CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29261|Reply: 144

Marie Curie - Kuasa Cinta Yang Mengubah Dunia

[Copy link]
Post time 25-10-2019 02:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by OttoVonBismark at 24-10-2019 06:36 PM


Mercury, cakap melayu dia "Merkuri". Chemical element yang dinamakan sempena nama seorang tokoh pompuan hebat, Marie Curie. Merkuri digunakan dalam banyak benda hari ni termasoklah alat mekap dan losyen nak kasik cantik muka korang. Jadi hari ni pakcik tak nak cerita pasal element merkuri ni, tapi pakcik nak cerita pasal wanita yang bertanggungjawab menemui element merkuri ni. Selit sikit kisah cinta dia dengan seorang saintis yang hebat juga, Pierre Curie.

Marie Sklowdowska-Curie, adalah seorang saintis pompuan yang sangat berminat mengkaji benda benda berasaskan radioaktif. Dia la pompuan pertama yang menang hadiah NOBEL, dan HANYA dia sorang aje yang menang DUA kali hadiah NOBEL dalam DUA bidang kajian saintifik yang berbeza. tadak pompuan lain yang boleh beat dia so far.... haaaaa hebat tak dia ?

Dia dilahirkan di Ibu negara Poland, Warsaw pada 7 November 1867. Waktu muda dia, dia mula berhijrah ke Perancis pada tahun 1891. Tujuan dia hijrah, sebab masa tu dekat negeri dia di Warsaw, orang perempuan TIDAK dibenarkan untuk melanjutkan pelajaran keperingkat menara gading. Universiti la cakap mudah dia. Jadinya dia pun angkat kaki dan decide nak pindah ke Perancis, kerana di Perancis dasar keterbukaan pada kaum hawa pada masa tu agak baik. Sesampai je dia kat Perancis, dia terus menuju ke Paris yang mana pada waktu tu, di Paris ada sebuah universiti yang menawarkan public research kepada orang ramai. Universiti Sorbonne nama dia. Bila mana dia mula belajar dia Sorbonne, dia belajar dengan begitu tekon sekali hingga si Marie ni dapat Master's dalam dua bidang sekaligus. Pertama dalam bidang fizik, dan kedua Master's dia dalam bidang Matematik. Dua master hokkeyyy. Respek habis pakcik.

Dipendekkan cerita, Marie Sklowdowska ni adalah seorang yang sangat curious kepada banyak benda. Curiocity dia menjerumus kan diri dia kedalam bidang kajian fizik dengan lebih mendalam. Ada kajian maka dia perlukan lab / makmal untuk bekerja. Matlamat utama dia, dia nak kaji dengan lebih mendalam tentang kesan kesan tindakan magnet keatas unsur besi yang berbeza. Jadi dia mula mencari cari disekitar Paris bertanya kan kepada orang ramai yang berkenaan dalam bidang dia juga kot kot lah ada ruang kerja di makmal diorang untuk dia tumpang. Dalam mencari tu, akhirnya dia terjumpa dengan seorang ahli fizik yang kebetulan tengah kaji pasal medan magnet ni jugak, Pierre Eugene Curie nama dia. Marie Sklowdowska sempat mengkaji latar belakang si Pierre ni sebelom terima offer untuk berkongsi makmal. Siap mengkaji, rupanya si Pierre ni bukan calang calang punya orang. Seorang saintis fizik yang hebat juga dizaman dia. Plus umor diorang pun tak jauh, beza lapan tahun je. Hehehe.


" Aku perati muka dia yang lembut, sikap dia yang gentle,
dan daya tumpuan dia dalam satu satu perkara yang dia minati,
buat aku rasa diri dia umpama refleksi dari mimpi aku selama ni "
- Marie Curie

Begitu lah lebih kurang ungkapan dari Marie Sklowdowska kepada Pierre dalam bahasa ibunda kita, Udah jatuh cinta leee dipendekkan cerita. Jadi Pierre terima Marie untok tumpang dan buat kajian ilmiah fizik dia di makmal milik Pierre ni dan juga sebagai PELAJAR kepada Pierre. Ini bermakna pada masa ni, ada banyak lagi benda yang Marie tak tau berkenaan dengan magnetic field ni.  


