensem tak per..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 04:44 PM | Show all posts
“Saya pernah bekerja di Arab Saudi dengan gaji bulanan terakhir RM12,000 sebelum berhenti kerja untuk membuka perniagaan sendiri dalam bidang sama.


bukan kereja kat sini pong...wakakakakakakakaakakakakakakaka

“Kemudian ada rakan mencadangkan saya untuk mengikuti kursus kimpalan di ABM selama dua bulan dan sebaik tamat kursus, bermulalah kehidupan baru buat saya apabila berjaya mendapat pekerjaan bagus di syarikat swasta dengan gaji lumayan,” katanya yang kini bekerja sebagai jurukimpal syarikat minyak dan gas (O&G) di Arab Saudi dengan gaji RM18,000 sebulan.


syarikat asing...wakakakakakakakakaakakakakakkakakakakaka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2019 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukti melayu bukan malas spt yg dimomok atok 94
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2019 05:03 PM | Show all posts
nanti keluar cite nurse gaji RM16K di arab saudi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2019 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
motif dok habaq kata dah kawin ni byk-byk kali takut kena himpit ka dik oiii??
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan Yusry KRU ke ikon TVET...
Tp kalau yang ni baru betul aku rasa...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Parents jangan terhina sangat kalau anak Tak masuk Universiti...sekali pakej hutang puluh ribu kerja takdok ye....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagitau siap2 dah kawen takut ada yang menyondol
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 08:58 AM | Show all posts
slyfynx replied at 20-10-2019 03:39 PM
Balik2 kalau nk ukur kejayaan je mesti cerita pendapatan.
Kalau camtu yang menipu duit byk2 pun ber ...

betul....dah masuk 2020 patutnya mentaliti rakyat perlu diubah....benchmarking kejayaan tu bukan duit semata
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 09:21 AM | Show all posts
slyfynx replied at 20-10-2019 03:39 PM
Balik2 kalau nk ukur kejayaan je mesti cerita pendapatan.
Kalau camtu yang menipu duit byk2 pun ber ...

kann...
itu yg kes 7G SPM pun bangga sbb income bulanan byk walaupun failed..
duit lain, ilmu lain.. tp dua2 penting...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 09:30 AM | Show all posts
Tahniah utk mereka.
Cuma kalau cerita gaji bekerja dgn sektor O&G ni mmg begitula gaji lbh kurang.
Yg dpt lbh byk dr tu pun takde org nak heran.

Itu bayaran setimpal utk org2 yg kerja offshore - jauh dr keluarga, kehidupan normal spt org lain.
Yg kerja kat oversea tu usah cerita la. Silap2 18k tu terlalu kecik
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu laaa....
Yg org npk tang gaji byk je
Tang berjauhan dgn ank bini family berbulan2 tu la kekurangannya
Bkn mental yg bekerja tu sj kena kuat
Yg kena tinggal pun sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2019 10:23 AM | Show all posts
slyfynx replied at 20-10-2019 03:39 PM
Balik2 kalau nk ukur kejayaan je mesti cerita pendapatan.
Kalau camtu yang menipu duit byk2 pun ber ...

kang klu up kan budak tahfiz berjaya bukak sekolah pondok6 buah , ada yg menyalak kata dok buat pusat pedo...

klu kejayaan bukan diukur dari pendapatan, nak ukur dari segi apa?
beranak ramai?....

klu menipu dapat duit byk...ada ke org angkat dia sebagai orang yg berjaya?....





Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 10:26 AM | Show all posts
kalau nak gaji tinggi tak perlu pun ikon TVET...apek jual DVD blue gaji lagi tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 10:26 AM | Show all posts
yuki812 replied at 20-10-2019 04:40 PM
dah kawin ke deyols ni..
gaji byk tu..tak ensem tak per..

kau tak baca, byk kali wartawan bgtau....dah berumahtangga....dah berumahtangga.....






Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 10:30 AM | Show all posts
Ramai yg tak paham maksud cerita kat sini.....

moralnya...wlupun sekolah tak pandai....tapi klu ada semangat nak perbaiki diri...blh je...
klu setakat tengok org masuk U....dia pun nak masuk U...lepas grad, menganggur jugak....


lagi satu...maksud cerita kat sini....tak payah lah sambung belajar & amik ptptn sbb kerajaan dah tak de duit dah....lepas spm...buat lah kerja apa pun, akan berjaya Insya Allah....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.420851 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list