CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

[Bahasa] Lets TALK ulam

[Copy link]
Post time 30-10-2019 08:11 AM | Show all posts
my family suka mkn ulam peria katak, temulawak, batawali (tapi pahait nak mati la kalau x biasa) ulam raja, daun kunyit, cekur, dan terung pipit yg kecik2 tu..cicah dgn sambal belacan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2019 08:15 AM | Show all posts
aku plak suka ulam petai,jering,daun janggus,pucuk daun kari,pucuk putat..
kalau ada yg ni dgn pekasam..fuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 08:21 AM | Show all posts
johan-adx replied at 30-10-2019 08:15 AM
aku plak suka ulam petai,jering,daun janggus,pucuk daun kari,pucuk putat..
kalau ada yg ni dgn peka ...

mkn mcm tu je ke atau ada pencicah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 08:43 AM | Show all posts
blurp replied at 30-10-2019 08:21 AM
mkn mcm tu je ke atau ada pencicah?

sambal belacan boh..
tak pnh plak mkn kosong cmtu je..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 10:51 AM | Show all posts
Amalam memakan ulam pucuk cemumar boleh memberi banyak manfaat terutama sekali kepada kaum wanita. Ia boleh mengurangkan bau badan (body odour). Dan juga, boleh bantu mengurangkan mengeluaran ledir yang banyak dari dalam saluran peranakkan. Justeru, boleh bantu melegakan masaalah keputihan (leucorrhoea).

Bukti-bukti saintifik belum ada lagi, tetapi bukti pengalaman amalan beribu tahun sudah ada di kalangan orang Kedah. Pucuk dipetik awal pagi dan dimakan waktu tengah hari dicicah sambal belacan. Tak perlu makan banyak-banyak dan tak perlu hari-hari juga. Anihnya, ia juga didapati boleh menghindar dari nyamuk menggigit kita.

susahnya nk dapat pucuk cemumar niii..sedappp

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
  Saya pun suka makan ulam2..konon2 nak awet muda kenala makan byk2 ulam2.antara ulam yg saya suka makan pegaga,pucuk ubi kayu,petai, kacang botol,daun selom,daun kaduk,tenggek burung,pucuk putat,beko celur dan juga pucuk janggus..
  Daun pegaga tu buat air then blend rasa sebijik mcm air tebu..pucuk putat dan janggus potong kecik2 letak dalam laksa.sedap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2019 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya makan ulam.  Tapi pilih-pilihlah. Tak semua jenis suka.  Makan ulam lawan dengan sambal belacan,  tempoyak,  budu,  cencalok,  air asam or sambal adalah kombinasi terbaik.  Nasib baru lepas makan. Kalau tak habis terliur.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 03:06 PM | Show all posts
suka makan nasi ulam.

first time makan nasi ulam kat rumah kawan abah. (dalam 15 tahun lepas)
aunty ni buat sendiri nasi ulam dia. sedappp sangat.
lepas dari tu tak pernah lagi dapat rasa nasi ulam.

baru2 ni ada beli nasi ulam
bila makan rasa dia tak sama macam aunty dulu tu buat.
kecewa sangat rasa. sebab dalam memori ni, rasa nasi ulam tu sedap sangat.
terbayang2 sampai sekarang.

ada sesiapa tau kat mana ada jual nasi ulam yang sedap giler2 area KL atau shah alam?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2019 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru lepas makan berulam tadi, daun selom, serai kayu dan ulam raja, makan serba sedikit
Takda cicah pun sebab tak perasan cili dah nak habis... bawang pula tgl sikit... malas nak potong. Kat kedai asyik la bawang semua dah tumbuh... tu jimat2 bawang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 04:41 AM | Show all posts
Klu bab ulam ni, pada aku dia wajib ada bunyi krup krap bila makan, hahaha
Petai, jering, keredas, kacang botol, kacang panjang, etc etc janji krup krap, hahah.

