CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TUKANGKEBUN

SEJARAH KUALA LUMPUR

[Copy link]
Post time 4-11-2008 02:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2008 02:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 03:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 03:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 03:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 03:10 PM | Show all posts
Sumbangan Abdullah Hukum semakin dilupai
Oleh Abdul Rahman Hashim

BAGAIMANA wajah Kuala Lumpur 100 tahun lalu?

Siapa yang membuka, menghuni dan menyemarakkan kota itu pada akhir abad ke-19? Dalam hal ini, kita tidak boleh menyisihkan sumbangan besar Haji Abdullah Hukum, pedagang dari Kerinchi, Sumatera yang turut menyuntik pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur bermula 1850-an.
Abdullah Hukum atau nama asalnya Abdullah Rukun, ketika itu berusia 15 tahun berkelana merentasi Selat Melaka ke Melaka sebelum ke Kuala Lumpur bersama sekumpulan rakannya dengan berjalan kaki tiga hari tiga malam. Banyak tempat yang disinggahi dan banyak pula pengalaman ditempuhinya. Setibanya di Kuala Lumpur, beliau menumpang di rumah Haji Abdul Ghani di Java Street.

Ketika itu, Kuala Lumpur mempunyai dua lorong saja iaitu Java Street dan Market Street, manakala Ampang Street (kini Lebuh Ampang) dahulunya adalah tempat sekumpulan ceti beroperasi dan di situ juga ada sebuah kolam ikan milik Almarhum Sutan Puasa.

Rumah kedai pada masa itu berbumbung atap bertam dan berdinding buluh, manakala peniaga di situ kebanyakannya menjual kain dan makanan, semuanya orang Melayu berketurunan Rawa dan Mendahiling. Sutan Puasa dan Raja Bilah adalah di antara ketua masyarakat berpengaruh ketika itu. Kedua-dua ketua ini mengutip hasil dagangan daripada peniaga yang melalui Sungai Klang dan Sungai Gombak. Cukai timah pada masa itu ialah seringgit sebahara (tiga pikul).

Setapak (dulu Hulu Sungai Tapak) dan Air Panas (dulunya Hulu Gombak) adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Beliau pernah mengambil upah membuat tali air selama tiga tahun di Serambut (Batu Lima Gombak sekarang). Ketika itu, Sutan Puasa adalah ketua yang disenangi penduduk tempatan kerana semua orang boleh mengerjakan sawahnya dengan kadar upahan sepuluh gantang padi daripada setiap seratus gantang.

Abdullah Hukum juga pernah pergi menghadap Raja Laut (Putera Raja Muhamad) kerana ingin meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampung baru. Raja Laut memberikan surat kebenaran untuk membuka tanah di Pudu dan menjadi ketua penduduk di situ. Ada ramai orang Kerinchi mengikutnya dan tinggal di Pudu (di kawasan Bukit Bintang sekarang).

Di sana, Abdullah Hukum dan pengikutnya menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran, tebu, pisang, sirih dan bersawah padi. Abdullah Hukum menjadi Ketua Kampung di Pudu selama tujuh tahun. Dikatakan juga beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah membawa beras dengan perahu dari Klang ke Kuala Lumpur. Dia mendapat upah empat puluh ringgit untuk sekoyan guni beras.

Selepas membuka kawasan Pudu, Abdullah Hukum mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud (Putera Sultan Muhamad) untuk membuka kebun di Bukit Nanas. Beliau juga mendapat surat kebenaran daripada Maxwell dan Raja Laut membuka Sungai Putih (kawasan Jalan Bangsar sekarang).

Ketika tinggal di Sungai Putih, Abdullah Hukum membuka Bukit Candi Putra (kini Bukit Putera) yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi). Abdullah Hukum diangkat menjadi Ketua Kampung di Sungai Putih dengan persetujuan Penghulu dan Datuk Dagang. Selepas dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung dan Penghulu, Abdullah Hukum menghentikan perniagaan kerbau kerana beban tugas semakin bertambah.

