CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7060|Reply: 64

[Tempatan] LAMBAKAN bekas plastik murah! Ada bahan kimia tambahan phthlates

  [Copy link]
Post time 11-11-2019 08:19 AM | Show all posts |Read mode
EKSKLUSIF: Bekas plastik murah jejas kesihatan



KUALA LUMPUR: Harganya yang murah, serendah RM2 menyebabkan pengguna ghairah membeli alat permainan dan bekas makanan diperbuat daripada plastik yang banyak dijual di kedai serbaneka.

Bagaimanapun, ramai tidak menyedari kesan negatif ke atas kesihatan menanti pengguna jika ia digunakan secara berterusan dan tanpa pemantauan, terutama untuk bayi serta kanak-kanak.

Kebanyakan produk itu lazimnya diperbuat daripada bahan kimia tambahan dikenali sebagai phthalates yang antara lain boleh mengganggu sistem hati, buah pinggang, paru-paru dan sistem pembiakan.

Dietilheksil phthalate atau lebih dikenali DEHP pula boleh mengganggu sistem endokrin manusia menyebabkan sikap seseorang berubah menjadi marah.


Ketua Pusat Penyelidikan Pengurusan Sisa Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Fauziah Shahul Hamid, berkata phtalates, bahan kimia yang ditambah ketika pembuatan plastik 'digemari' pengilang untuk meningkatkan fleksibiliti, kejernihan, kekuatan dan ketahanan produk diperbuat daripada plastik dengan harga murah.

“Ia antara komponen dalam membentuk plastik menjadi bentuk diinginkan. Bagaimanapun agak sukar hendak menentukan jika sesebuah produk itu dihasilkan menggunakan phtalates kerana ia tidak diisytiharkan, sebaliknya pengisytiharannya hanya berkaitan jenis plastik.

“Penggunaan phthalates melebihi 80 peratus berbanding bahan kimia tambahan lain dalam pembuatan plastik. Oleh kerana phthalate lebih murah, produk plastik yang dihasilkan dapat dijual dengan harga murah.

“Lain-lain plastik yang lebih mahal mungkin dihasilkan dengan penambahan bahan selain phthlates. Pengguna harus bijak memilih dan kalau hendak beli, tiada masalah cuma harus berhati-hati dengan penggunaannya nanti,” katanya ketika ditemui BH di sini.


Fauziah berkata, pengguna harus mengelakkan daripada membeli produk diperbuat daripada phtalates jika ia digunakan untuk menghidangkan makanan atau minuman.

“Phthalates akan dipindahkan dalam tubuh manusia apabila makanan dan minuman bersentuhan dengan barangan plastik mengandungi bahan itu, terutama jika terdedah kepada haba (menghidangkan makanan atau minuman dalam bekas plastik) yang akhirnya memberi kesan kepada pengguna.

“Golongan paling terdedah kepada bahan kimia ini adalah kanak-kanak atau bayi yang lazimnya memasukkan alat permainan ke dalam mulut. Perbuatan ini menyebabkan bahan kimia memasuki sistem badan melalui air liur mereka.

“Pendedahan kepada phthalates akan mengganggu sistem hormon, terutama testosteron atau hormon lelaki. Selain menyumbang obesiti ia juga mengganggu kesuburan wanita dan kelahiran pramatang, memburukkan simptom alergi dan asma serta mengubah tingkah laku kanak-kanak,” katanya.

Berikutan itu, katanya, pelbagai pihak, terutama pengeluar harus mengisytiharkan kandungan kimia digunakan dalam pembuatan produk.

"Pengguna berhak mendapat maklumat bagi membolehkan mereka membuat pilihan terbaik tanpa memudaratkan kesihatan. Satu perancangan khusus juga perlu dibuat dalam aspek pengurusan plastik,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tuju kat kedai eco ke ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 10:14 AM | Show all posts
mmg dari dulu lagi...perlatan plastik yang murah and made in china....bahaya untuk kesihatan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo ini la yg masuk bertubi2 dlm semua wasap group... peniaga Tupper ambik kesempatan
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah agk dah. What u expect? Malas nk nasihat org yg miskin duit n miskin bodoh sombong. Sama mcm kes car seat. Sbb tu tupperware tu mahal. Dah pesan byk kali dah bekas kedai eco jgn bkn bekas makanan. Tp ada je alasan. Beli tupperware rm50 dpt 3 claim xmmpu, tp masuk eco beli berbekas2 ada pulak duit. Hujung2 bkn guna pon bekas2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 10:18 AM | Show all posts
ohhh ye kaaaa..risau laa plak, kedai econ tu my kedai peberetttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2019 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 11-11-2019 10:18 AM
Dah agk dah. What u expect? Malas nk nasihat org yg miskin duit n miskin bodoh sombong. Sama mcm kes ...