Petai, aku suka makan dengan kulit dia sekali.
Jering, buat jering cambah, beware bau dia semerbak oiii
kerdas, ni sodap makan mcm tu je.
Semua ni sodap cecah dgn belacan, hahaha...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ulam ni sedap.. taugeh
Taugeh pon dah blh homemade
Hasil yg bwh ni lbh kurang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
memang suka makan ulam ulaman . antara yang paling suka makan ulam raja . memang tanam kat depan rumah pun . senang nak makan petik jer .
pucuk pegaga pun ada jer tumbuh kat keliling rumah .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kajian saintifik menunjukkan Ulam Raja mengandungi:

3% protein
4% lemak
Karbohidrat
Kalsium
Vitamin A

Rasa Ulam Raja segar yang luar biasa, sering kali menjadikan spesies herba ini sebagai pilihan utama untuk dimakan bersama nasi atau dicecah dengan budu, sambal belacan, tempoyak atau cencaluk.

Lazimnya, ia dihidangkan sebagai pembuka mahupun penambah selera. Masyarakat Melayu sejak dulu telah pun mengetahui khasiat dan memanfaatkan Ulam Raja ini sebagai makanan harian atau ubat-ubatan.

Khasiat Ulam Raja

1. Ulam Raja telah digunakan secara tradisi untuk membantu melancarkan peredaran darah, mencuci darah dan menguatkan tulang. Ia mengandungi keupayaan antioksida yang tinggi iaitu setiap 100gm Ulam Raja menyamai keupayaan antioksida 2,400mg L-asid askorbik. Sehingga kini, lebih daripada 20 jenis bahan antioksida telah ditemukan dalam Ulam Raja.

2. Selain itu, Ulam Raja juga boleh membantu untuk menambahkan kandungan oksigen dalam darah. Penambahan oksigen seperti ini dapat melancarkan peredaran darah, memberi keseimbangan dan kesegaran kepada seluruh tubuh. Maka tidak hairanlah mengapa masyarakat kampung pada zaman dahulu mempunyai tahap kecergasan yang tinggi serta jarang dijangkiti penyakit kronik.

3. Kajian turut mendapati bahan kimia kloroform yang di ekstrak daripada daun Ulam Raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine untuk merencatkan aktiviti sesetengah bakteria atau fungus seperti Candida albicans, Bacillus subtilis dan E. coli. Justeru bagi memastikan tubuh anda mendapat manfaat ini, nikmatilah Ulam Raja secara mentah dan elakkan dicelur terlalu lama atau dimasak.

4. Bagi anda yang berhasrat untuk mengekalkan keremajaan secara semula jadi, amalan memakan Ulam Raja turut memberi efek awet muda. Berkat khasiatnya yang mampu menambahkan kandungan oksigen dalam darah, maka keanjalan kulit anda dapat dipertingkatkan. Selain itu, amalan memakan sayur-sayuran hijau juga dapat melicinkan kulit serta memancarkan keserian dari dalam.

5. Kandungan vitamin A dan antioksidan di dalam Ulam Raja juga boleh meningkatkan daya penglihatan dan membantu mengurangkan kesan penuaan. Selain itu, masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema juga dapat dirawat secara alternatif melalui pengambilan Ulam Raja. Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat pakar atau konsultasi profesional terlebih dahulu sebelum pengambilannya kerana ia tidak sesuai diambil dengan terlalu banyak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2019 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy suke mkn ulam raja, daun selom n pegaga. Tp yg kerap mkn ulam raja n selom la sbb beli kedai kn.. sedap mkn ulam cicah budu.. letak bwg, lada perah limau kasturi.. pergh mengancam.. plg suke lps ade baby mkn ulam susu mncurah2 ke ladang gandum1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ulam paling best, senang didapati dan ringkas semestinya Ulam Raja

Pokok ulam raja senang ditanam menggunakan keratan batang dan biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang serta sesuai ditanam pada ketinggian 200 meter dari aras laut.

Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua.Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning ‘keunguan.’