Ketika beliau menjadi Penghulu inilah Abdullah Hukum cuba menyatukan tiga kaum utama di situ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2008 03:11 PM | Show all posts
Abdullah Hukum dari pedagang jadi pembesar
Oleh Mohd Azis Ngah




ABDULLAH Hukum antara pembesar Melayu yang disegani di Kuala Lumpur.

Sultan Selangor lantik Abdullah Ketua Masyarakat Kuala Lumpur

KAMPUNG Hj Abdullah Hukum, Jalan Haji Abdullah Hukum di Bangsar dan yang terbaru, Apartmen Haji Abdullah Hukum adalah antara tempat yang diambil sempena nama Haji Abdullah Hukum.

Siapakah sebenarnya Haji Abdullah Hukum? Tentu ramai generasi muda yang tidak mengetahui nama tokoh besar ini dalam sejarah tanah air dan kaitannya dengan Kuala Lumpur dan Selangor.

Nama sebenar Haji Abdullah Hukum ialah Muhammad Rukun. Beliau kemudian digelar mengikut adat sebagai Arya Jaya. Ketika menunaikan fardu Haji ke Makkah dan berada di Padang Arafah, beliau digelar sebagai Haji Abdullah Hukum.

Nama itu terus kekal hingga ke akhir hayatnya dan digunakan sehingga sekarang. Tokoh besar ini dilahirkan pada 1835 dan meninggal dunia sekitar tahun 1930-an ketika berusia kira-kira 100 tahun.

Ayahnya dikenali sebagai Sekancing yang bermakna 慿unci pintu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 03:12 PM | Show all posts
Fakta: Abdullah Hukum

# Mengambil upah membuat tali air di Segambut (Batu Lima di Setapak) bekerja dengan Sutan Puasa.

# Mendulang di Setapak.

# Petani dan kontraktor membina batas untuk Raja Bilah.

# Menjadi juak-juak (orang yang mengiringi Raja atau membawa alat kebesaran) kepada seorang pembesar Selangor, Raja Mahmud Tengku Panglima Raja .

# Memainkan peranan penting dan terbabit dalam beberapa peperangan di Selangor sehingga 1870-an.

# Peniaga kain di Semenyih.

# Membuka tanah dan perkampungan di Pudu dengan perkenan Raja Laut yang ketika itu menjadi Raja Muda Selangor. Beliau diangkat menjadi Penghulu Masjid di Pudu oleh Raja Laut.

# Menjadi nakhoda mengambil upah membawa beras dari Kelang ke Kuala Lumpur dengan perahu dan membeli kerbau dari Pahang dan Dungun di Terengganu untuk diniagakan di Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2008 03:15 PM | Show all posts
Penjara Pudu Dalam Kenangan...

info :

- Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.

- Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an).

- Bagi blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun 1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua tingkat yang menempatkan pejabat 揋aoler"
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 03:22 PM | Show all posts




Drama penahanan tebusan di Penjara Pudu. Enam orang banduan telah menahan Dr. Radzi Jaafar & pembantu makmal, Encik Abdul Aziz Abdul Majid sebagai tebusan sewaktu kedua-duanya merawat banduan di penjara itu. Drama mencemaskan itu berlangsung selama lima hari sebelum pasukan polis menggempur bagi menyelamatkan tebusan. Operasi itu berjaya kerana tidak melibatkan sebarang tembakan & selesai dalam beberapa minit sahaja.


Oktober 1985 - Unit Tindakan Khas terlibat dalam satu operasi menyelamat tebusan seorang doktor dan pembantu perubatan oleh enam banduan yang bersenjata api di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Enam hari kemudian, serbuan yang dijalankan berjaya membuahkan hasil apabila tebusan tersebut berjaya diselamatkan, manakala Jimmy Chua, seorang penjenayah warga Singapura yang merupakan dalang disebalik drama tebusan tersebut berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 03:24 PM | Show all posts


mural kat luar penjara pudu





Hard work: Khong Yen Chong showing the award he received for painting the
mural when he was an inmate at the prison in the 1980s.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 08:48 AM | Show all posts
Originally posted by TUKANGKEBUN at 16-7-2004 10:44 AM
Mengenai Kuala Lumpur :: Sejarah Kuala Lumpur      


http://www.dbkl.gov.my/images/kualalumpur.gif

Sejarah Kuala Lumpur


http://www.dbkl.gov.my/images/img_sungaihalf.gifTidak banyak  ...


