CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1913|Reply: 12

[Tempatan] Graduate Engineering dari Taiwan, kini jadi petani

[Copy link]
Post time 20-10-2019 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Graduan luar negara pilih jadi petani, tanam betik sekaki
Oktober 20, 2019 08:22 MYT

GUA MUSANG: Seorang pemuda memilih kerjaya sebagai petani di kampung halaman biarpun mempunyai kelulusan kejuruteraan dari universiti luar negara.

Graduan Universiti Taiwan, Chin Pau Meng, 31 tahun, mengusahakan tanaman betik sekaki dan sayur-sayuran di kebunnya di Kampung Batu Papan, di sini.

Katanya, dia pada mulanya bekerja selama dua tahun di Taiwan dalam pembuatan tenaga solar selepas menamatkan pengajian selama tiga tahun di universiti tersebut.

Namun, minatnya mula berubah apabila pulang ke kampung halaman selepas melihat keadaan kebun pisang ayahnya, Chin Hon Son, 67 tahun, yang musnah diserang penyakit.
Kejadian itu menyebabkan Pau Meng nekad menjadi petani sepenuh masa apabila mula mengusahakan lebih 500 pokok betik sekaki di atas tanah seluas 0.8 hektar sejak tahun lalu.


Tanaman betik sekaki di kebun Chin Pau Meng. Astro AWANI

Selain itu, dia juga mengusahakan tanaman sayur-sayuran seperti kacang panjang, bendi dan terung di atas tanah seluas 2 hektar.

Kini, usahanya membuahkan hasil apabila selepas lapan bulan dia dapat memungut hasil betik sekaki sehingga 800 kilogram seminggu.

Pau Meng turut memasarkan buah betik sekaki ke Kuala Lumpur.


Sementara itu, Penolong Pegawai Pertanian, Jabatan Pertanian Gua Musang, Alias Muhammad berkata, tanaman betik sekaki sememangnya berpotensi untuk dikomersialkan dan memberi pulangan lumayan.

Katanya, betik sekaki atau nama saintifiknya Carica Papaya merupakan sejenis varieti betik paling popular di negara ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2019 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Gebu2 betik heols. Iols tanam betik ni hasil dari burung/ayam berak. Harap menjadilah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu teruja tengok org bercucuk tanam....moga satu hari jadi jadi kenyataan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 06:17 PM | Show all posts
ada tanah boleh la....mai selangoq tanah apa yang tinggai....nak sembang kejayaan pun kena tengok la lokaliti lagu mana ceq....wakaakkakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina kat tempat aku pun suka tanm betik nie.. Tapi pelik, depa tanam2 nie tak der pulak babi sondol...tempat aku babi suka melawat
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 07:24 PM | Show all posts
glump replied at 20-10-2019 06:26 PM
Cina kat tempat aku pun suka tanm betik nie.. Tapi pelik, depa tanam2 nie tak der pulak babi sondol. ...

Ada lah yang diaorg tabur kat keliling dekat pagar tu.
Aku pun lupa nama dia. Aku panggil ubat babi.
Kebun aku dulu pun babi/nangoi selalu masuk, sejak letak benda tu mmg tak masuk lagi dah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2019 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 replied at 20-10-2019 07:24 PM
Ada lah yang diaorg tabur kat keliling dekat pagar tu.
Aku pun lupa nama dia. Aku panggil ubat ba ...

Ubat tu nama kencing harimau ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Azharitubunga replied at 20-10-2019 07:54 PM
Ubat tu nama kencing harimau ke?

Ha ahh ye. Boleh je buat sendiri. Resepi kena gugel (fuhh jadik rayyan godzilla semua perkara nak gugel)  atau masuk group tumbuhan pon boleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2019 09:20 PM | Show all posts
seronok tengok org pandai bercucuk tanam

aku tanam apa pun tk jadi
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Teknologi pasal solar engineering taiwan takkan terkubur camtu aje..... Ni pon prof tu kategori sbg "tak bermaruah" jugak kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 10:05 PM | Show all posts
Azharitubunga replied at 20-10-2019 07:54 PM
Ubat tu nama kencing harimau ke?

Tak sure plak, haha. Tapi padam aku bau dia mmg harum hancing la.
Satu lagi, klu pakai benda ni, rumput mmg takkn tumbuh kat area tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2019 10:13 PM | Show all posts
ada satu tu graduan engineering species biadap
mujur la satu parti sebangsa sepet selamatkan si biadap ni
tu takrifan 'tak bermaruah'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2019 10:20 PM | Show all posts
Azharitubunga replied at 20-10-2019 07:54 PM
Ubat tu nama kencing harimau ke?



KERIMO ialah singkatan daripada perkataan “KEncing RIMO” (kencing harimau - dalam loghat Perak). Sebatian ini diperbuat daripada bahan-bahan ORGANIK dan mengeluarkan BAU yang menyamai bau kencing harimau. Tapi ianya BUKAN RACUN seperti dakwaan En Hamdan dan menyatakan ia disahkan oleh Jabatan Pertanian (Bahagian Kawalan Racun Makhluk Perosak) seperti dinyatakan dalam youtube. Produk ini juga didakwa bukan dari kategori najis cuma baunya saja yg seakan-akan bau kencing harimau (Sila lihat foto disebelah). Didakwa juga bahawa produk ini bukanlah air kencing harimau sebenar sebaliknya satu formulasi khusus yang dicipta dari bahan organik. Dakwanya lagi KERIMO mampu menghalau dan menghindar haiwan-haiwan perosak tanaman yang sering mengganggu kediaman seperti TIKUS, MONYET, BABI HUTAN, KELAWAR, MUSANG, KERBAU dan lain-lain dari memasuki kawasan kebun dan rumah. Terdapat juga bau sedikit Hamis seakan akan bau kencing harimau yang mana ini akan membuatkan kera dan beruk lari mencicit lari tidak berani mendekati kawasan disembur KERIMO. Malah babi hutan juga langsung tidak menampak bekas datang kekebun untuk merosakkan tanaman daripada beberapa testimoni yang dinyatakan. Malahan mereka yang telah menggunakan produk ini telah boleh menaam pokok kelapa atau kelapa sawit tanpa perlu membuat pagar zink keliling bagi menguji keberkesanan KERIMO ini. Penulis memang belum lagi dapat menggunakan produk yang didakwa amat berkesan ini dan sesiapa yang ada testimoni boleh berkongsi maklumat ini. Sebarang pertanyaan dari pembaca blog anim agro technology boleh hubungi pegawai pemasaran seperti kad bisnes tertera dibawah. Penulis bagaimana pun masih 'kabur' dengan keberkesanan produk ini dan berharap lebih banyak testimoni boleh dilakukan pengurus dan produk ini lebih berkesan dalam kawalan musuh tanaman.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.114503 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list