So, bilamana mereka berdua sama sama bekerja didalam satu makmal, side by side menjalankan kajian yang sama demi satu tujuan, sama sama bersemangat dalam kajian fizik, maka masa bernganti masa dan mereka berdua mula jatuh cinta..... Pada masa yang sama, Marie Sklowdowska memujuk Pierre Curie untuk melengkapkan pelajaran dia dalam nak menghabiskan Ph.D Pierre. Dek kerana pujukan dan sokongan moral dan cinta dari Marie, pada tahun 1895 Pierre berjaya habiskan Ph.D dia dan dapat title Doctorate dalam Fizik. Tak berapa lama lepastu, Pierre melamar Marie untuk manjadi isteri dia dan berjanji untok bersama sama menghabiskan kajian derang dan sama sama sehidop semati. Tapi Marie menolak dengan lembut dengan alasan dan harapan dia nak balik semula ke negeri dia di Poland. Dia nak capai cita cita dia masa awal awal dulu, nak jadi lecture mengajar di universiti Krakov yang ban pompuan dari belajar kat universiti dulu tu.

Dengan penolakan lamaran tu, dah tentu la Pierre kecewa, dan si Marie pulak tak lama lepas tu mula kemas kemas barang dan balik ke Poland, demi mengejar impian dia sebagai pensyarah di universiti di Poland. Tapiiiiii..... apakan daya, malang dia menjadi seorang perempuan, universiti Krakov menolak mentah mentah application dia untok jadi pensyarah disitu. Nak belajar pun tak boleh, inikan pulak nak mengajar. There is now way in heaven girl. Untok pengetahuan korang, Barat, sejak zaman berzaman menganggap wanita TIDAK layak dan TIDAK dibenarkan untuk belajar menulis dan membaca, apatah lagi belajar hingga keperingkat menara gading. Adalah satu "curse" jika ada diantara kaum hawa yang pandai dan bijak. Kepercayaan mereka, rahim seseorang pompuan tu akan mengecil jika derang mengembangkan otak mereka. Jadi zuriat akan terputus dan tiada penyambung legasi keluarga. Tu pasal korang tengok banyak orang pompuan zaman dulu dulu jadi kuli jeee kat rumah jaga anak basuh baju kain masak segala bagai. Dan sejak zaman berzaman lagi lelaki menjadi superior dalam pelbagai bidang.


Untuk pengetahun korang jugak, kajian zaman modern menegaskan bahawa, kebijakan dan kepandaian itu turun dari IBU, bukan dari si bapak. Bijak ibu maka bijak lah anak nya. Dan bijak ni boleh datang dengan pelbagai maksud ye. Jangan lah korang pandang bijak ini hanya datang dari mereka yang mempunyai gulungan ijazah sahaja. Itu silap. Berapa ramai mereka mereka yang mempunyai segulung ijazah membodohkan diri dimedia internet. Done bebel....

Baik, pakcik sambung.... Lepas frust / kechiwa di negeri tanah tumpah darah sendiri, Marie merantau balik ke Paris. Kembali semula kepangkuan kekasih yang dia tinggalkan demi mengejar impian lama. Waktu ni Marie Sklowdowska ni tak tau, yang destiny hidop dia bukan lah hanya takat mengajar di universiti sahaja. Ye lah kan, semua kita tak tau masa depan kita macam mana. Selepas puas Pierre Eugene Curie memujuk Marie Sklowdowska, maka pada 26 July 1895 mereka berdua pun dikahwinkan mengikut cara agama mereka, keristien. Masa hari penuh bahagia bagi mereka berdua tu, Marie Curie ( Pakcik start pakai sur name "curie" sebab dah kawen ) pakai baju bewarna biru yang simpel je, baju yang sama dia pakai lepas tu dalam makmal dia. Kalau orang lain kan pakai gaun kalau nak kawin kawin ni. Lepas je kawen, mereka berdua honeymoon naik basikal jalan jalan pusing keliling kota Paris, kota yang penuh dengan feeling romantik kata orang. Entah lah, pakcik pun tatau, tak pernah sampai lagi kesana. Bukan orang ada ada.

Tamat musim bulan madu, balik kepada kerja pulak. Bila mana dua otak hebat bergabung, maka menghasilkan kajian yang hebat. Itu jam, mereka berdua ni menjadi perintis kepada bidang kajian radioaktif. Melangkaui mana mana tokoh hebat zaman tersebut. Hasil kajian mereka berdua dalam radioaktif menjadi perdebatan hangat didalam setiap universiti pada masa tu. Menjadi buah mulut tentang kehebatan mereka berdua disegenap ceruk lapangan fizik.


