Kecantikan kawasan pantai putih dengan air laut biru di Pulau Great Nicobar, India kini dikatakan berada di bawah ancaman sampah plastik seperti botol, menurut laporan The Hindu.
Akhbar berkenaan juga menyebut, penelitian yang dibuat kumpulan penyelidik di lima kawasan berpantai di pulau berkenaan mendapati rata-rata sampah tersebut bukan berasal dari India.
Lebih mengejutkan, pasukan penyelidik mendakwa sampah-sampah itu berasal daripada kawasan Asia Tenggara dengan Malaysia disebut sebagai penyumbang utama.
“Majoriti sampah-sampah itu dikesan berasal dari Malaysia (40.5%) diikuti Indonesia (23.9%) dan Thailand (16.3%). Manakala negara-negara lain hanya menyumbang pada jumlah yang kecil,” dakwa wakil penyelidik, Biraja Kumar Sahu dan B. Baskar dalam kajian mereka. Hanya 2.2% sahaja sampah berasal dari India.
Dikatakan sebanyak 10 buah negara dikesan menjadi penyumbang kepada pencemaran di pulau itu. Negara-negara tersebut adalah Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Vietnam, India, Myanmar, China dan Jepun.
Pulau Great Nicobar yang terletak di Laut Andaman mempunyai keluasan 1044 kaki persegi. Pada 2011, dianggarkan seramai 8,069 orang menghuni pulau tersebut.
Sebegitu ramai umat dia sampai membiak tak henti2, last2 yg buang sampah org malaysia jugak, rakyat dia punya pembersih 5.5% je menyumbang. Maklomla ummah India sana tak guna pelastik, hari2 pakai canvas/jute bag katekau