CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2549|Reply: 10

"Jangan Jadi Bodoh" - Trump Beri Amaran Kepada Erdogan

[Copy link]
Post time 25-10-2019 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Presiden AS, Donald Trump buat hal lagi!



"Jangan berlagak kuat", kata Trump kepada Erdogan melalui sekeping surat yang didedahkan pada 9 Oktober lepas.

Sumber: Politico.com




Kali ini beliau mengejutkan pemberita apabila mendedahkan salinan original surat yang ditulisnya kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, dengan amaran, "jangan berlagak kuat" atau "bodoh", merujuk kepada penaklukan Turki terhadap bahagian utara Syria.


Surat yang dikeluarkan pada Rabu, 9 Oktober itu bertulis:

">


"Wahai Tuan Presiden, mari kita buat perjanjian yang bagus! Kamu tak perlu bertanggungjawab terhadap kematian beribu orang, dan saya tak mahu bertanggungjawab untuk memusnahkan ekonomi Turki ― dan saya akan buat," kata Trump di awal perenggan surat, sebelum beliau menyatakan kesudian pihak Kurdi untuk berunding.


Trump menutup kata-katanya dengan memaksa pemimpin Turki itu untuk menangani isu peperangan ini dengan cara yang terbaik dan paling berperikemanusiaan.


"Jangan berlagak kuat. Jangan jadi bodoh! Saya akan hubungi kamu kemudian," katanya lagi.


Surat tersebut ditulis pada hari yang sama askar Turki menyerang rakan sekutu AS pasukan bersenjata Kurdi di Syria. Beberapa hari sebelum itu, Trump telah mengarahkan pengunduran askar AS daripada rantau tersebut, satu keputusan yang ditentang oleh banyak pihak.


Pada kenyataan bertarikh 6 Oktober, wakil Rumah Putih telah mengumumkan keputusan itu, dengan menyatakan bahawa Trump sudah pun berbincang dengan Erdogan melalui telefon.


"Tak lama lagi Turki akan meneruskan rancangan mereka untuk beroperasi di Utara Syria. Anggota bersenjata AS tidak akan menyokong atau terlibat dengan operasi itu, dan askar AS yang telah menumbangkan wilayah ISIS tidak akan berada di situ lagi," jelas kenyataan tersebut.


Hari berikutnya, Trump mengemaskini status merujuk kepada keputusannya melalui ciapan di Tweeter, memberi amaran kepada Turki untuk tidak berbuat apa-apa perkara yang melampai batas ― dan mengugut untuk memusnahkan ekonomi Turki sekiranya ia berlaku.


">


Beliau mempertahankan keputusannya itu yang membenarkan penaklukan Turki, yang seterusnya akan merisikokan keselamatan tentera Kurdi serta menggalakkan kemunculan semula ISIS, dengan menyatakan yang kini perkara itu bergantung kepada Turki, Eropah, Syria, Iran, Iraq dan Russia untuk "mencari penyelesaian".


"erbalahan antara pelbagai kumpulan yang berlaku semenjak beratus tahun dahulu. AS dari awal tak sepatutnya berada di Timur Tengah," tulis beliau di Tweeter. "eperangan bodoh yang tak pernah berakhir, kini berakhir bagi kami!"


Dalam tempoh itu, pelbagai sekatan terhadap Turki telah dilakukan oleh AS, termasuk sekatan visa dan peningkatan tarif untuk mengimport besi dari Turki sebagai hukuman atas 'kedegilan' Turki menghentikan penaklukannya ke atas Syria.


Namun Erdogan tetap bertegas akan memberi lebih tekanan ke atas Utara Syria sehingga misinya untuk mewujudkan 'zon selamat' selesai, dan askar Kurdi berundur dari rantau tersebut. Beliau menyatakan tidak sekali-kali akan membuat genjatan senjata dan tidak risau akan sebarang sekatan.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2019 11:03 AM | Show all posts
US ni semua la nak campur... Hong Kong pun sibuk nak campor... padahal negara sendiri banyak homeless.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 07:20 PM | Show all posts

kenapa turki serang syria, tak serang israel ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mkn popcorn jah
in the end pengganas akan dilenyapkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2019 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 25-10-2019 07:20 PM
kenapa turki serang syria, tak serang israel ?

turkish mahu perang dengan kurdish if not mistaken kawasan kurdish ....mahu tempat kan pelarian syria....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2019 11:30 PM | Show all posts
enhe.duanna replied at 26-10-2019 12:39 AM
turkish mahu perang dengan kurdish if not mistaken kawasan kurdish ....mahu tempat kan pelarian sy ...

nak buat apa serang kurdish, kurdish tak ada serang turki
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2019 03:32 AM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 27-10-2019 03:43 AM
Asdan replied at 26-10-2019 11:30 PM
nak buat apa serang kurdish, kurdish tak ada serang turki

Kurdish+USA dah makin kuat kat situ. Turki taknak "geng teroris kurdish tajaan kurdistan" hidup dalam kalangan masyarakat kurdish kat situ, ancaman kepada Turki di masa depan. Faham sajalah USA kat depan berjabat tangan, kat belakang your enemy is my friend. Lagipun dah berkurun rakyat turki berbangsa kurdish ni bergaduh secara politik (pembangkang kurdistan) dengan kerajaan turki. Parti politik kurdistan ni sekarang ada di dua negara, turki dan iraq. Parti politik yang merentas negara dan ada pejuang bersenjata sendiri. Ala-ala menteri yindia dap yang bersimpati terhadap teroris ltte.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2019 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu nak paham Sila baca artikel ayman rashdan wong tentang buffer state & geopolitik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2019 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 26-10-2019 11:30 PM
nak buat apa serang kurdish, kurdish tak ada serang turki

since amerika tidak participate war dan withdraw military di syria.... tempat itu telah di kosong kan but kawasan puak kurdish yang selama ini pro amerika .... trump sudah fullfill manifesto GE...... turkish mahu ambil alih buat penempatan pelarian syria ..so mereka perlu berhadapan dengan puak kurdish.... sekarang turkey makin besar kepala .....

if. kurdish di bedil i pasti amerika masuk semula ...but mangsa nya harmless citizen ....

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2019 12:07 PM | Show all posts
Lagubestbest replied at 27-10-2019 03:32 AM
Kurdish+USA dah makin kuat kat situ. Turki taknak "geng teroris kurdish tajaan kurdistan" hidup da ...

sejarahnya turki pernah bunuh 1.5 juta orang armenia
https://en.wikipedia.org/wiki/Armenian_Genocide
sejarah boleh berulang

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2019 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayat2 dia dalam surat tu lack of diplomacy sungguh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 2020 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 10206 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.404252 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list