Wanita Rusia tergamak membunuh adik sendiri kerana cemburu dengan kecantikan mangsa.
Elizaveta (kiri) cemburu dengan Stefania (kanan)
Kredit foto: METRO
Memetik METRO, selain memotong telinga kanan, suspek turut menikam mangsa sekurang-kurangnya 189 kali.
Elizaveta Dubrovina, 19, membunuh Stefania, 17, yang juga seorang model setelah beberapa tahun cuba meniru penampilan mangsa termasuk gaya rambut dan solekan.
Stefania Dubrovina
Kredit foto: METRO
Difahamkan, Stefania dibunuh dengan kejam di rumah teman lelakinya di St Petersberg.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan teruk selepas organ-organnya ditikam dan matanya dicungkil.
Elizaveta Dubrovina
Kredit foto: METRO
Mahkamah mendapati Elizaveta yang kini berusia 22 tahun bersalah atas pembunuhan kejam yang dilakukannya pada 2016 dan memutuskan tertuduh menjalani hukuman penjara selama 13 tahun dan hidup dalam buangan.
Ketika kejadian, Stefania dibunuh di rumah teman lelakinya, Alexey Fateev kini berusia 44 tahun ketika lelaki itu tiada di rumah.
Stefania (kiri) dan Elizaveta (kanan)
Kredit foto: METRO
Dia memberitahu bagaimana dia menemui mayat Stefania yang tidak berpakaian dan berjaya menahan Elizaveta yang cuba melarikan diri.
Stefania (kiri) dan Elizaveta (kanan)
Kredit foto: METRO
Elizaveta yang diserahkan kepada polis kemudian dihantar untuk menerima rawatan psikiatri, namun mahkamah memutuskan wanita itu layak untuk dibicarakan. - CARI |