View: 5054|Reply: 13
|
Ada kampung di dasar Tasik Temmenggor?
[Copy link]
|
|
Ramai yang pernah melalui Tasik Temenggor untuk memasuki Royal Belum,Tetapi ramai yang tidak pernah bayangankan dibawah tasik tersebut dahulunya perkampungan Melayu Asal Gerik iaitu Kg Melayu Temenggor.
Disini admin berkongsi gambar kenangan kg Temenggor yang terpaksa ditenggelamkan😢😢...
Buat mereka yang pernah lalui sendiri apabila kampung halaman ditenggelami air tidak mungkin akan dapat dilupakan. Begitulah nasib penduduk asal di Kampung Temengor yang terletak di utara Gerik, Perak. Kisah penempatan tenggelam mereka ini berlaku pada sekitar tahun 1976 yang mana ia mencoretkan 1,001 kisah disetiap wajah mangsa yang berpindah ke penempatan baru.
Segalanya bermula apabila Lembaga Letrik Negara (LLN) yang kini dikenali dengan nama Tenaga Nasional Berhad (TNB) mula membina empangan stesen hidroelektrik di kawasan tersebut iaitu empangan Temenggor. Projek pembinaan empangan Temenggor ini amat penting kerana ia mampu untuk menyumbang sebanyak 348 megawatt keupayaan terpasang dan menghasilkan tenaga purata berjumlah 900 juta unit dalam masa setahun.
Pelaksanaan projek pembinaan empangan Temenggor ini bermula pada tahun 1973 dan mengambil masa selama lima tahun untuk siap sepenuhnya iaitu pada tahun 1978. Jumlah nilai harga projek pembinaan empangan adalah bernilai kira-kira RM340 juta. Disebankan oleh pembinaan empangan inilah punca berlakunya tragedi dimana Kampung Temenggor ditenggelami air secara keseluruhannya.
Maka pada 1976, terkuburlah Kampung Temenggor di dalam Tasik Temenggor secara keseluruhan termasuk rumah-rumah kayu beratapkan rumbia, masjid, sekolah, sawah, dusun dan kebun-kebun getah. Dengan tenggelamnya Kampung Temenggor, ia terus menandakan berakhirnya satu garisan zaman buat masyarakat yang tinggal di tebing sungai itu dikatakan sejak 300 tahun yang lalu.
Penduduk iaitu mangsa di Kampung Temenggor terpaksa berpindah untuk menyelamatkan diri. Proses pemindahan melibatkan kira-kira 124 keluarga yang terdiri daripada 625 penghuni dari Kampung Temenggor. Untuk makluman kepada semua generasi baru terutama orang Gerik, Kampung Temenggor terdiri daripada beberapa kampung-kampung iaitu Kampung Panggas, Kampung Bukit, Kampung Mingkong dan Kampung Kertei.
Proses pemindahan mangsa-mangsa penduduk asal di Kampung Temenggor bermula pada awal pagi bertarikh 24 Jun 1976. Tiga buah helikopter Nuri berlepas dari pengkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan menuju ke Ayer Ganda di Gerik untuk melaksanakan Ops Pindah. Misi tersebut diketuai oleh Lt (U) Azmi Ibrahim bersama-sama dengan krewnya yang lain.
Misi pemindahan mangsa penduduk di Kampung Temenggor yang tenggelam itu dilaksanakan dengan jayanya oleh Lt (U) Azmi Ibrahim dan pasukan beliau. Ketiga-tiga helikopter Nuri kembali dan sampai ke pengkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuantan pada waktu maghrib setelah semuanya selamat dan Ops Pindah selesai dilaksanakan. Sekalung tahniah buat mereka yang terlibat dalam operasi Ops Pindah tersebut.
Pihak Lembaga Letrik Negara (LLN) yang kini dikenali dengan nama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan penuh rasa tanggung-jawab telah menyediakan penempatan baru melalui kerajaan negeri Perak buat mereka iaitu kesemua mangsa penduduk Kampung Temenggor yang tenggelam itu. Mereka telah menyediakan kemudahan asas seperti jalanraya, air, elektrik, masjid, sekolah, klinik desa, dewan orang ramai dan banyak lagi seperti yang dijanjikan sebelum pemindahan dibuat.
Pihak kerajaan yang menyediakan tapak penempatan baru buat mereka seluas 0.5 ekar, kebun getah seluas 10 ekar dan dusun seluas 2 ekar untuk setiap ketua isi keluarga yang dipindahkan dengan tanpa bayaran 1 sen pun. Almarhum Sultan Idris II (Sultan Perak ke 33) yang memegang takhta pada waktu itu telah mengishtiharkan penempatan baru ini sebagai nama Kampung Ganda Temenggor yang diambil sempena nama sebatang sungai iaitu Sungai Ganda.
Almarhum Sultan Idris II (Sultan Perak ke 33) telah merasmikan Kampung Ganda Temengor dalam bulan Ogos 1976. Dengan bantuan dan atas keprihatinan daripada banyak pihak, nasib malang mereka yang kenangkan Kampung Temenggor, kampung asal mereka terbela.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak rasa pengalaman duk rumah berdinding buluh dan beratap rumbia. Mesti sejuk tak yah pasang kipas. Cuma malam kena pasang unggun api halau nyamuk. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan sampai bara unggun tu kena dinding / bumbung rumah uols.. takut jadi debu je rumah uols nanti..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kampung melayu konon. Macam kampung orang asli je. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin nak pi royal belum |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kg melayu sebenar mcm mana ilustrasi nya???
|
|
|
|
|
|
|
|
70an macam gitu la rumahnya.
jenis pindah main angkat ramai-ramai. |
|
|
|
|
|
|
|
kentel replied at 22-10-2019 01:04 AM
kalau kg melayu sebenar mcm mana ilustrasi nya???
Dinding kayu. Orang macam melayu |
|
|
|
|
|
|
|
rumah tradisional melayu, ikut penempatan, kemampuan dan juga sumber.
ada je rumah melayu dinding anyam atau dinding buluh.
tak kisah la rumah kayu ke, buluh ke, yang nak ditonjoklan di sini ialah,
di bawah tasik tu pernah wujud penempatan..
takdelah nanti org nyelam jumpa pinggan mangkuk tembaga dikatakan penempatan bunian pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 21-10-2019 04:48 PM
Nak rasa pengalaman duk rumah berdinding buluh dan beratap rumbia. Mesti sejuk tak yah pasang kipas. ...
Gi kemensah. Ade derang buat chalet mcm tu.
Anyway nice thread buddy! X pernah tau psl kg ni.
Dulu ms sy first year read law, kami dibawa ke kg kt kedah, nama kerpan kut. Lupe dah. Kg tu pun spttnye tenggelam sbb nk buang empang ke apa. Aduh lupe plak. |
|
|
|
|
|
|
|
pokaibanktokyo replied at 21-10-2019 05:13 PM
Kampung melayu konon. Macam kampung orang asli je.
Macam kandang Babi Kan...lepastu kata tamadun terhebat tempat penghasilan Pedang nabi Muhammad...etc |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 21-10-2019 03:48 PM
Nak rasa pengalaman duk rumah berdinding buluh dan beratap rumbia. Mesti sejuk tak yah pasang kipas. ...
Memalam memacam binatang merayap atas badan |
|
|
|
|
|
|
| |
|