dekat bod sejarah,mitos dan lagenda kan ada cerita sejarah kelompo ni...
kan boleh digabungkan .....!


up: mod dilla....!
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 09:25 AM | Show all posts

Reply #26 Syd's post

TERIMA KASIH SAUDARA SYD...
banyak bagi info sejarah kelompo dan juga info berkenaan almarhum hj abdullah hukum...orang kerinchi yg dilantik oleh sultan selangor sebagai pembesar di kelompo..
saya seorang keturunan kerinchi...tidak dapat banyak info tentang almarhum tu.. untuk keterangan yang lebih lanjut tentang kg kerinchi..SMK Lembah Pantai, kg kerinchi ada ceritanya..saya tidak ada kesempatan kesana..
saya ada membaca sejarah almarhum hj abdullah hukum dalam akhbar utusan malaysia tahun 80an dulu..tak teringat pulak nak simpan keratannya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 10:49 AM | Show all posts

Reply #32 bromatt's post

bod lain-lain

tak payah gabung la...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 01:04 PM | Show all posts

SATU KAMPUNG MELAYU TINGGAL SEJARAH DEMI PEMBANGUNAN

KUALA LUMPUR: Kampong Haji Abdullah Hukum merupakan salah sebuah penempatan awal orang-orang Melayu di Kuala Lumpur telah diruntuhkan pada awal November baru-baru ini bagi memberi laluan kepada apa yang kononnya dikatakan "pembangunan". Sumber-sumber mengatakan bahawa perkampongan Melayu 'tengah bandar' yang berusia 200 tahun yang terletak bertentangan dengan ibupejabat TNB di Jalan Bangsar tersebut, akan dibangunkan bagi pembinaan kondominium, blok-blok bangunan pejabat dan komplek membeli belah. Ada maklumat mengatakan sebuah hub transit LRT/ monorail / tren komuter juga akan dibina di kawasan tersebut.

Kampong tersebut mengambil sempena nama Haji Abdullah Hukum (gambar), yang nama asalnya Muhammad Rukun, berasal dari Kerinchi, Sumatera, Indonesia dan datang ke Malaya pada usia 15 tahun bersama bapanya pada tahun 1800-an. Beliau telah diberi izin oleh Raja Laut pada masa itu merupakan Raja Muda Selangor untuk membuka tanah pertanian dan kampong-kampong baru di Bukit Nanas dan sebuah kampong di Sungai Putih (kemudiannya dinamakan Kg Hj Abdullah Hukum di Jalan Bangsar) seperti yang ada sekarang. Beliau menetap di kampong tersebut hingga menghembuskan nafas terakhir sekitar tahun 1930-an.

Pada era Allahyarham Tun Razak menjadi Perdana Menteri sekitar 1960-an, kerajaan telah mengalakkan orang-orang Melayu luarbandar untuk berhijrah dan bekerja di bandar-bandar besar terutamanya di Kuala Lumpur. Lantaran itu ramailah rakyat luarbandar telah bermastautin ke kawasan-kawasan setinggan yang berselerak dipinggir-pinggir pusat bandar Kuala Lumpur ketika itu. Dari masa ke semasa ekoran dari pembangunan pesat bandaraya Kuala Lumpur kawasan-kawasan setinggan tadi akhirnya terletak ditengah-tengah kawasan 'urban' perbandaran, dan inilah yang terjadi ke atas Kampong Haji Abdullah Hukum, perkampongan Melayu Pantai Dalam, Kampung Kerinci dan kampong-kampong lain dipersekitarannya.