Ulam raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh di halaman rumah atau di dalam pasu bunga.

Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat.

Pada masa sama tumbuhan ini sangat sesuai ditanam di dalam pasu sekiranya tinggal di rumah bertingkat seperti flat atau apartmen.

Daunnya digunakan secara tradisi untuk melancarkan peredaran dan mencuci darah serta untuk menguatkan tulang.

Ulamnya dikatakan mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) sangat tinggi iaitu setiap 100 gram ulam segar mengandungi lebih 20 jenis bahan antioksida.

Malah keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2019 08:48 AM | Show all posts
Dah beli ulam petai seikat RM5
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2019 11:27 AM | Show all posts
saya suka ulam. dulu main petik jek keliling rumah, tepi sungai.
dok alor setar, mmg mewah ngan ulam. y x pernah jumpa pon ada.
dok nilai payah sikit. g psr tani pon nasib baik baru ada.
ulam cicah budu memang x boleh bawak bincang. berpinggan2 boleh g

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin ramai anak muda zaman sekarang langsung tidak menyentuh petai atau jering.Kerana mereka tidak dapat menahan bau petai yang begitu kuat.


~~Khasiat luar biasa petai~~

Ini dia antara manfaat-manfaat memakan petai:

1. MENINGKATKAN FUNGSI KOGNITIF OTAK

Zat kalium yang terkandung di dalam petai merupakan zat yang amat penting bagi tubuh. Tubuh kita memerlukan kalium kerana ia dapat menjaga cairan dan keseimbangan elektrolik.

Dengan itu, ia dapat meningkatkan kadar oksigen ke otak, yang memberangsangkan kegiatan saraf dan meningkatkan kognitif. Justeru, ia memperkukuhkan lagi daya ingatan seseorang.

2. MENCEGAH ANEMIA

Anemia adalah keadaan apabila badan kita kekurangan darah. Seseorang akan selalu berasa letih, berkelihatan pucat serta merasakan dirinya hendak pitam apabila mengalami anemia.

Petai mempunyai zat besi yang tinggi, yang dapat membantu dalam merangsangkan pembentukan hemoglobin dalam darah. Dengan itu, ia dapat mencegah anemia.

3. JAGA KESIHATAN JANTUNG

Seperti yang dikatakan awal tadi, petai mengandungi zat kalium yang tinggi, dan zat ini mampu mengurangi tekanan darah serta ianya baik untuk kesihatan jantung. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa kalium amat penting bagi kesihatan jantung.

4. MENJAGA SISTEM PENGHADAMAN

Jika anda mengalami masalah penghadaman, anda boleh cuba memakan petai. Ini kerana petai mempunyai serat yang dapat membantu proses penghadaman yang lebih baik dan mencegah sembelit.

5. MENCEGAH KEMURUNGAN

Petai mengandungi triptofan, sejenis protein yang diubah menjadi serotonin. Dengan jumlah serotonin yang tentu, ia dapat membahagiakan anda!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 11:05 AM | Show all posts
Iols suka ulam raja, belalai gajah, ginseng, bayam brazil yg femes tu .Hat ni mmg ada tanam kat rumah. nak makan petik aje

temupauh, tenggek burung, selom, pegaga...yg ni kene pi beli sbb x tanam.

petai, jering, kerdas, genuak - iols x makan, husband yg suka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2019 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
To be honest iols sadari dulu xberapa nk.mkn ulam.mentah2 gitu macam nak muntah klu makan..dan ulam yg iols mkn is timun dan petai sajork.
But bila iols nekad amalkan pemakanan yg sihat #dietkalori ulam2 adalah antara yg kt bole jimat kalori byk sbb xperlu di masak.
Slow2 iols belajar makan ulam.mmg agak payah pd mulanya.skrg alhamdulillah ulam ulaman is my fav now
My fav is ulam raja,kacang botol,pucuk gajus.pucuk mulbery pon sedap di buat ulam tau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.087813 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list