Tak lama lepastu, Pierre dan adik dia cipta satu alat untuk mengukur electromagnetic field ( medan magnet ) dan radius magnetic field. Untuk pengetahuan korang lagi, Pierre Curie ni adalah perintis kepada kajian paranormal tau. Dia mula sedau akan kewujudan makhluk selain manusia yang ada disekeliling kita. Dan dia pernah buat satu thesis khas pasal ni, dengan perati bagaimana medan magnet berubah bilamana kewujudan mahkluk halus ( bahasa kita la ) ni ada disekeliling dia. Pada dia, dengan kajian yang sistematik tentang spiritual dan paranormal ni membolehkan kita menjawab banyak persoalan persoalan saintifik berkenaan bidang magnetik yang tak dapat dirungkai selama ini.

" Aku mengaku, aku sangat minat nak kaji pasal fenomena spiritual dan paranormal ni,
Aku yakin yang dengan mengkaji diorang ( Mahkluk lain ),
kita akan dapat jawapan kepada banyak persoalan saintifik selama ini "
- Pierre Curie cakap kat bini dia Marie Curie

For those yang menolak kewujudan fenomena spiritual by standing in sains, ni dia pemenang anugerah nobel cakap pasal kewujudan hantu setan jin bagai. Hehehe..... Baik, dengan alat ciptaan Pierre ni jugak, Marie Curie mula mengkaji unsur radioaktif lain, - "URANIUM". Pierre sempat selak selak hasil kajian bini dia, dan dengan kadar segera dia dia impress / kagum dengan kajian yang Marie jalankan. Pada tahun 1898, dia joint bini dia untuk sama sama mengkaji uranium. Pakcik nak cerita panjang lebau pasal kajian dia pun kang korang bosan pulak. Jadi kita focus pada kesah cinta diorang berdua je lah ye.

Hasil gabungan dua otak hebat ni, maka mereka berdua berjaya menjumpai DUA unsur baharu yang bakal diletakkan dalam jadual berkala yang kita belajar hari ni, POLONIUM dan RADIUM. Marie Curie sangat cintakan negara asal dia. Anak anak dia, tak ketinggalan dia ajarkan bahasa ibunda dia polish, even anak dia lahir di Perancis. Begitu juga halnya dengan unsur baharu yang dia jumpa, dia namakan sempena nama tanah kelahiran dia Poland, - POLONIUM.

Pierre dan Marie Curie buat keputusan untuk TIDAK patern-kan hasil penemuan diorang berdua. Kalau diikutkan, kalau derang patenkan hasil penemuan diorang berdua ni yaitu RADIUM dan POLONIUM, mereka berdua mungkin tak akan hadap masalah duit lagi sampai bila bila. Tapi pada diorang, pengabdian didalam sains tu lebih penting, bila mana mereka tak patenkan penemuan mereka, bermakna dua unsur baru tersebut boleh dikaji oleh sesiapa saja untuk tujuan saintifik dan penemuan yang jauh lebih besar dan memberi kebaikan kepada manusia sejagat pada masa akan datang.


Kehidupan diorang lepas kawin tak seindah yang kita bayangkan. Diorang berdua hidup dalam kemiskinan. Tahun 1897, anak diorang yang sulung lahir, Irene Curie namanya. Bertambah la beban keluarga. Marie mula bekerja part time sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej swasta di Paris. Dia tak ada makmal yang canggih pun untuk meneruskan kajian dia, pada masa yang sama dia tumpang bangsal sekolah yang dia mengajar tu untuk semua aktiviti kajian dia. Ada la sikit sikit dia mohon dari beberapa syarikat perlombongan dan kerajaan Perancis untuk support kajian dia. Makna kata makmal dia memang daif dan uzur. Siap bocor lagi bila hujan. Tak ada peralatan yang proper untuk dia buat kajian. Namun begitu, semangat dan sifat ingin tahu dia melangkaui semua kesusahan dia. Dalam misken dan serba daif tu pun dia tetap teruskan kajian kajian dia.

