View: 3380|Reply: 22
|
[Tempatan]
Air ikat tepi berasal dari Amerika Latin
[Copy link]
|
|
Wartawan California kata air ikat tepi berasal dari Amerika Latin
AIMAN SADIQ ABDULLAH | | 4 November 2019
Seorang wartawan dari California memuat naik gambar air bungkus ikat tepi di Twitter mendapat pelbagai reaksi netizen khususnya rakyat Malaysia.
SHAH ALAM - Sebut saja air bungkus ikat tepi pasti ramai mengetahui bahawa ia sinonim dengan negara Asia termasuk Malaysia. Kalau diikutkan, air bungkus ikat tepi sangat memudahkan dan boleh dibawa ke mana sahaja.
Di Malaysia kita dapat lihat di mana-mana sahaja walaupun di bandar maju ada peniaga menjual air di tepi-tepi jalan dan membungkus air minuman dengan cara tersebut.
Bagaimanapun baru-baru perkongsian seorang wartawan California memuat naik gambar air bungkus ikat tepi di Twitter mendapat pelbagai reaksi netizen khususnya rakyat Malaysia.
Perkongsian wartawan tersebut yang menggunakan akuannya @MikeElgan di Twitter berkongsi gambar air bungkus yang memberitahu air seperti itu hanya boleh didapati di sesetengah negara di Amerika Latin.
"Salah satu benda yang kelakar tentang negara Amerika Latin ini anda boleh membeli air bungkus seperti ini. (Ini adalah jus oren di Oaxaca)," tulisnya di Twitternya.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen dari Asia dan juga rakyat Malaysia yang terhibur dengan apa yang dimuat naik oleh @MikeElgan dan rata-rata mereka mengatakan air bungkus ikat tepi sudah lama popular di negara Asia.
Kata netizen lagi, bukan air sahaja dibungkus dengan cara sebegitu malah ada beberapa hidangan makanan turut dibungkus dengan cara sedemikian.
"Kelakar lah kau ini..nama sahaja wartawan apa tak kaji tentang negara orang ke. Kalau di Malaysia ini boleh katakan semua kedai makan membungkus air dengan cara seperti ini," kata Naim Mahmood di Twitter.
Abass Haziq memberitahu "Kalau kau nak tahu, bukan sahaja minuman malah makanan pun mereka bungkus menggunakan plastik tau dan bukan sahaja popular di Malaysia malah di Asia Tenggara.
Dalam pada itu, ada netizen dari Malaysia menjemput wartawan itu datang ke Malaysia untuk tunjukkan pelbagai hidangan yang dibungkus di dalam plastik seperti itu dan ianya perkara biasa di negara Asia.
"Mike, datanglah Malaysia, kami semua boleh tunjukkan pada anda minuman atau makanan ini yang dibungkus menggunakan plastik bukan satu daerah sahaja tau malah setiap kedai di Malaysia menggunakan plastik khususnya untuk membungkus minum. Mehlah datang, aku belanja minum milo ais ikat tepi," kata Abu Naim.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ak rs some americans masih x mengetahui budaya org asia lg. Myb klu cite psl malaysia kt remaja sana, msti masih ada yg fikir org malaysia duduk atas pokok lg. Sbb dorg x berminat nk tgk budaya lain. Kita sini dh terdedah dh tgk dokumentari, drama negara lain. |
|
|
|
|
|
|
|
air bungkus letak dlm mangkuk tu asal mana pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
sambaldurian replied at 4-11-2019 09:52 PM
Ak rs some americans masih x mengetahui budaya org asia lg. Myb klu cite psl malaysia kt remaja sana ...
Dan Meloya sebuk menyambut Halloween supaya dikenali kewujudannya oleh org Amerika. |
|
|
|
|
|
|
|
Cetek betul pengetahuan dia, belum habis pusing dunia dia nih |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 4-11-2019 09:59 PM
air bungkus letak dlm mangkuk tu asal mana pulak?
Mamak punya original..tapi kan...
Jiran sebelah kita tak ngamuk ke ckp air ikat tepi ni asal amerika latin?kekeke~ |
|
|
|
|
|
|
|
Umah Malaysia patot protes... bagaimana budaya yang sudah dilakukan ribuan tahun di Tanah Melayu Malaysia boleh diklaim berasal dari Amerika Latin .. |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 4-11-2019 11:38 PM
Umah Malaysia patot protes... bagaimana budaya yang sudah dilakukan ribuan tahun di Tanah Melayu Mal ...
Hahahahahahah sebab malaysia bukan negara yg penuh dgn adat ke'claiman (sebut dlm nada ketimuran) |
|
|
|
|
|
|
|
nobito replied at 4-11-2019 09:59 PM
Dan Meloya sebuk menyambut Halloween supaya dikenali kewujudannya oleh org Amerika.
Aku sambut halloween hari hari ok jahh.. ko bising nape lakk |
|
|
|
|
|
|
|
bondeh replied at 4-11-2019 11:53 PM
Hahahahahahah sebab malaysia bukan negara yg penuh dgn adat ke'claiman (sebut dlm nada ketimuran); ...
Esok aku nak berpiket dpn kedutaaan.. ini budaya kita hokkay |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 4-11-2019 11:38 PM
Umah Malaysia patot protes... bagaimana budaya yang sudah dilakukan ribuan tahun di Tanah Melayu Mal ...
Org msia bkn mcm kauuu.....
Kecoh sikit sikit nak mengamuk.... |
|
|
|
|
|
|
|
bondeh replied at 4-11-2019 11:53 PM
Hahahahahahah sebab malaysia bukan negara yg penuh dgn adat ke'claiman (sebut dlm nada ketimuran); ...
Indon & bodoh berpisah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 4-11-2019 11:38 PM
Umah Malaysia patot protes... bagaimana budaya yang sudah dilakukan ribuan tahun di Tanah Melayu Mal ...
Indosial.. Menyibuk menyalak merata2.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kan ... di mexico ada jual buah tepi jalan cicah dgn garam campur serbuk gula. Buah nenaslah, gauva lah, manggo lah etc etc. So korang nak ckp di malaysia pun ada zaman tok kaduk dulu?
Another - tikar mengkuang. Orang asli Mexico pun dah guna tikar mengkuang dari dulu lagi and netizen Malaysia sure akan ckp Msia dah guna zaman 50 an lagi?
Mcm jugak batu lesung -- sinia ada batu lesung mcm di Msia so siapa ciplak siapa ya?
So aiii harap nitizen kuat mengutuk ni kembangkan ilmu dgn berjalan ditempat orang jugekkkk "-) |
|
|
|
|
|
|
|
apa word yg dia org guna bila minta air letak dlm mangkuk?
mesti ada
|
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 5-11-2019 10:12 AM
apa word yg dia org guna bila minta air letak dlm mangkuk?
mesti ada
Xtaw laa..kena seru pelepak kedai mamak tegar..kekeke~ |
|
|
|
|
|
|
|
kalau roti canai aku tahu la
roti banjir - kuah campur + lebih
roti tsunami - kuah campur
roti kahwin - ada letak telur 2 biji |
|
|
|
|
|
|
|
idea tu dtg dr BBNU meleis
|
|
|
|
|
|
|
|
American are dumb
Diorang tu apa pun tak tau. Sejarah sendiri pun bodoh tak tau..dia ingat dia memang sejak azali dah wujud kat america tu. Bila cakap suku sakat dia mai dari europe terus terlopong-lopong.
Btw, aku kat south America tak pernah beli air ikat tepi ni diorang tu samada gila minum soda atau minum air jual dalam cawan. Air tebu pun jual dalam cawan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|