Lebih 300 orang penduduk kampong telah dipindahkan oleh DBKL ke rumah-rumahpangsa miliknya di sekitar Kuala Lumpur. Mengikut kata Md. Zaman Md. Tasi Ketua Angkatan Muda Wilayah Persekutuan (juga bekas Ketua AMK Bahagian Lembah Pantai) bahawa ramai penduduk merasa kecewa kerana sebelum ini mereka telah 'dijanjikan' oleh beberapa orang wakil-wakil rakyat UMNO yang silih berganti sebelum ini untuk mendapati hakmilik lot-lot tanah di kampong tersebut. Sebaliknya apa yang terjadi ialah mereka 'tertipu' dan perkampongan tersebut di 'rampas' dari mereka dan kemudiannya diberikan kepada towkey-towkey komplek membeli-belah, pemaju-pemaju kondomium dan hartanah.

Hari ini nama Haji Abdullah Hukum kekal dalam kenangan sebagai antara orang Melayu terawal yang terlibat dalam membangunkan Kuala Lumpur. Penempatan orang Melayu 'dalam bandar' yang diasaskannya 200 tahun lalu sudah lenyap. Yang kekal hanyalah papan tanda ' Abdullah Hukum' di stesen LRT untuk tatapan anak cucu masa mendatang.

penulis:abd razak ismail
klpos
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 03:40 PM | Show all posts

SEJARAH ORANG MANDAILING DI KUALA LUMPUR

The Founding of Kuala Lumpur

Who and when exactly Kuala Lumpur was founded remains an open question. Yap Ah Loy is popularly known as the founder of Kuala Lumpur, but historians point out that he was not even the first but the third Kapitan China of Kuala Lumpur. Latter-day historians consider that Raja Abdu'llah, the Bugis Raja from Riau to be the real founder.

The Mandailings claim that Kuala Lumpur was founded, or co-founded, by one of their historical personalities, Sutan Puasa. According to an autobiography on Yap Ah Loy, Sutan Puasa, who was living near the mining settlement at Ampang, advised two Chinese traders who were supplying goods to him "about the quick profits to be made at Ampang" and "finally persuaded them to go". So it came about that Hiu Siew and Ah Sze Keldek became the first Chinese traders to arrive at Ampang. They set up shop at a spot near the confluence of the Klang and Gombak rivers, and the place eventually became known as Kuala Lumpur.

According to the Eurasian Pasqual, the Mandailings arrived in Hulu Klang, Ampang and Kuala Lumpur ahead of the Chinese. The Mandailing - mistaken for "foreign Malays" (as opposed to the "indigenous Malays";) - were the main traders and miners in Kuala Lumpur in the period preceding and during the Selangor war (1867-1873).

Of the Mandailing and Muslim tin traders in the early days of Kuala Lumpur, Pasqual has this to say: "It seems strange to be told that the Malays were the principal tin dealers in the days of Kuala Lumpur, as besides Sutan Puasa there were Thamby Dollah (a Malacca chitty) and Che Imby and Che Sahid (if I remember their names) who were jawi-peranakan from Penang and retired to Jelutong year after. Sutan Puasa must have amassed a fortune from the mines of the Kanichoos in Kanching..." In another instance, he said that Sutan Puasa became rich by financing the Chinese miners.

The Tarikh Raja Asal dan Keluarganya corroborates Pasqual's account that Sutan Puasa was a principal Mandailing merchant in Kuala Lumpur, before and during the Selangor war. The Tarikh also named Jalila, Jasuman, Haji Abdul Majid, Raja Duri as amongst the more successful Mandailing merchants in Kuala Lumpur. Raja Duri was named as the Mandailing leader in Kuala Lumpur. Chinese sources say that Sutan Puasa was recognised as the leading trader there.

According to the Tarikh, the Mandailing notables and elders in Selangor at the time were Bendaharaja, Jalumut, Sutan Maga, Imam Perang Rakat, Imam Perang Jabarumun, Sri Handalan, Sigaroh, Melapak, Jamanungkoli, Raja Mengatas, Haji Ibrahim Tambangan, Kudarat, Anchalchal, Haji Ali Pahang, Sutan Puasa, Sutan Duri, Raja Suman and many others. The Tarikh reported that Raja Asal's nephew, Raja Bilah and his entourage came from Mandailing around 1860. Raja Bilah sent for his wife and daughters later.

