Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1234Next
Return to list New
4468
View
65
Reply

[Tempatan] Majlis mewah tapi guna pinggan, besen plastik kualiti pasar malam. Luahan dalam IG dapat la kumpul sedikit sebanyak LIKES, SHARE & VIEWS

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 20-10-2019 03:27 PM | Show all posts |Read mode
'Majlis mewah tapi guna pinggan, besen plastik kualiti pasar malam'
AIMAN SADIQ ABDULLAH | | 20 Oktober 2019



Bonda Rozita meluahkan kekesalahannya di Instagramnya dan mendapat perhatian netizen.

SHAH ALAM - Tindakan Majlis Asean Award menghidangkan makanan menggunakan pinggan plastik mengundang pelbagai reaksi termasuk pengasas produk kosmetik terkenal, Rozita Ibrahim dan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail.

Rozita yang merupakan ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi perkara tersebut di laman Instagramnya dan kesal dengan tindakan pihak penganjur kerana perlu membayar jumlah yang banyak untuk meja di majlis tersebut.

"Pinggan mangkuk kualiti pasar malam sedangkan satu meja ni kena bayar RM50,000 untuk 10 tempat duduk tau. Kalau dekat rumah macam ini kita hidangkan tetamu dah kena carut kata chef wan dan ahli korporat lain!

"Kami yang duduk semeja ketawa serentak dan terakam pula muka kri, terkejut..ehh betul ke plastik.. VVIP lain semeja dengan saya komen benda sama malam tadi majlis Asean reward..Jimmy Choo, menteri dan entrepreneur asean "bukan calang kepalang".

"Terpukau bila mereka serve pakai pinggan plastik dan besen basuh ikan je. Moral of the story, tempat prestij bukan jaminan mewah dan tempat kampung tak semestinya ketinggalan zaman.

"Adab melayani tetamu di hotel mewah selalunya pinggan dan kemasannya serba mewah sebab bayar mahal. Kalau berkelah atau warung kecil kita faham pakai pinggan plastik.. (Saya tak akan makan dan minum dalam plastik sebab saya tau toksin)," kata beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Bonda Rozita.


Redzuawan atau Chef Wan turut memuat naik status dan berkongsi video memberitahu, "Aliff Shukri beritahu pada saya, mangkuk ini dah macam kantin sekolah pula. Kitorang semua ketawa. Pertama kali saya lihat pinggan melamin itu saya terkejut."

"Terutama anugerah sebegini yang melibatkan 40 negara luar yang datang yang dihadiri oleh ahli perniagaan yang terkemuka dan tak tahu maca mana katering mereka ini tiada set yang sepatutnya untuk diletakkan.

"Jadi patutlah saya lihat ramai orang mengadu dan sedih kerana ada setengah daripada tetamu yang membayar RM3,000 ke RM5,000 untuk satu meja, pihak penganjur dan katerer selepas ini buatlah elok-elok terutama melibatkan 40 buah negara yang menerima anugerah dan saya pasti ini bukan kesan yang baik untuk kita berikan pada tetamu luar negara."

Perkongsian Bonda Rozita dan Chef Wan di Instagramnya tular di media sosial yang meraih 122,591 tontonan, 24,300 tanda suka dan rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikongsikan serta ada yang berkongsi pengalaman sama.


Tulis ieqaahh di Instagram, Memang betullah juga, ini bukan majlis anugerah dekat sekolah, ini majlis yang melibatkan banyak negara dan majlis besar. Tetamu luar pun tahu menilai juga hidangan ini. Tak masuk akal lah pula mangkuk lauk macam penyeduk dekat rumah yang kita makan ramai-ramai.

"Memang terkejut gila kalau tempat mewah macam ni gunakan pinggan kedai dua ringgit," kata si.mple9889 di Instagram
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 03:32 PM | Show all posts
Yang penting, harga kene mention.
Baru nampak kaya
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 03:55 PM | Show all posts
bonda ratu pun siap cakap, tak makan dalam pinggan melamin sebab toksik katanya.

nasib kita la golongan marhaen hari2 terdedah dengan toksik.

semoga bunda ratu belum pernah makan bahan tercemar toksik.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 03:58 PM | Show all posts
Themilo replied at 20-10-2019 03:55 PM
bonda ratu pun siap cakap, tak makan dalam pinggan melamin sebab toksik katanya.

nasib kita la g ...

bonda x ingat ke dulu2 sblum jd kaya...tiap2 minggu kluar cite bonda susah kt mingguan wanita...nasib lh kita y marhain ni mkn dlm pinggan plastik y byk toksid...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dulu masa susah pakai daun pisang gamak nye
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Weolsmkn dlm pinggan tin kedai rm2senang lempar je tung tang tung tang.

Tp iola setuju. Hotel hidang dlm besen merah so pprt.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by TravellingBear at 20-10-2019 04:20 PM

Agak nya ni prank ke atau sengaja? Besen cuci ikan ayam acik2 porem pon Pyrex/ Tupperware bonda oiiiiiii kekekekkeke
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 20-10-2019 03:55 PM
bonda ratu pun siap cakap, tak makan dalam pinggan melamin sebab toksik katanya.

nasib kita la g ...

Produk dia tu bertoksin tak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 20-10-2019 03:55 PM
bonda ratu pun siap cakap, tak makan dalam pinggan melamin sebab toksik katanya.

nasib kita la g ...

Mungkin dia kena penyakit lupa ingatan yg dia pernah susah dan guna pinggan melamine utk makan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
bonda n alipsoskeri ni semedang humble brag, menyampah gilosss
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 04:34 PM | Show all posts
semeja 10 org 50k ? makan ikan paus ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 04:37 PM | Show all posts
ffbeauties replied at 20-10-2019 04:16 PM
Produk dia tu bertoksin tak?

tak..sebab produk dia ada lesen KKM...wakakakakakkaakakakkakaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols xkesah la.rozita nak makan.pinggan emas.ke apa
Tapi bayaran.rm50k utk 1.meja dan hidangkan besen gitu..
Memang bangang la servisnya
Sapa caterer incharge ni?
Cm hanat plak
Ingat kedai mamak mintak aney ayam kurma.1.mangkuk.ka?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Catering pon pandai scam
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
exaggerate btol bonda alip nie....sheols ckp 50k 1 meja, cepwan ckp 3-5k jer....dasar anak branak propa...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 05:39 PM | Show all posts
entah2 meja alif dan bonda  sahaja, propa je lebih
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
blekkep replied at 20-10-2019 05:11 PM
exaggerate btol bonda alip nie....sheols ckp 50k 1 meja, cepwan ckp 3-5k jer....dasar anak branak pr ...

Mgkn dia ambik yg rm5k x 10 pax.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 05:47 PM | Show all posts
Makan apa sampai 50k satu meja?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
blekkep replied at 20-10-2019 05:11 PM
exaggerate btol bonda alip nie....sheols ckp 50k 1 meja, cepwan ckp 3-5k jer....dasar anak branak pr ...

satu kepala 5k x 10 kepala 1 meja ..akak rasa berapa puluh ribu satu meja? susah sy nak kira...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
blekkep replied at 20-10-2019 05:11 PM
exaggerate btol bonda alip nie....sheols ckp 50k 1 meja, cepwan ckp 3-5k jer....dasar anak branak pr ...

Belum tentu juga dia propa sebabnya harga table pun ada beza2 harga kota.. Table premium kot yg seharga 50K berbanding harga biasa, seharga 3-5K tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.091779s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list