CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1141|Reply: 15

[Tempatan] Azizulhasni Muncul Raja Pecut Asia, Raih Emas Di Korea Selatan

[Copy link]
Post time 21-10-2019 03:54 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) – Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang membuktikan beliau berada dalam kelas tersendiri apabila muncul sebagai Raja Pecut Asia hari ini.

Beliau meraih pingat emas acara pecut lelaki individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2020 yang berlangsung di Korea Selatan pada 17 hingga 21 Okt.

Dalam aksi penentuan pingat emas yang berlangsung di Velodrom Pusat Latihan Kebangsaan Jingcheon hari ini, pelumba berusia 31 tahun itu menewaskan pelumba Jepun Yuta Wakimoto 2-1.

The Pocket Rocketman yang tewas pada pusingan pertama, kembali bangkit memenangi pusingan kedua untuk mengheret perlumbaan kepada pusingan penentuan.

Sebaik loceng berbunyi, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu yang dikawal rapi oleh Wakimoto, melakukan kayuhan sekuat tenaga sekali gus meninggalkan pelumba Jepun di tempat kedua.

Terdahulu, Azizulhasni merekod masa 9.977 saat, iaitu keempat terpantas pada pusingan kelayakan.

Azizulhasni sebelum itu menyumbang pingat perak buat kem negara dalam acara keirin lelaki individu pada Jumaat.

Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terlepas pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada pelumba Jepun Tomohiro Fukaya dalam aksi penentuan pingat gangsa.

Muhammad Shah Firdaus menduduki tempat keenam selepas merekod masa 10.159s.

Dalam kategori junior pula, pelumba negara Ahmad Safwan Ahmad Nazeri terlepas pingat gangsa acara pecut individu apabila tewas 0-2 kepada pelumba India Rojit Singh Yanglem dalam aksi penentuan pingat gangsa.

Terdahulu, Ahmad Safwan meletakkan diri dalam kelompok lima terbaik selepas merekodkan masa 10.560s dalam pusingan kelayakan.

Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2019 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 04:31 PM | Show all posts
azizulhasni, nicol david, lee chong wei

legenda sukan negara yg benar2 meletakkan malaysia di pentas sukan antarabangsa.

walaupun agak sedih lcw tak pernah dpt medal terhebat dan squasy bukan sukan olimpik.

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 04:34 PM | Show all posts
duri_durians replied at 21-10-2019 04:31 PM
azizulhasni, nicol david, lee chong wei

legenda sukan negara yg benar2 meletakkan malaysia di pen ...

badminton sukan pprt level2 oriental jah
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 04:39 PM | Show all posts
Vokuro replied at 21-10-2019 04:34 PM
badminton sukan pprt level2 oriental jah

helok lah daripada bola sepak yg sekadar jaguh kampung
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman dulu nurulhuda..  swimmer byk menang gold... mana ler nurulhuda skrg

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2019 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tengok azizulhasni ni.. Mantap otot kaki, sebab walaupun kecik, boleh kayuh dgn laju..

Tapi member kata mulut dia bau paya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2019 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kebanggaan negara
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 11:02 AM | Show all posts
tahniah kerana mengharumkan nama negara
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 11:19 AM | Show all posts
Tahniahhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 11:22 AM | Show all posts
Tahniah dan lepas masuk Olympic
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2019 11:23 AM | Show all posts
harapan malaysia utk dpt emas olimpik
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
sukan picisan ke mas olympic bile
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.401287 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list