Hinggalah pada tahun 1903, Dia, suami dia Pierre Curie dianugerahkan hadiah Nobel bersam sama dengan rakan kajian diorang Henri Becquerel, seorang fizik engineering. Korang kena ingat satu benda, tanpa engineering, sains hanya filosofi. Pada mulanya Marie Curie tak dicalonkan pun untuk terima hadiah nobel tu sebab dia seorang perempuan. Tapi suami dia lah yang berusaha memujuk comitee anugerah nobel dan meyakinkan mereka semua dengan kajian kajian yang dihasilkan oleh Marie Curie. Dengan itu, menjadikan Marie Curie wanita pertama dalam sejarah yang menerima hadiah nobel. Bangga..... bangga..... Bila mereka berdua terima Nobel prize, kehidupan mereka berubah, Banyak syarikat syarikat malah kerajaan Perancis sendiri mahu menaja mereka dalam meneruskan kajian. Pada tahun 1906, diorang dapat sebuah makmal baharu yang lengkap dengan semua peralatan yang diorang perlukan.

Tapi langit tak selalu cerah, cerita indah tidak selalu kekal lama. Cerita cinta mereka berakhir dengan tragedi. Pada tahun yang sama, 1906, Suami dia Pierre Curie menemui ajal bilamana dia dilanggar dengan kereta kuda. Tak sempat si suami nak guna makmal baharu lama sikit. Dan sudah tentulah Marie Curie sangat sedih dan kecewa dengan pemergian suami tercinta. Marie Curie berjanji dengan diri sendiri yang dia akan buat kajian yang lebih mendalam dan bekerja dengan lebih gigih demi untuk suami tercinta. Marie Curie ada cara yang tersendiri dalam memperingati dan menghormati mendiang suami dia.


Tak lama selepas kematian Pierre, Marie menggantikan tempat mendiang suami dia sebagai pensyarah di universiti Sorbonne dan sekaligus menjadikan dia sebagai professor wanita pertama mengajar di universiti. Pada masa yang sama, Marie Curie tetap meneruskan kajian demi kajian sepanjang hidup dia sehinggalah dia sekali lagi memenangi anugerah Nobel pada tahun 1911 dalam bidang chemistry ( kimia ) pula. Menjadikan dia wanita pertama yang dianugerahkan Nobel dan wanita pertama dapat DUA anugerah Nobel didalam DUA bidang yang berlainan.

Pada tahun 1934, Marie Curie menghembuskan nafas yang terakhir kerana sakit akibat dari pendedahan yang banyak trhadap bahan radioaktif pada usia 66 tahun. Marie dan Pierre adalah pasangan hebat dalam bidang mereka dan mereka ada kelas yang tersendiri dalam menafsirkan rasa cinta masing masing. Kajian mereka berdua tidak dibiarkan begitu sahaja, malah diteruskan pula oleh anak mereka berdua, Irene Juliot Curie. Juga memenangi hadiah Nobel pada tahun 1935 dalam bidang chemistry juga, hasil kajian beliau tentang artificial radioactive bersama sama adik dia Frederick Juliot Curie.

" Be less curious about people and more curious about idea "
- Marie Curie -

Begitulah yang pakcik dapat ceritakan seba sedikit tentang kisah cinta Marie dan Pierre Curie. Pada hari ini, kita mendapat banyak manafaat dari kajian mereka berdua. Mereka berdua, lebih lebih lagi Marie Curie membuktikan kepada dunia hari ini, yang kemiskinan bukanlah penghalang untuk kita terus mencapai kejayaan dan menempa nama. Malah jika cita cita kita tidak tercapai maka ingatlah, selagi hayat belum berakhir maka matlamat hidup masih jauh lagi. Kita tidak tahu apa yang menunggu dikemudian hari kelak walau hari ini kita gagal dalam cita cita dan impian.  Kisah pasal Marie Curie ni banyak dipentaskan dilayar perak, dan yang terbaru, Rossamund Pike berlakon jadi Marie Curie dalam filem terbaru dia "RADIOACTIVE". Pakcik musti pegi tengok nanti bila filem tu dah release kat negara kita. Seperti biasa, Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. Mod sila rate sejuta kredit.