AMPANG -- According to the Tarikh, the Mandailings founded settlements in Ampang. The Mandailings in Ampang was led by Raja Bernang and later Raja Banding. For that matter, Ampang could have been named after the reservoirs built by the Mandailing for mining. The Mandailings are expert builders of reservoirs and waterways as evidenced to this day in many Mandailing villages in the Mandailing homeland.

BUNUS -- In Bunus (present-day Kampung Baharu) the Mandailing people were led by Jabaltuq or To' Bunus, in Gerongkang by Hulubalang Ali, in Kajang by Raja Berayun, in Ulu Langat by Engku Tuha (Tua) dan others not mentioned in the Tarikh Raja Asal. According to Riwayat Tuan Abu Bakar, Bunus saw a lot of blood shed during the Selangor War, known to the Mandailing as Porang Kolang.

BUKIT NENAS - Bukit Nenas is a hillock that overlooks the confluence of the Gombak and Kling Rivers in Kuala Lumpur. A British historian notes that "the traditional seat of Malay authority in Kuala Lumpur was a stockade originally built in the 1860's on Bukit Nenas, and known after the civil war as 'Sutan Puasa's stockade' from the Malay headman who had once occupied it". Sutan Puasa was of course not a Malay headman but a leading Mandailing trader. The original name of Bukit Nenas, according to Mandailing oral tradition, was Bukit Gombak. It was renamed Bukit Nenas because during the civil war, the Mandailings planted pineapples on the hill slopes as a foil against advancing enemy troops.


sources : http://www.mandailing.org/Eng/foudingofkl.html



--------------------------------------------------------------------------------------

Sejak Penjajah Inggeris berusaha untuk memusnahkan sejarah sebenar sumbangan Orang Mandailing, tidak ramai rakyat Malaysia kini mengetahui tentang sejarah siapa yg mula2 membuka Kuala Lumpur, Lombong Bijih Timah dan Bukit Nanas..

Rujukan artikel di atas menerangkan tentang pakar sejarah menyatakan sumbangan Orang Mandailing banyak membentuk landskap Tanah Melayu sebelum merdeka baik dari segi politik, ekonomi, pendidikan dan kebudayaan.

Untuk tajuk Bukit Nanas, Orang Mandailing lah yg mula2 menwujudkan sejarah Bukit Nanas seperti artikel yg diboldkan di atas.

Sekiranya ada ralat, harap forumers tlg sahkan ttg kewujudan sejarah bukit nanas. Thanks.

sumber: Redzxack.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2008 03:44 PM | Show all posts
setau aku bukit nanas dibuka oleh org kerinci yg disebutkan bromat...bukit tu dinamakan bukit nanas kerana penanaman nenas di bukit tu oleh org2 kerinci..semasa tu kl ni di bawah pemerintahan sultan selangor lagi..memang org kerinci duduk di sana penanaman nanas tu memang digalakkan oleh sultan selangor..

org kerinci ni dah wujud di kl lebih awal daripada tahun 30-an...selain kg kerinci, abdullah hukum, ..org kerinci memiliki tanah di seluruh jln pantai baru sehingga bangsar, universiti malaya dan sungei way...itu tak termsuk kerinci di langat  etc..sehingga kini tanah yg berada di belakang bomba jln pantai baru yg korang nampak mcm setinggan tu adalah milik org kerinci..

dahulu di universiti malaya itu ada sebuah kampung dinamakan kampung pisang dan kebun getah  dan kandang lembu milik org kerinci..para pekerjanya terdiri org  cina dan india..

sumber:namakurahsia
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 12:08 PM | Show all posts
sekarang sudah berubah, kg2 melayu dalam kl pun tak rupa kg tradisional dah
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 09:57 AM | Show all posts
Kuala Lumpur




























Batu Caves







Sources : LIFE Magazine


Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2012 10:29 PM | Show all posts
Syd posted on 4-11-2008 02:58 PM

cmni rupanye bb pada masa dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.066401 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list