Miskin duit mana mmpu nk beli brand tupperware.  Silap2 pkai je bekas taufufa jual kt psr malam. Benda2 yg dikatakan sihat ni mahal. Sayur organik contohnya.  Brg2 yg tapa paraben la hrganya mhl sket kan.  Tapi hujung-hujung orang yg kaya pun sakit jugak berubat smpai ke obersi nun. Org miskin tak mampu biar je la diorang guna apa adanya. Kalau mampu semua pun oeg nk guna brand tupperware
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 10:26 AM | Show all posts
kenapa kerajaan tak haramkan sahaja?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pakai tupperware bersungguh, aleh2 suami merokok depan ank bini main hembus je.. ooos ot plak
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 10:54 AM | Show all posts
boikot kedai cina eco rm210.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 10:57 AM | Show all posts
anony-mous replied at 11-11-2019 10:18 AM
Dah agk dah. What u expect? Malas nk nasihat org yg miskin duit n miskin bodoh sombong. Sama mcm kes ...

owh! nasib baik aku beli untuk buat bekas brg sekolah anak2 jah& bekas brg2 bukan makanan lah




Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu brand applelady yg claim bpa free tu pun xselamat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 11:11 AM | Show all posts
yes, utk brg2 plastik murah camtu takyah la beli utk jadikan bekas makanan.

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 12:06 PM | Show all posts
Bukan benda baru pun dah bertahun diberitahu tapi mungkin masih ramai yang sempit kewangan maka ianya masih terus digunakan
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 12:38 PM | Show all posts
brand tupperware kt lazada shoppee berlambak je diorang jual mur mur sis
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by any42 at 11-11-2019 12:43 PM

alamak. i ad jgk bli sbb bkas plastik tu clear snang nmpak brang kt dlm tp bkn utk smpan mkanan la. just utk letak brang kecik2 sblum simpan dlm sideboard ke dresser ke supaya snang cri xsepah. ok lps ni xmo bli dah.
xkn nk rembat tupperwre my mom plak. dah la mcm2 color. i is stress klau dia sruh simpan makanan yg xhbis dlm tupperwre pastu xjumpa ttup color yg sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la ummah pprt dkt kedai eco prangai mcm kims. Beratuur tak pandai tggu gaduh kab cyst...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
bonggo replied at 11-11-2019 10:25 AM
Miskin duit mana mmpu nk beli brand tupperware.  Silap2 pkai je bekas taufufa jual kt psr malam. B ...

Xpyh la smpai pergi beli brand tupperware. Byk lg brand yg elok sikit BPA free. Malas nk nasihat dah. Boleh tgk dkt group eco tu kalau nasihat nanti menjawab “sy guna ok je”

Kdg2 bkn x mampu tp jenis xpandai buat pilihan bijak. Pencuci pinggan dkt eco tu mmg murah rm2, tp lgsg xde kualiti. Baik la beli yg establish. Sah2 boleh guna lg lama berbanding eco.

Mmg ada org sekeliling i yg xmampu, bila kita ckp better beli brand yg ok sb alah membeli menang memakai tp degil. Alasan “ala kau boleh la byk duit” tp kita ni dah guna dua2 brand so tau la mana lg jimat. Org bg input xnk dgr so lantak la

Kita dah ckp dri beli brg jauh2 baik beli online pon sama. Dah ramai dah jumpa pesen mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 11-11-2019 11:03 AM
Klu brand applelady yg claim bpa free tu pun xselamat ke?

Applelady i mcm yakin sikit sb bpe free kan? Beza berapa sen jah dgn eco punya tp mentaliti org mundur asal nampak murah , bahaya pon xpe.

Xphm aku org yg beli brg rm2 yg boleh pakai utk sebulan berbanding beli brg rm10 yg boleh pakai utk setahun
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 11-11-2019 03:25 PM
Applelady i mcm yakin sikit sb bpe free kan? Beza berapa sen jah dgn eco punya tp mentaliti org mu ...

Dulu i tegur diorg kt fb kelab deco bajet tu
Elakkan bli pinggan yg ada corak kat dasar pinggan
Bahaya. Letak mknn panas kne dakwat corak tu.
Takut ada bhn kimia keluar.
Last2 ada jwb dia pakai xde masalah punnn..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.776694 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list