       - Otto Von Bismark -

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-10-2019 02:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Hats off to you!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 02:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Hoho..this is the most dedicated write-up you ever made. Legend never dies gitu
Congrats pakcik, layak sangat sejuta kredit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 04:11 AM | Show all posts
ovari tercipta hasil kajian saintis vokuru merkuri


bagus cerita thread ni, boleh buat novel. kesimpulannya saintis dulu buat kajian bukannya ada lab yang canggih. tapi dengan minat dan usaha sungguh2.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak pasangan ni buat kajian dengan ikhlas.. tak pk pasal anugerah yang diaorang akan dapat.. tp lebih tumpukan faedah kajian yang diaorang boleh bagi pada orang ramai... good job pakcik otto..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Okehhh..parking cop tempat dulu..hihihi~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah cinta agung tau... Sbb si suami tetap setia walaupun dah pemes lepas dpt hadiah Nobel dan Marie teruskan kajian demi cintanya pada sang suami

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2019 08:52 AM | Show all posts
Omg! First time baca thread TT but this won't be my last time.. sgt2 best baca penulisan cmni.. n very motivating too.. sbb I pun female scientist.. dr dulu byk idea tp sbb research funding sgt kurang kat Malaysia so I migrated to Japan.. satu lagi couple yg I suka is Okazaki yg jumpa Okazaki fragments tu.. anyway, thanks TT, I will read all your thread, for sure!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 09:13 AM | Show all posts
ini idola & kipas susah mati dia sejak studi nuclear science lagi..teringin nak jadi mcm dia tp apakan daya sudah terjun ke bidang lain...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 09:22 AM | Show all posts
wowwwww

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 09:55 AM | Show all posts
orang yang ikhlas dalam pekerjaannya biasa tak mengharap duit kan... biar orang lain pun dapt manfaat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Seronok baca cerita olahan pakcik. Marie & Pierre Curie mmg betul2 melengkapi antara satu sama lain. Hebat Pierre sebab boleh support Marie jadi saintis terulung. Sapa jer dlm dunia saintifik tak kenal Marie Curie? Cer sebut nama bini Albert Einstein ramai org kenal dok?

Mathematician & physicist juga tu (student Einstein gak) tapi org tak kenal sgt kan. Pakcik tulisla cerita pasal tu. Mesti best sbb tulisan pakcik mmg menarik utk dibaca. Perjalanan hidup bini Einstein yg first ni agak tragis juga sbb dia terpaksa lupakan cita2 dia (yg tambah rengsek lg einstein ada skandal). Sumbangan dia dlm scientific paper pun einstein tak letak kredit. Anak2 diorg pun biasa2 jer walaupun pak diorg dikira world’s greatest scientist.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Mercury, cakap melayu dia “Merkuri”.


Ampun pakcik, sajer nak tambah mercury dlm bahasa melayu dipanggil raksa. Tapi penggunaan tak meluas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya...kisah cinta mereka saintifik plus romantik...and org dulu2 semangat cintakan ilmu mrk sgt tinggi despite limited resources...skrg ni survival spirit researchers x tinggi...ada masalah sedikit cth krg dana...dah krg mood nak buat research termasuklah i...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang terbaik la karya pakcik @OttoVonBismark kali ni. Cara pengolahan sangat best sampai rasa macam baca buku cerita yang best. Disebabkan tak sabar nak tunggu lepas selesai fisio, fox baca karya pakcik semasa otw ke hospital tau. Bravo pakcik!!!!!!!!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang so inspiring Madame Marie Curie ni and such a wonderful pair dorang ni. Saling complement each other and support yang tak berbelah bagi. And for the love of science, research and humanity, dorang sanggup forgo patenting their precious findings. Anak2 pun mewarisi kebijaksaan dan kecenderungan ibubapa menjalankan kajian.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 12:53 PM | Show all posts
welcoma back pak cik, baca kejap lagi sambil lunch.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 01:58 PM | Show all posts
done menelaah. as usual penulisan pakcik sgt awesome. santai2 baca smbil lunch.

Untuk pengetahun korang jugak, kajian zaman modern menegaskan bahawa, kebijakan dan kepandaian itu turun dari IBU, bukan dari si bapak. Bijak ibu maka bijak lah anak nya. Dan bijak ni boleh datang dengan pelbagai maksud ye. Jangan lah korang pandang bijak ini hanya datang dari mereka yang mempunyai gulungan ijazah sahaja. Itu silap. Berapa ramai mereka mereka yang mempunyai segulung ijazah membodohkan diri dimedia internet. Done bebel....


mmg org dulu tak iktiraf perempuankan? sedih pedih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
"Berapa ramai mereka mereka yang mempunyai segulung ijazah membodohkan diri dimedia internet"

Sy setuju pacik tang ni..

Tp dia mmg hebat ler despite all those rejections she had..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.587247 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list